Sunday, February 12, 2012

Mysterious

Assalamualaikum

Ya para sahabat sahabat sekalian. Jawablah salam kerana sesungguhnya menjawab salam seorang Muslim itu ialah wajib. K? Actually aku curi masa tidoq aku untuk hari ni semata mata nak update blog. Aku memang nak sangat sangat update semalam tapi masa begitu mencemburui diriku..so terpaksalah jugak update harini. Sebenarnya kan I've promised to myself nak qadha tidoq sekarang, sebab dalam kelas tadi aku tersengguk sengguk macam orang hisap gam. Padahal tk hisap pon k. Tk kelapaq aku. Masa aku mengantuk paling critical ialah masa PKA & BM. Ewah rasa berat je mata ni. Nasib baik la aku ni kuat fizikal dan mental, adalah terlelap sedetik lebih tapi tk kantoi k. Yang kantoi tidoq masa PKA tadi Afiq, Luqman & Zahir. Aku ni kalau bab nak cover tidoq memang terer ah. Nasib baik la tkdak sejarah harini, kalau dak tobat dahi ni dah putih akibat balingan padu cikgu sejarah. Hmm nak tau dak pasaipa aku tidoq lambat semalam. Aku takut ni nak cerita. Bukan takut apa, cuma takut orang tk pecaya. Ah watpa aku nak bohong k, dosa free bergolek golek atas riba. Actually..

Semalam aku tidoq agak lewat, 1 lebih kot. Kalut buat kerja sekolah. Bukan salah aku..jumaat pagi aku bangun lambat, tengah hari tu dah pi main boling sampai petang. Habis main boling, terus balik kampung. Sampai rumah dah 11 lebih, of course mengantuk. Pagi sabtu, kena pi sekolah sebab ada merentas desa. Merentas desa astech was quite fun la, mungkin sebab semua melayu kan so baru feel sikit hahah ok tk lawak. Juara lelaki, Nabil Ombak Rindu (form 4). Juara perempuan adalah senior tu aku tk ingat nama dia. Nombor 2, Reen Jasni. Aku macam tk pecaya k haha sebab luaran nampak gemalai je tapi lari kemain laju. Tempat keempat aku tktau sapa tapi tempat kelima ialah Shue Bent. Yes Shue Bent! Aku dah agak dah dia ni mesti pulun lari punya masa merentas desa. Quite impressive lah kan? Kagum aku. Oklah back to the original topic. Selesai merentas desa, aku tidoq selama beberapa jam disebabkan letih. Lama k aku tidoq. Tk ingat sampai pukoi berapa tapi petang lah. So semalam baru la tehegeh hegeh nak habiskan keja sekolah. Selesai semua, aku online pulak. Konklusinya aku berdating dengan bantai lebih kurang pukul 1. Lepastu..

...around 2am kot, aku dengaq bunyi bising. Bising yang amat bising. Tktaulah nak cakap bising bunyi cemana tapi yang pastinya memang bising. I thought it was my phone, so aku pon nak ambiklah phone aku dan nak hempuk tapi masalahnya both of my hands cant move at all. Jadi keras. Suddenly at the same time aku rasa badan aku ditindih dengan benda nauzubillah punya berat sampai I cant say anything. Nak toleh kepala pon tk boleh langsung, & I cannot open my eyes. Senang cerita aku tk boleh buat apa. I heard nenda's calling my name, aku nak menyut tapi tk boleh. Actually nenda tkdak pon kat situ tapi aku dengar. Bulu roma ni tk payah tanyalah, memang straight tahap 90 darjah punya. A few minutes later, things back to normal. Aku terpinga pinga sat and I tried to figure out what was actually happened to me. Jadi blank sat tetiba. Bila aku teringat balik apa jadi, aku terus gerak kakak aku & bukak lampu. Dia tanya pasaipa. Terus aku nangis & cerita. Masa tulah aku menggigil gigil punya takut sampai tktau nak habaq. Aku amek masa lama jugak la nak tidoq balik sebab takut kena tindih lagi.

Jadi, itulah penyebabnya aku tersengguk sengguk kat kelas.


I dont know what type of ghost that hit me last night.
But the lucky thing is, I didnt see it.

Okay pasal merentas desa kemaren. I brought my cute bottle along with me sepanjang perjalanan aku merempuh desa haha desa la sangat kan. Aku akui memang beratus ratus orang kat depan aku, tapi aku berbangga lah jugak sebab ada lagi beratus ratus kat belakang aku. Boleh dikatakan aku kat tengah tengah. Berhenti beberapa kali jugak la akibat kekurangan oksigen. Aku tk kisah ah nak merebut gelaran juara apa bala ni semua, sebab aku tau aku tk mampu. Kalau aku paksa diri jugak, tk mustahil aku dah jadi allahyarhamah sekarang ni aieee capoi aih. Ada jugak la segelintir makhluk makhluk tk berapa nak halus mengambil jalan pintas. Ini tidak adil! Aku tk short cut langsung k, bagoih kan aku. Aku berlenggang kangkung dengan Aby, Sarah & Farahana. Liyana & Ku jauh ke depan. Hanim & Izzati aku tktau terlepas ke belakang manahala. Yat pulak sebagai salah seorang ahli PBSM jaga check point kot kot ada orang nak pengsan, saja buat pengsan, terpengsan, pengsan ala ala hegeh hegeh dan sebagainya. Aku berhenti kat Yat dan dikategorikan sebagai pengsan ala ala hegeh hegeh hahaha. Jauh gila kot tapi aku tk sure lah berapa km. Yang pastinya Keat Hwa punya track taun lepas memang tersangat dekat nak dibandingkan dengan track kami kemaren. Oh ye, aku nak menampilkan Shue Bent yang dapat tempat kelima tu. Or her real name is Syuzaini =)

The left one is Shue. Dia KE kalau tk silap. And I admit it, I was quite belemoih.
Normal k, baru habeh merentas desa.
And I was holding my cute little bottle.

And the bowling part was..interesting. I didnt play bowling for ages! Last time I played it when I was in primary school. Yea memang dah berkurun kurun. Form 4 perempuan cuma 7 orang, form 5 perempuan 2 orang dan paling ramai ialah form 5 lelaki. Termasuklah si Imran putih melepak tu. Dan normal lah kalau markah aku cuma 48 je. Dah bertahun tahun aku tk main k. Tapi kat lane yang aku main tu, markah akulah paling tinggi haha banggenye. Lepas main bowling tu lah aku meredah lautan manusia kat Popular semata mata nak dapatkan botol yang menggoda aku tu. Oh yes..next week dah exam. Memang aku takut. Aku paling takut subjek physics, chemistry, engineering drawing & civil engineering studies. Kalaulah fail..ah aku tktau nak kata. Cukup makan pon jadilah asalkan jangan fail. Sapa yang terer chemist & physics tolong ajar aku. Sejam 50sen. Tolongg tolongg

Konklusinya malam ni aku takut nak tidoq. Pengalaman pertama k, jangan gelak sebab aku nangis. It was really freaking me out. Ok bai =)

No comments:

Post a Comment