Tuesday, January 10, 2012

Open minded

Assalamualaikum

Hari kedua persekolahan bagi aku, dan ada sedikit kelainan. Kalau kelmarin masa aku mai sekolah ada 'penunggu' menunggu dengan setia kat pintu pagar sekolah, harini tkdak sapa yang menunggu aku. So aku putuskan untuk terus ke Dataran Prime. Nasib aku baik, terserempak dengan Syarafina so aku jalan dengan dia lah. Tapi kat dataran tu aku tengok Yat & Sarah dah ada. Oh aku tau Yat memang selalu mai awai sebab bapak beliau keja kat astech. Sarah tu aku tktau apa mimpi dia nak mai awai pagi buta hahah. Jadi tanpa membuang masa aku terus je masuk barisan kelas aku dan tk hingaq macam students yang lain sebab tkdak member yang nak diajak begosip. Macam biasa, doa & Negaraku. Tapi kali ni tkdak guru yang bagi ucapan so kami straight away je pi dewan untuk teruskan aktiviti Orientation Week. Lega aku bila teacher suruh amek kerusi dan duduk. Sesungguhnya aku bukanlah jenis perempuan Melayu terakhir yang boleh duduk bersila! Seriously memang aku tk boleh bersila more than 10 minutes. Aku lebih suka duduk katak / berlunjur. Tapi of course lah tk manis, so better duduk atas kerusi, lebih selamat dan suci.

Mulanya aku ingat cikgu kaunseling & facilitators yang nak handle kami pagi tadi, tapi rupanya tak. Ada english seminar, "A for Attitude". Boleh dikatakan teacher tu buat seminar menggunakan 98% english. Sikit sikit je beliau cakap BM. Ada dua teachers yang buat, mulanya cikgu apa entah. Lepastu cikgu apa entah haha both of them aku tk ingat nama. Yang first tu, okay la tapi yang second to more interesting. Lebih pandai buat lawak. Dan melalui beliaulah aku dapat tau budak "open minded" tu sekolah mana. I thought he was from KL because the way he talked is soooo key-el. Rupanya budak Gurun je. And I was like...tangan di dada mata ke atas. Beliau pon mulalah menunjukkan kepada semua rakyat astech bahawasanya beliau boleh cakap english dengan slang orang putih. Ok I was impressed (again, tk ikhlas. Haha joking). Aku ada jugak salin nota serba sedikit dan ada other teacher yang dok amek gambar aku. Betui betui tumpu kat aku! Aku cuba buat muka seselamba mungkin dan cuba menahan diri untuk buat peace hihi. Teacher yang 2nd slot tu ajar 1 lagu berbahasa inggeris. Lebih kurang beginilah, "Please stretch your arms wide and said, I love you this big." Hmm alangkah bagusnya kalau teacher pasang lagu yang gempak sikit contohnya Westlife ke?

Wow hensem gilewrs. 
 
Selesai seminar english tu, ada ceramah lain pulak. Berkenaan PISA (Programmes for International Students Assessments). Depa lebih tumpukan berkenaan math, add math & extra knowledge. Penceramahnya jugak dua orang, bezanya kali ni mereka lelaki dan berbangsa cina. Tapi subhanallah..mengantuk ya amat! Dahlah hujan, dengan kipas besaq gila tertala kat aku. Memang layan la kalau boleh lena sungguh. Aku ada la jugak terlentok kepala beberapa kali, nasibla aku dok 2nd last sebelah kanan dan 2nd last dari belakang. So ramai yang melindung aku daripada pandangan cikgu & juga students lelaki. Kalau depa tengok aku terlentok kepala dengan mata tertutup macam tadi tu..oh sangat hodoh. Jadi untuk menghilangkan mengantuk, aku keluarkan test pad & pen sebatang, aku mula menyonteng. Lukis macam macam walaupon buruk. Aku tk kisah asalkan mengantuk hilang. Ternyata cara tu berkesan jugak. Bila cikgu sampai berkenaan ujian berkomputer tu, barulah aku bersemangat sebab soalan-soalan yang ada tu best jugak. Huh seksa 
 
 Then, rehat. Ok kalini aku sedih sebab roti gardenia berinti sambal ikan bilis tkdak. Aku dah aim nak makan benda tu harini. Roti gardenia berkrim pon tkdak. Haii bebai dah aku macam ni. So terpaksa la aku beli nugget 3 ketul yang harganya seringgit. Quite affordable lah kot, kan? Entahlah. Memandangkan aku lapaq, nugget tu rasanya sedap. Lebih sedap dari kantin pakcik munet hihi. Tapi aku mengaku aku masih teringat-ingat nasik beliau hmm.. Lepas rehat,masuk balik dewan. Kali ni aku tau aku akan terseksa sebab dah tk boleh duduk atas kerusi. Terpaksa bersila sampai sakit kaki macam kemarin. Duduk dalam kumpulan juga macam kemarin. Cikgu kaunseling & facilitators mula ambil alih. Cikgu tu pandai sungguh hilangkan mengantuk kami. Beliau memahami yang almost all of us memang mengantok tahap leleh punya termasuk aku. Lepas buat aktiviti hilangkan mengantuk, kena tepuk tepuk terima kasih. 
 
 
Lepas semua fresh dan mata kembali bercahaya, kena nyanyi lagu sekolah. Tapi tk berapa best sebab tanpa iringan muzik. Nasib la aku dah hafal so tk la aku menyanyi olok olok kan haha. Bila nyanyi tkdak muzik, makin lama nyanyian makin slow lepastu terus stop walaupon tk habis lagi. Then sorang student lelaki dalam group aku kata, "Sembang kata hapai." Aieee aku cabut hidung mancung dia satgi kot. Pikiaq aku ni gila nak menyanyi sorang sorang walaupon aku hafal sedangkan semua diam? Oh tolonglah -__-

Selesai nyanyi, kena nyanyi lagi lagu ketupat oh ketupat. Boleh tahan la best, siap ada gaya lagi. Tapi setiap kumpulan kena fikirkan gaya lain untuk lagu tu lepastu kena perform atas stage. I looked like a 6 year old girl, singing on stage while I was in kindergarten. Seriously. Setiap kumpulan kena buat, so tkdak chance la nak control ayu / macho apa bagai tu. Memang tk cool macho langsung kena buat menyanyi lagu ketupat sambil buat gaya. 10 kumpulan habeh performed, kena buat tepuk anak jin pulak. Once again, setiap group kena hantar 2 wakil untuk buat tepuk anak jin atas pentas. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mulanya ketua kumpulan suruh aku tapi aku berkeras tkmau sebab aku malu gila. Hasilnya Muiz & sorang budak perempuan baru kena buat. Dan yang bagusnya our group won! Yeay! At this time, each group should know that we are the best. Hohoho!

Dengan selesainya tepuk anak jin, maka selesailah aktiviti pada hari itu. Sebelum balik, semua kena salam facilitators yang juga senior form 5 kami di sekolah tu dan juga cikgu kaunseling. Facilitators dipilih berdasarkan markah exam depa yang terdahulu, their GP is 0.5. Meaning, semua subjek dapat A dan tkdak langsung B. Tapi bukanlah 10 orang saja yang dapat GP elok kat sekolah tu, cikgu kaunseling chose randomly. Faci kumpulan aku (lima), ialah Abdul Aziz merangkap ketua faci dan juga ketua pengawas kat astech. He was good.

Selesai acara untuk hari kedua. Tamat.

No comments:

Post a Comment