Thursday, January 05, 2012

Memories

Assalamualaikum

Alhamdulillah! Borang-borang teknik, salinan kad pengenalan dan salinan slip keputusan PMR dah selamat ditandatangani & dicop oleh setiausaha kawasan tempat tinggai aku ni. Dan aku dah dapat sijil berhenti sekolah tadi yeah cuma belum fotostat je. Satu lagi yang tertinggai! Satu sahaja lagi tandatangan & cop pengetua haii ralat sungguh aku. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib aku. Dalam nak jumpak pengetua tadi, ramai pulak yang tunggu giliran mengalahkan PM. Nampaknya sama ada aku biarkan sahaja ruangan tu tk ditandatangani ataupon aku pulun pi jugak Keat Hwa ahad ni untuk jumpa pengetua. Hmm tengoklah tahap kerajinan aku macam mana nanti. Tkkan lah sebab satu tandatangan tu pon pihak teknik nak halau aku kot noh? *ayat untuk menyedapkan hati sendiri*

Aku tk paham orang dok bajet bagus ni.

Harini seperti yang sudah diketahui umum, hari last aku bersekolah kat keat hwa. Rasa sedih tu memang ada walaupon jiwa tk serasi dengan sekolah tu, tapi dengan kawan kawan & cikgu kat sana memang dah serasi sangat. Rasa payah nak tinggaikan depa but I have to untuk kebaikan diri sendiri jugak. Tapi bukanlah aku pentingkan diri..hmm. Teringat masa form 1 aku sekelas dengan Khadijah, Aby, Syaza, Toey, Nazeem & Aqeela dan sapa lagi tktau. Start form 2, form 3 & form 4 barulah aku sekelas dengan Dalila. First of all jangan lah menyampah pulak kalau entri aku kali ni macam emo gedik mengadangada atau apa saja.

FORM ONE, 2009

Kelas 1A2 & semua melayu. Aku dok sebelah Khadijah. Masa form one, memang subjek maths ialah subjek yang paling aku hancus sekali sebab penah fail. Dan cikgu maths ialah cikgu yang luar biasa, tk penah aku jumpak cikgu secermat / sebaik macam tu. Tapi sekali beliau mengamuk memang mampu mengecutkan jantung dan pankreas. Form one jugak lah tahun pertama aku kenai dengan Syaza, dan waktu form one jugak, aku tk berapa nak rapat dengan Aby lagi. Aku tk berapa ingat kenangan tahun 2009 sebab itu bukanlah zaman kegemilangan aku. Yang aku ingat, Dalila Khadijah Syaza & Aby buat prank kat aku yang aku agak terasa tapi bila ingat balik memang lawak haha bab Yasin kirim salam kat aku. Haii budak budak sungguh noh kita? Lagi satu aku macam tk boleh pecaya dengan mata aku ni bila tengok Toey satu geng dengan Nazeem dalam kelas. Tk padan langsung! Toey otai. Nazeem geng nerd & ulat buku. Padanan yang sangat teruks haha. Tk lupa jugak dengan Danial yang dok sebelah aku, masa tu sangat baik, naif, tk pandai melawan, tk pandai mengusik dan tk buas. Itulah zaman luar biasa untuk Danial si beruk berkulit putih haha kejamnya aku

FORM TWO, 2010

Permulaan zaman kegemilangan aku. Tapi hari hari terpaksa aku korbankan keselesaan aku pi sekolah dengan menaiki bus awam untuk menghadiri extra class subjek maths. Extra class tu sangat sangat membantu aku, sebab tahun 2009 aku fail maths, tapi tahun 2011 maths aku terus bertukar dengan gred A. Mulanya memang aku malu dapat masuk extra class tu sebab class tu memang dikhaskan untuk students yang lemah maths, tapi lama lama aku rasa bertuah sebab aku improved banyak sangat. Form two, aku kelas 2A2 dan campur dengan chinese students. Tahun tu jugak lah aku dah mula sakit jiwa dengan budak budak cina, yang paling aku ingat ialah Lim Joe Shin. Dialah satu satunya makhluk yang mampu merosakkan mental aku. Musim exam, memang baik gila lah sebab nak tiru sejarah aku. Kalau bukan musim exam, perangai setan dia akan keluaq. Lol -.- Aku ingat lagi Luqman jadi ketua tingkatan paling kecoh. Guru kelas yang amat sporting dan cantik menarik tertarik. Still sebelah Khadijah, belakang aku Dalila & Syaza. Rekod paling unggul aku, dapat tempat pertama dalam kelas, tiga kali berturut turut.  

FORM THREE, 2011

Zaman kemuncak kegemilangan aku bersama kawan kawan tercinta. Aby & Khadijah kelas 3A2, aku pulak kelas 3A1 dengan Dalila, Syaza dan tk lupa juga Lim Joe Shin -.- Tiga tahun berturut turut aku sekelas dengan Syaza wo! Tahun 2011, memang tk boleh nak list kenangan aku sebab terlampau banyak sangat. Aku semakin rapat dengan Luqman, Nazrin, Taufik & Nadila. Paling tk kusangka aku boleh rapat dengan Syabil yang aku ingatkan selama ni cuma seorang robot tanpa perasaan. Gabungan Syabil Irfan kat belakang aku, kehadiran Syaza di sebelah, Dalila di depan dan Nazrin sebagai ketua tingkatan, membuatkan aku rasa 2011 is the best year ever (while I was in keat hwa lah). Dan aku tk lupa 1st time dapat keluaq town dengan Khadijah bersama alasan, buat folio sejarah MBAS. Tahun tu, friendship aku dengan Aby, Dalila, Syaza & Khadijah makin rapat. No words can describe how much I love them, tk kurang jugak kawan kawan aku yang lain. Memandangkan Melayu sikit, buatkan aku sayang semua orang even though yang tk rapat. Susah nak tinggaikan depa.

Ismah - cakap banyak dan suka gelak
Aqeela - extraordinary. She can speak in Mandarin fluently
Dalila - tkdak dia, maka tk berserilah keat hwa
Khadijah - si genius yang kadangkala sangat naif
Aby - teman shopping aku now until forever
Syaza - baru 3 tahun kenal tapi aku sayang Syaza sangat!
Fathilia - no komen. Memang aku suka cari pasai dengan dia haha
Nadila - nampak naif tapi ada boyfriend tau, DSO tuu
Zakirah - everybody called her Zack, except me
Taufik - si Mydin yang super duper cool
Faisol - sorang lagi makhluk Melayu terer ber-Mandarin
Luqman - without him, our class won't be havoc
Nazrin - tk pernah berhutang dengan aku. Sebab tu aku suka. Hihi
Danial - Boleh jadi sangat menyakitkan hati dan sangat menggelikan hati
Fitri - Maybe another Mydin, I guess? :-)
Jufre - calon tunggal lelaki yang dapat 8A. I'm impressed
Firdaus - anak tokey kantin yang terer gila dalam geo
Yusri - apa yang dia cakap selalu aku tk paham
Muhammad - diam diam ubi berisi
Zulfahmi - anak murid aku yang paling setia
Irfan - si pembohong yang nyata. Hahaha
Hafizi - bagaikan Chipsmore. Oh aku tk boleh lupa adegan aku mengorat beliau
Syabil - si kacak tanpa perasaan
Azim - kegilaan Dalila Athirah
Hafizuddin - tokey anak nasik kandar yang paling rapat dgan Pravin & Navin
Nazeem - always be si bulat ninja turtle
Anas - citarasa lagu beliau sama dengan aku!
Afif - si pemalu berbulu mata lentik
Faris Ikhwan - Aaaarrr..aku tk tahu. Hahaha
Maaf dipohon jikalau ada salah dan silap. Aku sayang semuanya dan jangan sesekali terlintas dalam fikiran untuk lupakan aku. Aku akan redah tembok belakang sekolah jikalau aku mampu..suatu hari nanti. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment