Assalamualaikum
Today was quite an interesting day, walaupon agak memenatkan lah. Aku teruja nak try uniform sekolah baru aku, berjalan dengan gaya bebas - kengkang, ayu, samseng atau apa apa saja sebab tkdak lagi kain yang menghalang kaki aku untuk melangkah dengan lebih luas. Harini aku tk bawak lagi lah beg set peralatan kejuruteraan tu sebab pada hemat aku lah, minggu ni cuma ada orientasi semata-mata. Pelajar perempuan form 4 yang pakai uniform tadi sangat sikit, lebih kurang 2-3 orang termasuk aku. Yang lain-lainnya pakai baju kurung sekolah, sebab kebanyakan students stay kat asrama, tambah pulak pihak sekolah tk juai seluaq. So depa tk boleh nak pakai lagi la. Pelajar lelaki pulak, yang pakai baju sekolah biasa sangat sikit, lain-lain tu pakai uniform. Maybe depa teruja sebab nampak smart kot? Aku pulak teruja sebab selama ni asyik pi sekolah pakai baju kurung je.. Kali ni dapatlah aku mengebat jugak kan? Hihi. Tapi, tudung untuk dipakai dengan baju sukan nanti agak labuh la. Berdasarkan apa yang aku baca dalam buku disiplin, bahagian depan & belakang kena sekurang-kurangnya hingga ke pinggang. Bahagian tepi pulak kena melepasi bahu. Ahahak labuh gila, nasibla aku jenis bukan pendek / kecik, kalau dak tobat nampak bertambah kecik.
Sampai sekolah tadi nampak Yat dengan sorang lagi ex students SMKTSR dok tunggu kat gate. So aku lepak dengan depa ja sementara tunggu pukoi 7.20am. Actually nak tunggu Sarah sekali tapi dah dia lambat sangat, so kami pi dulu kat Dataran Prime tu. Baca doa & nyanyi lagu Negaraku, then cikgu bagi ucapan & pengumuman serba sedikit. Form 5 sahaja masuk kelas, kami para muda belia dan serba junior ni kena melepak dalam dewan. Dalam tu dah tersedia 2 orang cikgu (sorang perempuan dan sorang lelaki), dan 10 orang facilitator (5 perempuan dan 5 lelaki) untuk membimbing kami sepanjang orientation week. At first tu tkdak apa sangat la, memperkenalkan diri masing masing je. Aku ingatkan ramai gilalah students form 4 ni..padahal tk pon. Lelaki 75 orang, perempuan 57 orang. Dalam kelas aku pon sikit je, tk silap aku lebih kuraang 12 orang je (6 perempuan & 6 lelaki) rasanya lah. Yang aku ingat tadi, kena belajaq nyanyi lagu rasmi SMTAS. Quite nice lah, yang pastinya better daripada lagu cina yang aku tk paham tu OPS. =)
Rehat, sangat sadis! Kat sekolah lama, aku boleh kenyangkan perut sampai mengantuk dengan penangan nasik ayam pakcik munet yang sedap hingga menjilat siku. Tapi, kat astech, aku cuma makan roti gardenia berinti sambal ikan bilis. Tunggu, jangan gelak! Memang ada juai bihun sup & nasik ayam. Tapi, untuk 1st day aku tk berani beli lagi sebab takut tk sempat. Rehat 10am, kena masuk dewan balik 10.25am. Tunggu aku otai dulu baru aku beli hoho. Kembali ke dewan, kena buat tugasan apa tktau. Some kind of biodata la. Lepastu kena cari 5 orang yang sama dengan kita. For an example, minuman kegemaran, sky juice. Then kita kena cari 5 orang yang minuman kegemaran depa sama sky juice macam kita. Kalau dah kenai rapat, tk menjadi masalah. Ni disebabkan semua kawan baru, so pergerakan jadi lembab sikit. After that activity, kena buat pembentangan. Dan benda ni sangat memerlukan teamwork, otherwise memang kerja tk jalan. Huh pembentangan kumpulan aku tkdak la bagus mana pon sebab susah. Kena cari sebanyak mungkin kegunaan daun. Bukan apa apa daun tapi daun pokok apa ntah yang cikgu bagi tu, seriously susah.
Pembentangan tu sampaila pukoi 2.40pm. Lepastu balik. Fuh lega! Nasib la semua aktiviti buat dalam dewan. Tapi on the way nak keluaq ke gate tu panas gila, dengan tudung hitam aku lagi. Tk jauh mana pon tapi disebabkan panas terik, terus aku pening kepala. Abah kata, kalau dapat SBP pegi jugak even though dah spent RM244 kat sana. Mama pulak tk bagi. Haiii sakit jiwa
Tomorrow insyaAllah gonna be our second day. Hope it will be fun dan tkdak benda yang merosakkan mood aku. Ok bye! =)
No comments:
Post a Comment