Monday, January 16, 2012

I'm glee-ing

Assalamualaikum

How's your day? Sucks? You've been dumped? Haha no big deal lah! Bersyukurlah sebab anggap je orang yang tinggalkan kita ni sebagai orang yang paling teruk di dunia. So memang kita patut bersyukur kan sebab orang paling teruk dah tkdak dalam hidup, isn't it? Okay aku dah jadi ala ala penceramah motivasi. Bagi aku, harini merupakan hari yang agak okaylah sebab aku dah semakin rapat dengan classmates aku. Dan si manis from Rawang yag aku tk ingat namanya tu, aku dah ingat dah. Namanya Humaira'. Setakat ni bagi aku she's the sweetest girl in 4KA3. Entahlah kenapa aku pon tktau. Maybe sebab bulu mata dia lentik? Haha mengarut. Dan aku rasa dia assistant monitor kot. Even though she's from Rawang, dia dah banyak kali pi cp & asmall. Classmates yang lain from Shah Alam, Kulim & Jitra tk penah lagi pi sana dan aku bercadang nak bawak depa cuma tktau bila..haha. Oh ye harini ada budak baru masuk. Sorang je. Asal Perak, namanya Shahrul kot kalau tk silap. First impression aku kat dia, he's funny. Itu je yang aku nampak setakat ni =)

Harini aku dah belajar sikit sikit a few subjects. Ah aku tahu aku memang ketinggalan, sekolah lain kebanyakan dah belajar sampai mana hala dah. Ala rilek der aku kan baru masuk sekolah minggu lepas? Dengan orientation week lagi, so of course lah lambat. First period tadi, sivik. Aku tk paham pasaipa sivik sampai dua masa -_- Cikgu perempuan bertudung labuh. She's quite okay la, tapi yang penting beliau peramah dan tk garang. Lepas sivik, sejarah. Still cikgu perempuan tapi bertudung sedang-sedang and she's pregnant! Tengok beliau pregnant, tiba-tiba teringat kat cikgu sejarah masa form 2 dulu haha. Then, english. I thought she's around 30s but she is already 46 and she looked young! Cakap english of course lah dasyat, kalau tk how come she can be an english teacher kan. Seterusnya kimia. Masa nak pi makmal fizik form 4, aku terserempak dengan matpit yang sedang membetulkan songkoknya. Aku tahu dia pakai songkok sebab nak sembunyikan kepala botak haha agak je. Cikgu kimia aku pon seorang perempuan dan bertudung labuh. Aku rasa beliau ajar memang paham. Lepas kimia, fizik. Dan fizik diajar oleh guru kelas aku sendiri, perempuan dan still bertudung labuh. Tadi beliau ada kata, "Saya tk akan buat baik dengan kamu sebab nanti kamu tk beri perhatian apa yang saya ajar." Aku pon...tersentap.

Tadi aku dapat buku lagi, tapi bukan buku sangat la. Saiz buku tu sebesar buku lukisan zaman aku form 1, 2 & 3 dulu. Tapi it's not a buku lukisan la, buku latihan untuk engineering drawing. Aku agak teruja lah haha. Lepastu dapat baju PJK & alat geometri. Sampai rumah tadi around 3.00pm, terus makan nasik & mandi. Then mengadap Harian Metro sat barang seminit dua. Tiba tiba aku tekejut sebab muka abang Khadijah terpampang besar gedabak kat berita pemberontakan politik oleh para mahasiswa yang tengah heboh sekarang ni. Aku pon blur. Bukanka abang Khadijah tu dah keja dah? Tkkan abang Khadijah pon nak menyinuk-nyibukkan diri dalam pemberontakan politik tu kot? Cepat cepat aku called Khadijah dan dia cakap tu semua gambar hiasan je haha ok aku termalu. But whatever it is ok apa, dahla besar gila gambaq abang dia. Actually gambar tu diambil masa abang dia tengah mengamuk sebab ada orang simbah cat kat motor dia & pecahkan tingkap pejabat dia. Sebab dia dipilih jadi presiden apa tktau. Hai syok noh tkdak angin tkdak tibut tiba-tiba boleh masuk paper? =)

Hai saye ade homework dan saye dah siap.
Homework sejarah & kimia.
Hihi banggenye.

Esok insyaAllah aku nak makan jugak nasik ayam kat kantin. Nampak sedap dan aku tergoda bila tengok Sarah & Yat makan tadi. Malangnya aku takut tk sempat sebab sesungguhnya kelas aku tersangat jauh dari kantin. Aku tk boleh nak lari yang macam aku buat kat keat hwa sebab tkde geng lagi nak lari merempuh manusia manusia yang berjalan lambat. InsyaAllah kalau Aby satu kelas dengan aku, ketahuilah bahawasanya aku akan berlari ala ala Watson Nyambek menuju ke kantin dengan satu tujuan iaitu memenuhkan perut dengan nasik yang berharga RM2.50! Jangan risau, aku tk terkejut pon dengar harga tu sebab memang berbaloi. Nasik penuh 1 pinggan & ayam pon besar gedabak.

Okay aku nak pi layan mushroom soup yang masih panas membara. Bye! =)

No comments:

Post a Comment