Assalamualaikum
Alhamdulillah selamat aku bersekolah selama dua hari dengan lancar tanpa ada sebarang halangan. Tadi buat pertama kalinya untuk tahun ni, ada perhimpunan. Form 4 dah tk duduk depan pentas wowo kami dok belakang sebab dah besaq. Bagi junior form 3 dahla dok depan haha. Lepastu pengetua ada habaq yang starting from this year, sejarah dah ada 3 paper. Hmm depa ni memang saja nak buat naya kat budak budak 96s ka? -_- Lagi satu pengetua ada habaq sorang nama budak cina aku tk ingat sangat, dia mewakili Malaysia pi India, tk silap aku untuk kuiz mathematics kot. Ok I'm impressed. Cikgu baru yang masuk kelas tadi ialah cikgu fizik, perempuan melayu. Tk garang. Aku cuma tktau sapa cikgu kimia hehe dan aku masih tk belajaq lagi apa apa tentang kimia. Great! Because I'm not ready yet. Sebab aku terpengaruh dengan momokan kakak aku yang mengatakan antara kimia, fizik & bio, kimia paling susah. Tambah pulak cuti lepas aku try baca buku kimia tapi kebanyakan aku baca, tk paham. Hmm
Tadi aku balik lewat gile hihi pukoi 5pm oo. Sebab nak selesaikan hal-hal nak pindah sekolah ni. Borang berhenti sekolah pon dah selamat ada kat tangan kerani. Benda paling susah nak buat tadi ialah mintk tandatangan pengetua untuk buku koku. Haii mula mula tu rasa macam nak tekencing pon ada haha tapi aku baru tau yang pengetua aku tu tkdaklah teruk sangat, dok menyembang jugak dengan dia tadi. So buku koku aku pon alhamdulillah dah lengkap. Sekarang ni yang tinggai cuma cop pengesahan & tandatangan sahaja. InsyaAllah aku harap semua boleh selesai before this Sunday. Rasa terlepas beban kat dada aku seberat 50kg bila semalam aku jumpak slip trial PMR aku. Kalau dak memang jenoh tebai telinga kena marah dengan cikgu kelas taun lepaih kalau nak mintk balik. Dan rasa lega jugak borang berhenti sekolah dah selesai isi semuanya. Alhamdulillah :-)
Bukak facebook tadi aku terpana dengan satu berita gembira. Sarah jadi pi teknik. Sekali lagi aku rasa lega ya amat sebab at least adalah geng walaupon bukan sama kos kan. Yat pon pi, memang aku kenai beliau tapi tkdak la rapat sangat, besa jumpa pon sekali je hmm. Nanti bolehla rehat sekali, balik sekali dan macam macam lagi buat sekali. InsyaAllah la, sebab aku masih tk yakin yang aku dapat masok teknik selagi aku tk daftar 8hb ni. Tapi ketua kampung aku buat pasai pulak aieee dia tkdak esok. Ni yang mengacaukan kepala otak aku, kalau bukan dia sign sapa lagi? Boleh lew bagi kat pegawai kerajaan contohnya bapak saudara aku tapi aku risau sangat takut dia lupa. Lagi satu abah suruh pi sekolah dengan basikal. Suruhlah aku buat apa saja, abah...tapi bukan naik basikal. Bukan takut jatuh saham tapi sesungguhnya aku tk berani langsung nak menghadapi kereta / lori / van / bas / motosikal dan kenderaan yang seangkatan dengannya kat simpang empat traffic light depan masjid aman. Ngeri!
p/s Sila click gambar untuk pembesaran. Ada masalah teknikal di sini dan aku amat menyampah
Inilah yang buat aku sayang Sarah ketat padat sendat walaupon sebab dia berubah pikiran tu bukan kerana aku sobsob. Hahaha menyampah sangat aih dok buat terok ni. Oh ya esok tolong remind aku peluk Khadijah erat erat nah? Dan kalau aku boleh pi rumah Syaza jumaat ni, aku nak peluk Dalila, Aby & Syaza. Ni nak kena buat reminder niii haha.
Ok nak pi settle borang. Bye =)
No comments:
Post a Comment