Assalamualaikum
Hmm harini memang sangat penat gila nak mampus. Aku bangga dengan diri aku sendiri sebab dengan bantuan mama, kami mampu settled everything tk sampai satu hari pon. Bagus kan? =) Mulanya aku agak gelabah la tapi memandangkan semua dah ada, so aku mampu tarik nafas lega. Tadi sempat jugak aku singgah keat hwa untuk mintak tandatangan pengetua, sebab keluaq rumah around 7.30am. Tercapai jugak harapan aku nak jumpak Syaza! Terjumpak sekali dengan Dalila, dia tengah kena denda kutip sampah sebab mai lewat. Tu pon sempat lagi sengih kat aku haha. Aku heran jugak sebab dari form 1 sampai form 3, Dalila tk penah langsung lewat sampai kena denda. Alah tkpa ramai lagi yang ada. Sempat peluk Syaza tadi yeay! Agaknya sekarang ni dia dah ada kat asrama SMT Seberang Perai lah kot? Kalau aku tobat cering sebab tkdak sapa yang aku kenai dok sana haha. Syaza tkpala muka dia memang dah diketahui umum jenis kulit tebai.
Sampai astech tadi around 8am, terus parking depan surau. Oh surau ni la yang boleh nampak dari kelas aku masa form 3 dulu haha. Ada nampak sorang kawan mattop berpakaian KRS tapi serius aku tk ingat sapa. Aku penah jumpak dia masa lepak dengan Dalila, Pakkob, Aby, Syaza & Jie kat tangga city plaza dulu. Haii lupa sungguh aku kat nama dia haha. Lepastu aku jumpak Kamarul Ariffin, Akmal Ramli, Kak Waffa, lagi sapa tktau aku pon dah tk ingat. Oh ya Anas Pawi pon sekolah sama dengan aku jugak, same goes to Izyan Fartini. Yang lain lain tu wallahualam aku tk kenai. Sarah, Yat & Syarafina amek jurusan sains pertanian. Kiranya setakat ni yang amek jurusan KA sama dengan aku, sorang pon aku tk kenai lah. Pengetua depa pon quite nice, tkdak la nampak menggerunkan sangat. Cuma semua PK HEM, Koku semua tu dimonopoli oleh guru lelaki. Matpit pon aku jumpak jugak tadi hmm ramai sungguh noh?
Actually astech ada perdagangan, bukan seperti yang digembar-gemburkan selama ni bahawasanya astech tkdak jurusan perdagangan. Cuma pengetua cakap, dalam website tu ada kesilapan. Depa tk letak jurusan perdagangan tu padahal sebenarnya ada. Gempak noh kalau Dalila sekolah sekali dengan aku even dia amek perdagangan? Hihi. Aby, rasanya peluang dia cerah lagi nak masok sebab tadi yang mendaftar cuma 30 percent sahaja. Maksudnya memang pihak sekolah akan amek lagi students. Eee syoknya kalau Aby dapat masuk astech. =) Lepas selesai daftar & dengaq taklimat apa semua, aku dan segerombolan manusia manusia lain mengerumuni koperasi sekolah sebab haritu jugak kena beli barang, termasuk baju uniform. So sekarang ni barang aku semuanya lengkap kecuali baju sukan, sebab memang tkdak lagi even dah bayar. Satu benda yang aku tk berapa nak gemar ialah, tk boleh pakai pin. Ah ketahuilah bahawa hidup aku tk lengkap tanpa pin -_-
Other bad news is, aku kena beli kasut sekolah baru. Ok bagus. Aku punyalah dah minat dengan kasut baru aku tu sebab nampak feminin, tiba tiba kena beli kasut kulit dengan TALI. Ulang sekali lagi kasut BERTALI. Itu pon tadi Kak Waffa yang tegoq aku. Fuh nasib baik la ada Kak Waffa kan? Kalau dak terkontang-kantinglah aku kat situ. Buku latihan kat astech sikit ja. Dan semuanya buku panjang, tkdak langsung buku pendek. Sapa yang amek jurusan kejuruteraan, memang kena bayaq berkali ganda. Kalau sains pertanian, 100 above sahaja. Macam aku KA, total semuanya ialah RM244.00. Tk lebih dan tk kurang. Semua tu termasuk buku, alat-alat kejuruteraan, baju korporat, yuran koperasi, baju & seluar sukan. Titik. So lepas ni aku tau mama & abah akan berat hati nak lepas aku pi SBP (kalau dapat) sebab of course lah rugi dah bayar habis semua tiba tiba nak pindah pulak. Hmm aku cemana pon tkpa =) Mintak mintak la sekolah tu best so tk la aku sampai 'terpaksa' berpindah. Harap harap kawan sekelas aku nanti semuanya gempak dan tkdak yang gedik / mengada. Haiii seram aih aku
This is beg kanvas dengan logo astech. Untuk isi set peralatan LK. Cool, isn't it?
Yang ni, aku tktau benda alah apa tambah tambah hat melengkoi warna oren tu. Yang aku tau, ada masking tape, pemadam & pensil picit. Tu ja aku kenai. Hahaha teroks kan aku
Ha yang ni aku reti guna sebab penah guna masa form 2 dulu. Aku tk penah sangka benda ni akan menjadi hak milik aku hahah. Puas la aku melukis lepaih ni walaupon aku ni langsung tkdak bakat melukis
Inilah medan perang tulisan aku nanti. Ada test pad dan yang lain lain tu buku panjang. Buku kecik molek yang ada gambaq menara tu ialah buku disiplin ye murid murid. Ada satu bahagian aku ingat dalam buku disiplin tu, "Tapak kasut tidak boleh melebihi 2cm". Hmm teliti sungguh noh depa? =) Tapi aku suka sangat buku biru hat dua ketui tu! Lawa!
Esok kalau sempat insyaAllah aku upload gambaq aku pakai baju korporat. Hihi rasa macam pekeja Zon Ria pon ada bila pakai baju tu sebab oren sungguh. Tudung masuk dalam pulak. Memang smart piaw ah! Kalau letak name tag laaaagi molek. Dahla nama aku pulak cun. Hmm awai awai dah berangan ni hehe. Hari Ahad-Selasa, aku balik sekolah pukoi 2.40pm. Rabu & Khamis, 2.00pm. Itu maklumat yang aku dapat daripada pengetua tapi aku was was jugak la sebab selalunya aku tengok students astech balik lewat. Yang pastinya 7.20am perhimpunan setiap pagi, so cannot lewat lewat. Kalau budak budak asrama lagi piaw. 6.50am kena ada kat kelas dah haha hebat. Oh sebelum aku lupa, saja nak habaq yang guru kelas aku seorang perempuan, berkaca mata, bertudung labuh & putih melepak. Nama tu aku tk sure. Hihi
Okay nak prepare apa yang patut. Bye! =)
No comments:
Post a Comment