Wednesday, January 25, 2012

Peek a boo

Assalamualaikum

Oh yeah! Akhirnya dapat jugak aku curi peluang nak update blog harini. Last aku update bila tktau? Hari sabtu kot kalau tk silap, sebab ahad petang tu aku balik kampung. Oh memang best gila lah. Aku rasa kalau tiap tiap hari aku dok kat kampung, tk mustahil aku boleh jadi segemuk-gemuk manusia. Dok sana memang tk buat keja apa melainkan makan, ronda, tidoq, main mercun dan makan lagi. Aku tidoq sana satu malam je lepastu balik. Malam tu ada makan makan. Ayam, sayur kailan, kambing, burung, sotong, udang, ikan dan macam macam lagilah. Rumah dipenuhi dengan orang, dari dapur sampaila pintu depan. Selesai makan, main mercun. Selesai main mercun, aku, kakak aku & dua orang sepupu aku lepak tepi sungai sampai 1 pagi. Ah memang best ah! Main mercun lepastu menyembang tk ingat dunia. Sampai paksu kena cari kami naik moto & guna torchlight. Haha best memories ever! Nasib baik jugak lah sepupu Bangi tu tk ikut balik, kalau dak aku mesti awkward punya. Kakak aku yang sulung tu pon tk balik jugak. Tapi agak mengejutkan bila tengok 'seseorang' tu turut join. O M G

Petang Isnin, balik mai rumah nenda, ada birthday party untuk kami yang birth date nya pada bulan Januari & Februari. Ada dua bijik cake, 1 chocolate cake dan 1 lagi cheese cake specially from Secret Recipe. Cheese cake tu memanglah sedap tapi sepotong pon aku tk boleh nak habiskan sebab terlampau cheezy. Memang gemuk lah aku hari Isnin tu, sebab sebelum balik aku dah makan nasik kat kampung. Balik rumah makan KFC & cake pulak. Aku dah tk mampu nak sumbat bihun, koeyteow & laksa walaupon semua tu nampak sedap. Ayam KFC pon aku gagah jugak dan aku pilih ayam terkecik. Tapi chocolate cake tu memang piaw ah! Sedap gila! Rasa nak tambah pon ada tapi aku sedar diri, kalau gemuk aku jugak yang merana. Aku dapat hadiah from mama, iaitu novel bertajuk Diary of a Wimpy Kid : The Ugly Truth. Oh yes mama memang sangat memahami yang aku sangap nak novel tu! Aku baca dah nak habeh dah dan serius lawak gila, gelak sorang sorang aku. Dan hari yang sama jugak aku jadi model (ah nyampah sangat) tudung. Nana (my aunt) jual tudung and she asked me to be the model so that she can put the pictures in her blog. Mulanya aku agak malu malu tapi quite ok lah. Tkdak lah pro macam Hana Tajima or Maria Elena or Fatin Liyana kan.







Ok awkward.
For more 'whatever' pictures of me, please go to
CasualMuslimah
And yesterday was the awesome day ever. I got a new phone and I was soooooo excited. Abah called me and he said, "Ijan, ambik Nexus la nah. Ijan siap, 10 minutes abah sampai." Bila aku hang up the phone, I screamed as loud as I can! Dan tk lupa juga I jumped like a fat kid got a chocolate! Gila memang teruja tahap tk hengat ah aku time tu sebab I've been waiting for ages to get a new phone. Sebab tu la teruja macam orang gila dapat keluar dari hospital mental. Kakak aku pon ikut jugak sebab dia pon nak beli phone baru but she used her own money lah. Kami menuju ke cp dikala jam menunjukkan pukoi 8.12pm. Cp memang sunyi ah sebab kebanyakan kedai dah tutup. And we went to one of the shops yang jual handphone, and I saw Samsung Galaxy S II, Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Ace, W, Y and so on. Aku mulalah rambang mata sebab abah nak belanja one hundred percent. Aku tk keluarkan sesen pon. Ah bahagianya hidup ini. Setelah membelek itu dan ini, akhirnya aku putuskan, I took Samsung Galaxy Nexus.

I LOVE MY NEW PHONE

Unfortunately, this type of phone only got one colour, that is BLACK. Ah hitam pon hitam lah. Aku selalu dengar orang cakap, "Black is elegant." Totally right!

Tadi aku pi kenduri, kawan abah kahwin. Dua-dua budak kopitiam. Pengantin lelaki namanya Awie, 20 tahun. Pengantin perempuan namanya Ira, jugak 20 tahun. Nasib baikla aku tk pakai baju kurung warna merah tadi, kalau dak warnanya memang sama sebijik macam mak si pengantin lelaki. Abah & kakak aku belasah sampai 2 pinggan, aku sepinggan je memandangkan aku malu. Hahah tkpa, kat rumah pon ada nasik jugak kan. Aku ada snap gambar pengantin tadi tapi malas pulak nak upload memandangkan internet slow. Ok nak pi layan maggi. Bye =)

No comments:

Post a Comment