Thursday, January 19, 2012

H O L I D A Y S

Assalamualaikum

Harini aku digemparkan dengan berita tentang semakan kemasukan ke SBP. Sebelum ni ramai pakat heboh, sepatutnya keputusan tu keluaq esok iaitu 20hb. Tiba tiba tadi teacher aku tegor, dia kata dah check ke kat internet pasai SBP? Aku cuak sebab aku rilek cool jer selagi belum 20hb. Tapi dia cakap, dia dah check semalam & ada. Aku dah try google, tkdak pon. Yang banyaknya, untuk form 1. Tiba tiba aku rasa form 4 ni macam disisihkan. Ah sedihnya. Tkpalah nanti aku tunggu member member lain, kalau depa dah boleh check then I will. Eh tetiba rasa ketaq. Agak agak aku dapat dak? Aku mintak SM Sultan Abdul Halim, or better known as Jenan. Kalau aku dapat, aku nak pi dak? Rasa macam leceh la nak berhijrah 2-3 kali ni. Tapi aku takut aku rugi kalau tk pi. Haii delima! Abah & mama pon dah kata, depa ikut aku ja. Sama jugak macam nenda. Tapi masalahnya aku pon tktau aku nak pi ka dak. Mampu ke aku nak jadi manusia independent bila dah stay kat asrama nanti? Mampu ke aku bertahan sampai 2 tahun kat sana? Kalau tk mampu, agak agak apa jadi kat aku? Mungkinkah aku akan kembali ke keat hwa jugak nanti? Ah aku serabut

Last sekolah harini, cuti raya cina seminggu. Haha sukanya aku, sebab the 3 little musketeers tu cuti 3 hari je. Harini aku banyak buat silap. Actually tk banyak, satu je. Aku terpedaya dengan lawak jenaka cikgu kaunseling kemaren, katanya ada semayang hajat. Aku pon usaha la bawak telekung, semata mata aku tkmau guna telekung kat surau sekolah. Dan memandangkan harini ada subjek LK, aku bawak jugak beg peralatan kejuruteraan yang besaq gedabak dan maha berat tu. Padahal aku tk patut bawak, sebab aku tau dah bahawasanya harini dapat buku teks. Tapi nasiblah bukan aku sorang je bawak, ada lagi budak budak lelaki kelas aku yang bawak. Tklah malu sangat kan haha. Oh ye harini tk belajar sangat. First period, kami buat pilihan untuk carta organnisasi. Monitor & his assistant dah ada, cuma nak cari jawatan lain je. Aku jadi bendahari haha, again. Aby jadi setiausaha. Lepastu aku tk ingat dah.

Cikgu LK masuk kejap je, sebab kena pi amek buku teks. Aku ingat tklah banyak mana pon..tapi 25 buah! Terkejut beruk aku. Banyak sebab physics, chemists, add maths, maths, engineering studies & engineering drawing tu buku teksnya dapat both in BM and BI. Tu yang jadi banyak. Dah dapat buku tu, kena pegi kantin sebab macam biasa, kena isi nombor siri. Dalam perjalanan ke kantin tu, borang aku melayang layang. Dahlah aku sorang. Ah malu! Nasib baikla ada senior lelaki menolong. Sumpah memamg aku malu gila. Kalau ada orang yang teman aku masa tu, tk lah malu sangat. Nasib baik borang je yang jatuh. Kalau buku teks aku jatuh bertaburan, berganda ganda lagi la malu aku hahah -_- Masa tengah sibuk mengisi borang, matpit tegoq aku. Ah aku lupa tanya dia pasai Afif Lutpi! Dan matpit masih setia dengan songkoknya haha. Haritu masa first day aku masuk, dia masih berambut panjang & tk pakai songkok pon. Ok biaq, who cares

Selesai isi nombor siri buku teks tu, kena bawak buku teks bawak ke kelas. Woh yang ni memang seksa gila! Jarak dari kantin ke kelas memang nalllaaa punya jauh! Dahlah berat 25 buah buku teks tu hanya Tuhan yang mengetahui. Adalah a few students yang tegor, "Nak kami tolong ke?" Tapi haram tk tolong pon! Aku rasa sikit lagi bahu aku nak terkeluor tadi. Berat sungguh, aku tk tipu. Kalau hari hari aku angkat buku teks banyak tu, memang boleh naik muscle la kat lengan. Jimat duit tk payah pegi gym. Aku jalan tekedek kedek ke kelas dengan Humaira. Maka jadilah kami seperti penguin berbaju oren dan bertudung hitam. Akhirnya berkat usaha gigih kami, sampai jugak ke destinasi. Aku agak kagum lah dengan kekuatan aku sendiri haha sebab angkat semua buku teks tu dengan usaha aku sendiri. Bayangkanlah buku teks 10 subjek tu. Entah berapa kilogram yang aku angkat tadi? Dan agak agak kena bawak buku teks dua-dua bahasa ke nanti? Ah mampus dah aku. Buku banyak, kalau tk dapat straight A nanti memang kena hantuk kepala

Agak lebih kurang macam ni la buku aku tapi tk lah setebal ni.
Macam mana pon, aku tetap terseksa

Harini dengan gembiranya aku nak bagitau yang aku dapat makan nasik dengan ayam goreng kat sekolah! Ya Allah sedap gila walaupon hanya berkuahkan sambal! Kenyang sampai rasa ketat seluar aku tadi haha rahsie. Aku makan dengan Aby & Ku tadi. Ku makan sampai licin, tk tinggai sebutir nasik pon haha. Rasa macam orang pelarian baru jumpak nasik je. Ayam goreng aku amek bahagian wing tadi, ala ala ayam KFC pon ada aku tengok. Haii berbaloi aih RM2.50 aku tadi. Air pulak, aku kongsi duit dengan Aby, tapi kongsi air dengan Ku sekali. Aku tk bagi Ku beli air sebab aku tau dia tkkan habeh. Bahagia aih aku dapat makan nasik tadi haha. Lepas rehat, ada ceramah kat surau. Some kind of ceramah motivasi la, bekas pelajar astech yang bagi ceramah tadi. Sekarang ni beliau dah jadi lecturer yang berjaya. Waaa dasyat nye. Aku duduk belakang sekali dengan Aby, Yat & Iman Sebawai. Dok begelak ketawa haha tapi dalam keadaan yang terkawal. Begelak ketawa pon, aku catit nota dalam buku Yat sampai dua setengah muka surat tau haa jangan memain. Lepak sekali dengan teacher & cikgu kaunseling. Masa tulah teacher tegor aku & Yat pasai SBP tu. Hmm

Selesai ceramah, dah boleh balik. Aku teragak agak cemana nak bawak buku teks sampai ke pagar sebab aku cari Dinna tk jumpak! Mulanya Dinna kata dia nak tolong aku, tapi dia tolong Humaira. Haha tkpelah, mak temah tk kisah pon. Aku & Aby bawak sekerat sampai kat kerusi batu tu lepastu kami stop sebab nak telefon. Tapi public phone kat astech tu pelik! Aku tk reti guna! Ah sadisnya sampai ada senior yang gelak kat kami -_- Nasib baiklah si Wan Ijau tu ajar kami. Akhirnya Aby berjaya called mak dia dan aku berjaya called abah. So terkedek lah pulak kami pi kat bustop kat depan dengan Syarafina sekali. Shue pon ada. Nasib aku baik, keluar je pagar sekolah abah dah ada. Dan abah tolong aku masukkan buku teks dalam bonet kereta. Harini, aku boleh pi Pak Tat setelah sekian lama tk pi. Tapi tk makan pon sebab aku kenyang lagi makan kat sekolah. Risau jugak aku kalau asyik makan nasik ja, lama lama gemuk lah aku. Yang paling best harini, hari last sekolah! Cuti seminggu! Oh nikmatnya..

Tiba tiba aku tk sabar nak bercuti ke pantai bulan Mac ni. =)
Ahad ni, aku balik kampung dan tidoq sana. Satu malam je, Isnin aku dah balik. Aii tk sabonye. Lepastu MAYBE hari Khamis kot, rancang nak keluar sebab sambut birthday aku. Birthday aku actually 29hb, tapi kena sambut awal ler sebab nanti tkdak masa dah. Dalila cakap nak pi Star Parade, sebab boleh singgah Kopitiam nanti. Ah aku setuju sangat! Nak jugak aku mengebat masakan abah hihi bestnye. Yang paling best, boleh jumpak member sebab dah lama sangat tk jumpak iaitu Dalila, Syafiq & Syaza. Tu pon kalau depa boleh join lah. Sarah & Yat pon aku ajak tapi tktaula depa mau ka dak. Yang penting aku ajak =)

Ok aku lapar. Bye!

No comments:

Post a Comment