Hari ketiga orientasi. Macam yang orang selalu kata, today is better than yesterday. Aku makin rapat dengan manusia manusia yang selama ni nampak macam makhluk asing kat mata aku, tk kiralah lelaki atau perempuan. Tambah tambah dengan yang satu group dengan aku. Depa memang sporting. Cayalah! Dapat pulak faci yang agak lawak. Macam cikgu kaunseling kata, sapa yang tk penah naik atas pentas selama ni, masuk ja astech dapat peluang naik pentas. Sapa yang tk penah cakap guna mikrofon sebelum ni, masuk astech terus dapat mengebat ala ala karoke dengan mikrofon tu. Termasuk lah aku hahah. Aku telah diuji oleh abg faci, dia tanya aku nama sorang budak lelaki berhidung mancung ala ala fahmi. Nasib baik aku dapat jawab dengan tepat dan mutakhir! Kalau dak memang kena menyanyi atas pentas sorang sorang. Tk sanggup aku. Ada sorang budak perdagangan dalam group aku, nama Zakiah. Best! Hingaq macam apa lagi. Dahlah susah nak ingat nama orang. Berapa kali dia dok tukaq nama aku hahah ok tk lawak.
First tadi ada apa tktau. Sat nak refresh balik. Rasanya macam kena nyanyi lagu sekolah. Awai awai pagi tadi aku bersyukur sebab tkdak ceramah yang boleh buat aku lena dengan nyenyak. Oh yes! Masa perhimpunan kat Dataran Prime, Kat mai tegoq aku! Actually memang aku dok tercari cari dia tapi tk penah nampak. Tadi kalau dia tk tegoq aku, memang aku tktau kewujudan dia haha. Ok sambung balik cerita dalam dewan. Lepas nyanyi tu lah aku berpeluang cakap guna mikrofon sebab kena habaq nama salah sorang student lelaki dalam group aku. Rasa agak berbangga sebab pertama, semua orang dalam dewan boleh dengaq suara aku yang merdu ni dengan jelas dan sempurna. Kedua, sebab aku berjaya habaq nama budak hidung mancung tu dengan cemerlang dan gemilang. Aku tk berapa nak ingat sangat aktiviti pagi tadi. Mungkin sebab balik sekolah tadi aku tidoq petang so jadi bodo sat haha. Oh ya baru aku ingat! Ada aktiviti yang namanya "Mukaku yang cantik." Ya aku tau depa dapat idea tajuk aktiviti tu lepas depa tengok muka aku. Hahahah
Setiap kumpulan kena ada seorang yang jaga kertas mahjung & pen marker. Each group ada lebih kurang 14-15 orang macam tu la. Lepastu sorang demi sorang kena tutup mata, jalan dari pentas sampai pintu dewan, cari kertas mahjung kumpulan masing masing dan kena lukis anggota badan. Aku kena lukis bulu mata & tahi lalat tadi. Memang nasib baik aku tkdak langgar sapa sapa dan yang paling penting sekali nasib baik aku tk jatuh! Haha kalau jatuh tobat cering. Mata-mata students dalam group aku ditutup oleh tudung yang dibawak oleh aku. Hasilnya lukisan muka orang yang group aku buat memang buruk nak mampuih. Mata ke mana, tengkuk ke mana, bahu ke mana.. Dan aku & Muiz dipilih oleh ketua kumpulan kami untuk buat presentation pasai lukisan tu atas pentas. Aku cuma jadi pembantu yang ayu dan lemah lembut. Tolong pegang kertas ja. Muiz explain pasai anggota badan yang pakat cacat semua tu. Hasilnya akibat menjerit untuk bagi sokongan kat group aku tadi, suara dah berubah 100 percent. Jadi macam suara jantan. Tolonglah jangan ada sapa sapa mengorat aku time ni..sumpah aku malu nak cakap. Hihi
Lebih kurang macam ni la aku tadi.
Lepastu macam biasa rehat. Sekali lagi, nugget menjadi santapan aku. Aku takut nak makan nasik walaupon nampak sangat menyelerakan. Takut tk sempat! Aku tengok students lelaki makan rilek ja tapi aku tk boleh. Nasik depa memang nampak best. Nasik saja penuh satu pinggan. Ayam besaq gedabak! Besaq gila! Garing pulak. Sangat sangat menggoda perut aku. Esok aku dah janji dengan Sarah nak makan nasik. Hahaha tk sabiaq aih.
Dah kenyang apa semua, masuk dewan balik. Kena susun kerusi ala ala exam. Tk boleh dekat dekat. Kira macam 1 group, 1 line. Lelaki depan, perempuan belakang. Line perempuan, aku dok paling depan. Sebab aku takut kalau aku dok belakang, aku terlena. Kalau aku lena, memang aku cari mampus sebab masa tu ada taklimat disiplin. So aku memilih untuk dok depan sekali dan catit apa cikgu disiplin cakap sebanyak yang boleh, jadi memang confirm aku tkkan lena. Tadi ada sorang student lelaki kantoi. Elok ja dia tunduk & lena dengan khusyuk. Salah sorang cikgu disiplin tangkap gambaq dia. Still tk jaga lagi. Second time cikgu amek gambaq siap dengan flash, baru dia tepinga pinga. Dan sebab dia lah kami kena berdiri sampai ceramah habeh. -__- Nasib la bediri lima minit ja. Cikgu disiplin hat lelaki tu tk berapa nak garang sangat. Hat cikgu perempuan tu agak garang la. Memang boleh tekencing teberak sapa sapa yang dah kantoi langgar disiplin. Kalau aku kena dengan cikgu tu, tobat reyau dah
Oh ya, Khairul cayaq satu sekolah dengan aku. Mulanya aku curious jugak. Tapi mattop bagitau bahawasanya Khairul cayaq tu dapat 5A so dia dapat astech. Teruja jugak la aku bila dapat tau mamat tu 5A. Mana dasyat pon kan.. Nampak ja buaih tapi otak boleh tahan. Tu la.. Lain kali don't judge people even though their face looked very cayaq ok? Hahaha kejam aku. Lepas taklimat disiplin yang menakutkan, kami semua kena daftar untuk kokurikulum. Sesungguhnya cikgu yang handle koku tu sangat hensem dan muda. Namanya Yusri. Putih kemerah-merahan cek oi..haha gatai sungguh. Memandangkan unit beruniform limit 20 orang, so aku masuk Puteri Islam. Lagipon aku dah tkmau kawad dan aku tkmau muka burn. Persatuan, aku masuk persatuan english. Yeah aku geng dengan Yat & Sarah! Sukan permainan pulak, aku masuk ping pong. Rasa lawak macam mana tktau.. Seumur hidup aku tk penah main ping pong. Aku decide dengan Yat nak masuk indoor games untuk mengelakkan burn. Yeah! Kulit muka aku bebas daripada sinaran UV!
Bilamana semua students form 4 yang berjumlah 140 orang tu dah selesai mendaftar semuanya, ada game lagi. Namanya surat khabar lama. Still dibahagikan mengikut group tapi lelaki dan perempuan kena asing. Sebab game ni sangat bahaya kalau campoq lelaki dan perempuan. Bentang surat khabar yang bersaiz Utusan Malaysia tu, then semua kena pastikan setiap kaki ada atas surat khabar. Tk boleh lebih walaupon seinci. Then kena tahan lima saat. Memang dengaq senang. Tapi sebenarnya payah! Masa surat khabar tu sebesaq alam, memang tkpa r. Lepastu kena lipat dua. Ok tkpa lagi. Lepastu kena lipat lagi. Bayangkanlah lapan orang gadis berbadan sederhana macam aku ni kena berhimpit berdiri atas surat khabar tu? Memang seksa. Sampailah suatu masa..aku kelihatan tinggi serta merta sebab dah duduk atas bahu kawan aku yang berbadan agak besar dan agak tinggi. Perempuan kira ok lagi. Lelaki memang dasyat. Atas seorang lelaki, ada dua lagi kat atas. Ala ala cheer leaders. Semata mata nak muatkan semua kaki dalam surat khabar tu. Dan semuanya terpaksa big hugging. Agak agak cemana kalau game tadi campoq lelaki dan perempuan? -__-
Bilamana semua students form 4 yang berjumlah 140 orang tu dah selesai mendaftar semuanya, ada game lagi. Namanya surat khabar lama. Still dibahagikan mengikut group tapi lelaki dan perempuan kena asing. Sebab game ni sangat bahaya kalau campoq lelaki dan perempuan. Bentang surat khabar yang bersaiz Utusan Malaysia tu, then semua kena pastikan setiap kaki ada atas surat khabar. Tk boleh lebih walaupon seinci. Then kena tahan lima saat. Memang dengaq senang. Tapi sebenarnya payah! Masa surat khabar tu sebesaq alam, memang tkpa r. Lepastu kena lipat dua. Ok tkpa lagi. Lepastu kena lipat lagi. Bayangkanlah lapan orang gadis berbadan sederhana macam aku ni kena berhimpit berdiri atas surat khabar tu? Memang seksa. Sampailah suatu masa..aku kelihatan tinggi serta merta sebab dah duduk atas bahu kawan aku yang berbadan agak besar dan agak tinggi. Perempuan kira ok lagi. Lelaki memang dasyat. Atas seorang lelaki, ada dua lagi kat atas. Ala ala cheer leaders. Semata mata nak muatkan semua kaki dalam surat khabar tu. Dan semuanya terpaksa big hugging. Agak agak cemana kalau game tadi campoq lelaki dan perempuan? -__-
Begini lah rupa kami ber big hug & berhimpit tadi.
Yang pastinya aku bukan yang berwarna pink tu. Haha
Yang pastinya aku bukan yang berwarna pink tu. Haha
Tamat game, kena uji nama lagi. Kalot aku hapai semua nama dalam group aku. Tkdak la payah mana pon sebab aku memang senang nak ingat nama orang, so tk jadi masalah sangat. Tadi group apa tktau, sorang tersilap nama, semua ahli kumpulan tu kena chicken dance atas pentas. Siap dengan iringan muzik sekali. Aku suka tengok. Sangat sangat comey! Lelaki dan perempuan. Semua yang menari chicken dance tu tiba tiba kelihatan sangat adorable. Tapi nasiblah kumpulan aku tk kena. Kalau dak memang haru -__-
Ok panjang sangat kot. Bye! =)
No comments:
Post a Comment