Wednesday, January 18, 2012

Lu ader?

Assalamualaikum

Setakat ni, lagu yang paling aku benci ialah lagu yang Aqasha nyanyi untuk drama Gemersik Kalbu tu tapi aku tktau tajuk lagu apa. Yang "gigit telingamu blabla". Hoi cubala pikiaq guna kepala otak masa nak buat lirik tu! Jangan pakai kepala lutut sebab kalau pakai kepala lutut jadi macam tu la. Dah memang aku benci, bertambah tambah benci aku dengan suara kakak aku tak seberapa sedap tu dok nyanyi lagu tu tepi telinga aku. Eeei boleh buat mood aku rosak! Suara tu not a big problem sangat lah tapi lagu tu. -_- Hmm ok abaikan. Kemaren birthday adik aku dan dia dapat a few presents. Mama bagi music box and she was so delighted sebab dia kata dia tk penah dapat music box. Lepastu aboy bagi patung stitch. A big and adorable stitch! Haii bahagianya kalau birthday aku nanti ada lelaki idaman bagi baju yang paling tercantik dalam dunia. Ataupon lelaki idaman bagi wish tepat 12.00am pon dah cukup perfect bagi aku hihi galaknye. Tapi masalahnya aku tkdak lelaki idaman setakat ni. Macam mana?

Macam yang aku bagitau kemaren, harini ialah hari penutup minggu suai-mesra untuk tingkatan 4 tahun 2012. Aku rasa sangat sedih sebab orientasi memang best! Dan aku tk paham pasaipa Imah & Hanim kata orientasi tk best. Masuk pagar, aku dah nampak Aby tengah menunggu aku dengan speknya. Aku tau pasaipa dia pakai spek awai awai pagi. Nanti dia tk nampak aku hahaha ok tk lawak. Lepastu kami jalan dengan Amirjah, Sarah & sorang lagi member Amirjah, jalan pi Dataran Prime. Tadi kak Sharifah kot jadi emcee masa perhimpunan tk rasmi. Seperti biasa baca doa, nyanyi lagu Negaraku & guru bagi ucapan. Lepastu semua form 4 termasuk students baru menuju ke dewan. Mulanya kami semua dapat duduk atas kerusi tapi disebabkan sikap kami yang tkmau penuhkan tempat duduk di hadapan, so cikgu suruh semua duduk atas lantai hmm memang aku suka pon -_- Mula mula tadi faci semua handle budak budak baru untuk diserap masuk dalam kumpulan 1-10. Kumpulan aku ada berapa entah budak baru tapi semuanya 24 orang. Yang aku ingat nama depa, Farah, Aida, Afiza, Wan, Shahrul, Anuar, Razi, Firdaus & Ayie. Yang lain semua budak budak lama hihi.

First activity tadi, kena ingat nama setiap ahli kumpulan. And once again, kumpulan 7 failed untuk ingat nama ahli. Mungkin budak yang ditanya tu, budak baru kot. Lepastu kena denda. Yang bestnya, Aby ada dalam kumpulan 7 haha. Depa kena chicken dance. Ish aku suka tengok orang chicken dance! Comel gila! Tapi aku tk suka kalau aku sendiri kena chicken dance hehe nasib la tk penah kena. Lepastu dalam group tu, kena cari 3 orang untuk form lagi 1 group. Malangnya aku cuma dapat sorang dan tk cukup lagi sorang. Bila faci tanya sapa tk cukup ahli, aku dengan bangganya angkat tangan setinggi mungkin, kot kot la dikecualikan ka apa ka haha rupanya kena naik atas pentas -_- Nasib baikla bukan aku & Hana je. Ada ramai lagi. Tk buat apa sangat pon, cuma kena perkenalkan diri. Ah para faci berjaya buat lutut aku ketaq. Aku cakap macam robot yang sah sah tkdak perasaan. Laju & tkdak intonasi langsung. Dan aku tk tengok students, aku tengok pintu dewan. Ala ala macam membayangkan lelaki idaman aku sedang setia tersenyum haha menyampah sangat. Nasib la aku tk kena chicken dance macam kumpulan 7. Kalau kena, tobat aku pengsan dah atas stage tu. Oh ye aku nampak Fahim, Zawir & Zaim tadi. Tapi tktau depa kelas apa

Wanna know the truth? Chicken can't dance.

Selesai semua tu, kena form another group lagi, 4 orang, dan setiap ahli tk boleh dicari dalam kumpulan yang sama. Of course lah aku terpa kat Aby. Dan Amirjah turut join aku, lepastu sorang lagi aku tk kenai, aku tarik ja tangan dia haha who cares? Nasibla kami empat anak dara pingitan ni semuanya dari group yang berlainan. Lepastu kena freeze. Ah freeze bikin aku sakit jiwa

Tapi cemana pon kena berbalik kepada group masing masing. Sekali lagi, kami kena buat presentation guna kertas mahjung (kot?). Ciri-ciri sahabat mithali, lepastu kena buat logo kumpulan. Ah nasib kami baik! Ada salah sorang ahli iaitu Wan, dia terer melukis. So kami serahkan bab melukis logo kat dia, boys yang lain bagi idea. Yang perempuan pulak kerah kepala otak buat ciri-ciri sahabat mithali. Alah tk susah mana pon. Tapi ketua kumpulan aku iaitu Farihin tk buat apa pon cuma meronda ala ala ketua kampung. Ini tidak adil! Faci mai ja, aku teruih habaq. So cemana pon Farihin tetap kena buat kerja hihi. Kerja tu tk sempat habeh pon sebab pi rehat. Once again, aku terlepas peluang makan nasik sebab..keyakinan masih tk cukup tinggi. Aku takut tk sempat. Aku & Aby hanya sempat menyental nugget 3 ketul. Natasha pulak makan cendawan goreng. Selesai rehat, baru sambung balik buat kerja tu dan setiap kumpulan kena ada 4 orang wakil (2 lelaki 2 perempuan) untuk naik atas pentas dan buat presentation tentang sahabat mithali tu dan logo. I thought aku tkkan kena berucap atas tu so aku rilek jer masa ketua suruh aku naik. Tapi..

...aku kena cakap jugak. Alangkah malunya aku.. Dahlah suara tengah tk merdu sebab aku batuk & selsema. Wan & Farihin terangkan pasai logo, aku & Nad pulak kena cakap pasai sahabat mithali. Kumpulan lain buat rilek jer berucap dengan penuh sense of humor especially kumpulan dua, tapi aku & Nad tk mampu. Kami ketaq! So bercakap lah kami dengan laju ala ala machine gun. Ternyata kami memang tk boleh langsung nak jadi calon untuk sales girl -_-

That was the last activity for orientation. Habeh semua kumpulan buat presentation, ada practice untuk majlis penutupan minggu suai-mesra. Aina jadi emcee, Aiman baca ikrar (sorry for the entry last night, I thought Aina's responsible for the ikrar), Hazim recite the doa & Irfan jadi wakil form 4 untuk bagi ucapan. Wah beraninya mereka beri tepukan gemuruh! Kalau aku jadi one of them, memang tobat ketaq & kencing tk berenti ah. Sebab majlis tu dijoin oleh pengetua lah, all the penolong lah and of course the cikgu tapi bukan semua la. Dan ada jugak slide show sepanjang minggu orientasi, aku cuba jugak cari muka aku tapi slide tu kecik sangat tambah pulak dengan cahaya matahari & lampu bagai so aku tk nampak. Tapi aku tau aku ada dalam slide show tadi tu sebab ada cikgu & faci amek gambaq kumpulan aku hihi perasan. Yang jelas nampak tadi, Diana & Shue. Ada jugak lain lain tapi aku tk kenai. Ah mesti best kan. Hmm mulanya tadi Abg Aziz kot bagi ucapan. Lepastu baru OM. Lepastu pengetua..sedih gila aku masa pengetua tengah berucap. Kebanyakan kepala lelaki kat depan aku dah menunuduk. Dan aku tau apa maknanya sebab sesetengah cikgu pon terpejam mata. Tapi aku cergas! Aku suka pengetua sebab pengetua baik! Bagus kan aku? =)

Dikala mamat loyar kumpulan dua tu menjerit untuk buat tepuk tepuk terima kasih, maka berakhirlah dengan rasminya segala jenis orientasi kat sekolah tu. Ah tk bestnya -_- Alangkah bagusnya kalau tiap tiap hari ada orientasi & tk masuk kelas langsung. Confirm tkkan ada istilah "ponteng sekolah" dalam kamus hidup aku. Actually aku ada rahsia ni. Abah suruh aku pi SBP kalau dapat. Mama pon macam dah menggalakkan dah, nenda pon sama. Tapi aku rasa macam tkmau..tapi rasa mau pon ada. Haii nampaknya kena buat list 'PROS AND CONS' ni. Rasa berat hati tu memang ada sebab abah & mama dah habiskan beratus ratus untuk masuk astech ni, SBP pon confirm banyak duit lagi kena keluar. Yuran gitu gini, keperluan asrama lagi. Hmm teringin sangat nak masuk SBP tapi...

Aku sembang macamlah aku confirm dapat SBP. Kan?

 Aku ade gambo sendiri.
Lu ader?
p/s Typing error. It should be ORIENTATION'S dan bukannya ORIENTATIONS'S -_- 

No comments:

Post a Comment