Thursday, February 09, 2012

Totally a superwoman

Assalamualaikum

Yeay seminggu dah berlalu. Aku akui makin hari hidup aku makin busy, memang berbeza ya amatlah dengan hidup aku masa form 1 sampai form 3. Kalau dulu sekolah keat hwa, nak stay back sat saja sampai pukoi 2 pon dah merungut sakan. Apatah lagi sampai 5 lebih kan kan. Tapi kat astech memang begitulah rutin aku hampir setiap hari. Dalam seminggu, sehari je aku balik awal iaitu pukoi 2pm. Ahad & isnin, 2.40pm. Selasa, kekadang 5pm kekadang 6.30pm. Rabu haritu aku balik pukoi 6.30pm jugak. Tapi lepasni aku akan balik lewat hari ahad, isnin & selasa. Ahad biasalah 2.40pm. Isnin memang lewat rasanya sebab ada latihan rumah sukan. Selasa ada perjumpaan unit uniform, persatuan & sukan permainan. Rabu & khamis alhamdulillah tkdak apa lagi kot setakat ni. Dengan homework yang bertimbun bagaikan piramid masa zaman Tamadun Mesir Purba, memang sempoi sungguh la kan. It's okay, aku suka. Tk lah aku membuang masa depan laptop macam dulu lagi :-)

Ahad haritu, ada perjumpaan rumah sukan. Nasiblah depa curi waktu fizik, kalau kena balik lambat jugak aku tktau la. Aku diserap masuk ke rumah Giga. Macam biasa, lumrah aku dari sekolah rendah sampai menengah, tk penah satu geng dengan member kalau mai tang rumah sukan. Nasiblah ada hanim, wasabi, capang, afiq & pazil jugak. Kalau aku satu satunya makhluk 4KA3 dalam rumah Giga memang aku tukaq sekolah teruih haha. Macam biasa, perjumpaan pertama nak pilih segala pengerusi bagai tu. Aku ingat president tapi aku lupa sapa vice president. Ah buat apa nak ingat, bukan ada kena mengena dengan aku pon. Jawatan besaq semua cikgu bagi peluang kat seniors form 5. Jawatan AJK ja dapat peluang kat f4, sobss sedih sangat. Dan alangkah terkejutnya bila aku dinobatkan sebagai jawatan AJK untuk kursus KA dalam rumah Giga. Tk ku sangka tk ku duga. Sangat terharu. Tapi aku down bila dapat tau yang aku kena kutip duit lagi. Oh tidak -_-

Tk silap aku the same day kot, seniors perempuan f5 mai tegoq aku. Oh anak kepada PK HEM & anak cikgu BM iaitu cik ayom! Depa mintk tolong aku handle blog library sekolah. Tapi aku tk boleh nak buat apa lagi sebab kena jumpak cikgu dulu. Terharunya depa bagi kepercayaan kat aku, dalam ramai ramai students f4 aku jugak yang depa pilih :') Ah buat terok. Tapi aku agak risau lah, sebab Ahad sampai Khamis memang aku busy. Blog aku pon update hujung minggu je. Dengan nak handle blog library lagi, maju sungguh depa ni noh haha. Actually aku pon tk tengok lagi rupa blog tu. Tk sempat :O

Isnin ada apa tktau? Seriously aku tk ingat. Oh mungkin tkdak apa apa kot. Hmm aku terlupa nak habaq yang ahad malam tu aku ada join kelas tambahan kat sekolah. Actually kelas tu untuk students yang stay kat hostel, tapi outsider digalakkan mai so aku pon menggalakkan lah diri haha. Ada subjek add math malam tu, memang best ah Cik Zabiah! Dia mai mengajaq sebijik sebijik kat aku so aku memang tkdak masalah dengan add math buat masa ni haha. Oh ya, baru aku ingat yang isnin petang aku keluaq dengan abah pi pekan rabu sebab nak beli kain & tudung puteri Islam yang warna pink tu. -_- Hello memang mahal gila ok! Kain rm35, tudung rm18. So jumlahnya ialah rm53 ye adik adik sekalian. Ala ala heart attack dah aku bila dengaq harganya tapi memandangkan aku desperate, abah tk cakap banyak melainkan bayar je. Cekik darah sungguh pekan rabu la ni noh, merajuk ah ceni. Aku beli tudung yang bersaiz XL k, cari mampus r nak pakai tudung singkat singkat kat astech. Buat tebai muka ja kena marah dengan pengawas.

Selasa, hari pertama aku pakai baju putih & tudung pink & kain pink setelah 3 tahun lebih aku tinggalkan baju sebegitu. Agak kekok haha sebab dah lama tk pakai baju kurung pi sekolah so rasa sempit cemana tktau bila nak langkah tu haha over teroks. Tapi kan aku suka sangat pakai tudung pink tu, sebab awning dia memang maintain ah dari pagi sampai petang. Aku dah ada geng dalam puteri Islam iaitu sarah, ku & ainun. Perjumpaan haritu agak membosankan la sebab tk buat apa sangat. Cikgu pon lepas awai so aku tersenyum gembira. Keluaq kelas, aku tengok ahli ahli KRS kebanyakan dah kena kawad haha seksa aih. Nasib baikla aku tk masuk KRS, kalau dak memang tercetus kontroversi la kot kot aku terpengsan kat situ haha. Aby ialah salah sorang ahli KRS yang kena kawad tu hmm siannye. Sepatutnya boleh balik pukoi 5pm, tapi aku, aby & ainun balik pukoi 6pm sebab kononnya nak buat carta organisasi english language society. Tapi satu apa tk buat pon, last sekali aku serah kerja tu kat kakak aku sebab aku akui aku tk kreatif LANGSUNG.

Rabu, period pertama ialah PJK. Dan aku suka sangat sebab masa ni cikgu pj tk kisah apa kami buat. Dan kami tk penah la lepak bawak pohon merendang je sepanjang pj ni. Macam macam yang kami main contohnya badminton, netball, bola tampar, bola sepak & zero point. Dan pj bukan kelas KA3 je, ada lagi kelas kelas lain termasuk form 5. So mulanya kami memang warm up dengan kakak kakak form 5 lerr hahah. Seriously aku tk boleh lupa insiden aku dengan sorang makhluk Allah ni, malunya aku tktau nak habaq cemana. Tebai muka aku memang setebai tebai muka manusia ah. Nasib baik la benda tu tk jadi kontroversi sangat hmm dugaan dugaan. Tapi bukanlah insiden aku jatuh tersembam or jatuh terduduk or anything related to jatuh k. PJK berlangsung selama satu jam lebih sebab dua masa. Rabu haritu aku tk boleh nak main badminton macam biasa sebab students lelaki lebih pantas mencapai raket sampai tk tinggai sebatang pon. Oh ceni hampa noh. Memang sempoi r -_- Habeh sekolah pukoi 2pm, aku stay back sampai pukoi 5pm sebab ada latihan merentas desa. Rumah mega, nano & piko semua pakat berlatih lari ikut trek merentas desa tapi giga ja sesat dok lari pusing padang! Bengang sungguh aku. Tunggu sampai 3jam, latihan yang kami buat cuma warm up, lari macam orang tk makan nasik, warm up lagi lepastu balik. Isk tk berbaloi langsung. Dalam kebengangan aku dok tunggu abah mai amek, faez tegoq dok mintk 5 kupang. Haha dia tegoq di waktu yang salah, so dia cuma dapat jelingan tajam aku ja. Sori r noh.



Harini, nothing interesting happened. Belajar macam biasa. First period, engineering drawing. Homework aku buat semalam salah, dan aku dah betulkan dah. Tapi homework yang cikgu baru bagi harini memang susah gila ya amat! Pening kepala aku. Kena buat sudut kot kiri sat kot kanan aiee memang susah r. Tapi tkpa ni sebagai cabaran untuk aku haha ayat macam nak boh penampaq kat muka sendiri. Dan esok ada training bowling. Ha.Ha.Ha. Aku tau lawak sebab dah bertahun tahun aku tk main bowling dan aku tk penah la nak kata minat main baling baling bola berat ni. Tapi tktau la kot kot dah terer lepasni terus fall in love kan. Teacher ain bagi pakai baju bebas yeay tapi dengan syarat mestilah sopan, ayu & tk mencolok mata. Mencolok k bukan menjolok. Esok game start 3.30pm tapi aku nak pi awai sebab nak suruh sarah ajaq dulu. Aie malu kot kalau game dah start tapi aku tk reti langsung. Hmm sedihnya. Lepas training bowling esok, terus balik kampung setelah lamanya tk balik sana. Duit game tu of course lah sendirian berhad. Dengaq cerita, nak main 2 round tapi tktaulah. Mak temah follow je

Begoyang, I follow I follow.


Ah ngeri ngeri ngeri

That's all for today. Esok lepas balik kampung kalau aku tk mengantuk, insyaAllah aku update blog ye. Isk tk sabo pulak nak jumpak sarah, yat, aby, ku & ainun esok. Hmm bestnye bestnya.

Bye. =)

No comments:

Post a Comment