Saturday, January 14, 2012

New me

Assalamualaikum

Macam mana readers sekalian? Atau para blog-walkers sekalian? Rasa resah gelisah sebab aku tk update blog kemaren? Rasa tk tentu hala? Rasa tkdak arah tujuan dah? Haha ok statement macam perasan bagus ala ala Peah Gosip. Ok tkdak kena mengena -__- Actually aku rasa ramai yang dah maklum pasaipa aku tk update blog kemaren kan. Aku tk boleh mengadap sebarang benda bercahaya dengan dekat, contohnya tv (memang aku tk tengok tv dekat dekat. Tu orang zaman batu namanya), handphone (kalau tengah texting memang handphone akan berada sedepa daripada muka aku) and especially laptop. Sebab benda benda tu akan menambahkan pening kepala aku. Demam, batuk & selsema pon dah tk tertanggung dah, tambah pulak dengan pening yang amat menyeksakan kepala ni. Rasa macam kepala aku ni besar sangat sebab berat hahah ok tk lawak. Cuti 3 hari ni insyaAllah aku manfaatkan dengan merawat diri dengan sepuas puasnya sebab kalau boleh aku tkmau demam dah. Sebab aku tau selalunya awai awai tahun ni mana mana sekolah pon akan aktif dengan aktiviti kokurikulum contohnya sukan. So susahla kalau dah demam pening bagai semua ni kan

Sekali lagi aku tegaskan bahawa kalau Dalila jadi masuk astech, aku akan lompat ke langit dan petik bintang dan persembahkan kepada Dalila dan aku akan gembira. Hahaha over!

Aku start demam balik sekolah hari Khamis haritu. Sebab aku terpaksa meredah hujan dengan Ket, Kak Shakeerah, a few seniors yang lain dan juga salah seorang classmate aku yang aku dah lupa namanya. Terpaksa sebab, memang peraturan sekolah yang melarang kereta parents masuk dalam kawasan sekolah atas sebab-sebab keselamatan. So aku terpaksa mandi hujan untuk keluar sekolah dan menuju ke bus stop depan sekolah sementara menanti abah tiba. (Entah kenapa aku rasa ayat aku skema sangat.) Tambah pulak, hari Khamis tu aku dah start sakit tekak & batuk. Bila dah kena hujan, maka bertambah tambahlah penyakit aku. Aku memang alergi dengan air hujan yang makin berasid dan juga sinaran matahari yang makin terik. Kena hujan, demam & pening. Kena matahari, pitam & pening. Oh antibodi aku sungguh lemah tapi aku redho. Sampai rumah tu aku kesejukan ala ala suhu kat rumah tu bawah freezing point. Dan semenjak itulah aku makin lemah dan lemah dan lemah sampai nak angkat kepala pon tk larat. Aku update blog kemaren dulu pon gagahkan diri je.

Walaupon aku demam, aku tetap balik kampung kemaren. Sebab aku tkmau asyik tejelopok kat rumah macam orang sakit tkdak harapan.. I tried to cergaskan myself. Even though I didn't eat what maksu cooked. And I regretted it. Tk makan apa yang maksu masak ialah salah satu benda yang sangat merugikan. (But it's okay! Aku dah ganti dengan makan masakan mama tengah hari tadi. Yeay!) Balik kampung, as I knew it, aku akan menggigil kesejukan. I called myself stupid sebab aku lupa bawak socks & sweaters. Oh damn it. Sedih kan sebab balik kampung, aku cuma makan kentang goreng je. Dan aku tk dapat nak join sepupu sepapat & the 3 little musketeers tu main mercun. Sesungguhnya aku tk mampu nak paksa diri menjadi terlampau aktif sebab aku tkdak tenaga langsung. Tkpa, insyaAllah raya cina ni ada peluang lagi. Sepupu jauh dari Bangi tu pon nak balik hakhak gatainye. Dan semalam aku tidoq rumah mama. Dalam keadaan demam pon aku gagah lagi tidoq lewat sebab nak tengok movie, Phobia 2 kat astro citra. Alah cerita seram Thailand tu. And it was really creepy! Tambah tambah tang sami tu. Ah gilanya

Ok nampak budak Sami yang tengah pegang lampu tu? Bagi aku, cerita dia paling menakutkan

Bangun tidoq pagi tadi, I felt much better. Even though berat kepala tk berkurangan, tapi demam dah kurang. Dan tidur semalam sangat selesa dengan diselimuti oleh selimut tebal haiii tk sabaq nak tidoq malam ni hahah. Oh yes, aku saja contact Aby kemaren tanya dia pasai persiapan semua tu. Dia kata, yang tk settle cuma sijil berhenti sekolah & cop bagai tu ja. Dan aku pon, oh ok great. Tadi pon dia ada called aku sebab dia dah start shopping kasut, seluar & tudung. Baguslah dia tk sekalut aku haritu. Terpaksa shopping semua benda dalam masa 1 hari. Dan satu soalan from Aby yang membuatkan aku terpinga pinga ialah, "Weh, kasut hang ada tapak dak?" And I was like "Ha?" Of course lah ada tapak! Then how on earth benda tu boleh dipanggil kasut? Every shoes must have tapak, kan? Aku andaikan Aby terlampau gabra sebab dia tktau kasut macam mana yang harus dipilih. Adoi ada jugak wujud soalan macam tu noh. Aby sanggup bazirkan kredit sebab nak tanya aku soalan tu. Ok great job Aby.

Tadi, the 3 little musketeers memonopili tv selama lebih 4 jam tanpa henti sebab nak tengok Nada Cinta's marathon. Aku rasa macam dah tumpang rumah orang Indonesia tadi. Patutlah Rasti dok panggil Nada "CEWEK KAMPUNG!" sebab muka beliau memang tk komersial langsung. Hahahah maaf aku bukan nak menghina tapi pikirlah dua tiga kali sebelum amek Mikha Tambayong tu jadi heroin. Ahh aku tau nama betui Nada? Oh tidak..petanda buruk -__- 

 Boleh tera ni?
Kalau nak gedik lagi berebut Randy Pangalila, silakan.
Aku akan tetap setia menunggu Adi Putra & Farid Kamil.

Bagi aku, yang paling segak dalam sinetron tu pon, Luna Maya. Tapi malangnya perangai tk seindah rupa

InsyaAllah Isnin ni aku akan kembali ke sekolah dengan penuh semangat baru sebab aku semakin sihat. Entah buku apalah gamaknya yang aku akan dapat nanti? Oh ya! Lupa nak kenalkan classmates aku (yang aku ingatlah). Sebelah aku, Dina from Shah Alam. SMK Seksyen 19. Depan aku, Imah. Aku tk pasti dia dari mana tapi dulu dia SMKA. Depan Dina, Hanim. Aku tktau dia sekolah mana dan dari mana haha I'm such a jerk. Lepastu sorang lagi budak Selangor area Rawang. I tried my best to remember her name but I can't! Sorry lah si manis. Then sebelah dia, Hanis kot tk silap. Juga aku tk tahu dari mana & sekolah mana. Boys yang aku ingat, Nizam, Faris, Khairi (kot, but he's not my classmate. Saja dia nak perkenalkan diri -_-), oh ok setakat tu ja yang mampu aku ingat. Classmate baru 11 orang aku dah tk ingat. Cemana bila dah masuk 2nd intake nanti? Aku masih berharap Aby & DALILA dapat jadi classmate aku dalam 4KA3 suatu hari nanti..alangkah indahnya.

Ok nak layan pizza. Bye! =)

No comments:

Post a Comment