Friday, February 03, 2012

Make me your lady

Assalamualaikum

Seronok ye pepagi macam ni? Tenang. Haha sumpah aku tk tenang selagi homework tk habeh lagi. Bertambah tambah kerisauan aku sebab semalam aku tweet dengan one of my classmates, dia kata yang homework dia tinggai nota KA sahaja lagi. Dia seorang budak lelaki ok! Lelaki tk sepatutnya mendahului aku dalam bab bab homework ni sebab perempuan lebih rajin. Tapi aku? Baru selesai nota sejarah. KA sekerat. Latihan add maths lagi, maths mod, english dan sebagainya. Ah rasa macam nak menangis pon ada. Tambah aku nak kena handle duit kelas yang beratus ratus ni, bertambah la kepeningan aku. Tapi aku tk rasa macam nak lepas jawatan bendahari ni sebab aku nak tengok sejauh mana kemampuan aku memegang amanah orang. Semua classmates aku & cikgu cikgu percaya bahawasanya aku boleh jaga duit dengan baik. Ah satu penghormatan bagi aku. InsyaAllah bab bab duit tu tkdak masalah sangat, aku paling risau dengan homework. Oh baguslah dalam dok risau ni, boleh lagi mengadap laptop sebab nak tweet, update status & update blog. Oh ye, beruntung sungguh Siti Nur Atiqah sebab dapat birthday wish from Saiful Apek =)

Semalam abah betolak pi Perak lepas maghrib. So kedai kat kopitiam dengan lancarnya di handle oleh kakak aku, abg sham dan dua lagi anak teruna bermuka sangat macho yang aku tktau namanya. Bestnya kan kalau dapat ikut abah makan kenduri kat Perak. Kalau aku ikut, bermakna aku sengaja tempah maut dengan cikgu cikgu sebab homework tk siap, sebagaimana yang terjadi kepada cik Dalila Athirah kita haha. Oh ye, semalam mama ada msg aku. Mama cakap, mama tengah makan kat mcD dan dia jumpak lagi Dato' Jalaluddin Hassan. I guess he loves fast food la, kan? Sebab haritu aku jumpak beliau kat KFC. Ni mama jumpak pulak kat mcD. Ah bila Aaron Aziz nak memunculkan diri ni? Kenapa mesti aku jumpak artis veteran? -_- Haha tkpa, kalau Siti Nur Atiqah dapat birthday wish from apek, aku dapat hadiah lagi special from Dato' Jalaluddin Hassan. He gave me his precious smile. Nasib baik aku tk jatuh tejelopok depan pintu KFC tu kalau dak, memang aku jatuh tkmau bangun dah.

Yes I'm talking about this man, Dato' Jalaluddin Hassan.
But he's not wearing like this when I met him at KFC.
If he's wearing like a 'maknyah', I'm not going to smile at him.
AT ALL.
Semalam lepas mama balik keja, mama kata dia dapat hadiah from Aunty Sheila. Kalau dah hadiah from Aunty Sheila..mesti above RM200 punya. Cayalah. And I was totally right. Mama dapat perfume 100mL jenama Burberry okay, originally from London. Aunty Sheila gave to her as a birthday present. Sebelum Aunty Sheila bersalin, dia sempat pegi London. Dia tersangat kaya dan ada rumah kat sana. Perfume Burberry bukanlah satu masalah besar pon bagi dia. Aku jeles sangat, seriously. Tapi dapat jugak lah barang sesembur dua, sumpah wangi. Mama is so lucky. Haritu Aunty Sheila ada belanja kami satu family makan kat italian restaurant kat Hard Rock Hotel Penang. That hotel is totally awesome k. Kalau aku dapat dok sana memang aku tkmau balik dah. Even though it is just Penang, tapi memang best. Alor Setar tkdak k segala Hard Rock bagai ni. Yang ada t-shirt je. Aku cakap hotel tu gempak sebab aku memang tengok kegempakkannya dengan mata kepala aku sendiri dan hotel tu penah masuk dalam majalah Remaja. Cool kan? I know.

Aku rasa rutin harini tkdak apa sangat melainkan aku pulun habiskan kerja sekolah yang dah kurang menimbun. Esok insyaAllah aku akan pi stadium sebab nak jenguk karnival jom masuk U. Aku dah dapat bayangkan keadaan kat stadium tu, sesak dengan manusia. So harap harapnya dengan inisiatif aku untuk pi sana esok, kuranglah sikit manusia kan kan. Kakak aku pon nak pi jugak satgi dengan member dia. Senang lah dia sebab reti bawak motor & ada lesen -_- Aku ni nak try bawak dengan jarak kurang 1 meter pon dah jadi macam orang parkinson. Ok lupakan. Malam jumaat haritu aku ada tengok HBO, ada movie tajuk Vanilla Sky. Tom Cruise, Penelope Cruz & Cameron Diaz belakon. Tom Cruise memang tk boleh nak kata apa, handsome kuasa lapan. Tapi cerita tu macam psycho dan menakutkan aku so movie tu dah termasuk dalam senarai "Things That I Hate The Most". Ingatkan semalam nak tengok 2 Fast 2 Furious sebab nak usha Paul Walker, tapi keadaan tk mengizinkan sebab aku lebih berfikiran rasional. Aku patutnya habiskan nota sejarah dulu & keja sekolah lain, baru boleh besenang lenang. Seriously nota sejarah tu memang banyak sampai sakit jari jemari aku, tapi nasib baiklah aku dah sempat habiskan pagi tadi. Congratulations to myself.
Let's scream, and hoping that all the tension will go far away.
So that I can finish up all of my homework peacefully.

p/s Tidak memberi nombor telefon bukan bermakna sengaja ingin menyombong. Tolonglah jangan berfikiran seperti budak budak tadika -_-

1 comment: