Thursday, September 29, 2011

This is the moment

Assalamualaikum
Sumber : http://www.bloghanz.com/


Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran
- Doa memulakan ulangkaji



اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Sunday, September 25, 2011

Havoc & chaotic

Assalamualaikum

Minggu ni minggu terakhir program titian harapan kat sekolah. Dan jugak minggu terakhir tusyen kat inovasi utara. Kemungkinan besar jugak minggu terakhir aku online. Hmm..semua ni menandakan minggu depan PMR akan start iaitu pada hari Selasa. Ramai sungguh senior yang baik hati remind aku pasai PMR, especially kakak kakak aku yang maha pulun tu lah kan hehe. Ada yang sampai lagi terlebih pulun pi post kat wall aku dok buat countdown. Tk berapa nak gemar aih laguni..aku taula aku yang PMR. Hat kakak aku dok remind tu tkpala dah depa kakak aku. Yang hang dok buat prihatin sangat pasaipa..aku paham hang pandai. Pi hingaq kat awek hang tu lagi ada faedah. Sikit aku tk heran hang dok buat countdown. Aku pon terer aih bab bab countdown ni. Nasib kening hang tebai. Kalau nipis memang aku cukoq sampai habeh dah aih.

Ok mampoih pi kat dia.

Petang ni nak kena pi cyber cafe sebab nak print borang permohonan SMT Alor Setar tu. Kemudahan kat rumah memang dah lengkap segala galanya..laptop ada printer pon ada siap boleh fotostat lagi tapi semua tu tk bermakna apa apa kalau tkdak ink -.- Ni semua folio geografi punya pasai la, punya aku pulun buat sekemas mungkin sebab nak dapat A. Harap harap berbaloi usaha aku =) Rasa sedih tu memang ada lah sebab kebanyakan member aku boleh buat permohonan kemasukan SBP tapi aku tk boleh! Mesti something wrong somewhere ni hahaha. Aku baru dapat tau tadi bahawasanya borang MRSM dah habeh akibat sifat tamak sesetengah calon PMR yang membolot semua borang tu sampai kami pon tk sempat. Menurut sumber yang boleh dipercayai, katanya borang tu sepatutnya direbut sesudah trial PMR selesai. Tkpalah..tkdak rezeki aku nak masuk SBP & MRSM. Mungkin rezeki tu ada kat teknik..siapa tahu =)

Semalam aku bagitau mama tentang plan aku kalau tkdak rezeki kat mana mana SMT. Aku bagitaulah yang mungkin aku nak pindah pi bukhary. Dan mama pon menggunakan kuasanya sebagai seorang ibu kandung, beliau tk bagi aku pi sana. Mama kata elok elok duduk sekolah level A, nak pi sekolah level D buat apa? Haha sentap sat aku. Aku tktau pulak yang selama ni sekolah bukhary dianggap sekolah level D. Mama yang kata! Aku tk kata apa nah.. Dan mama bagi cadangan yang memberatkan hati aku nak terima cadangan tu, iaitu mama suruh pi ampang kalau tk dapat teknik. Fuhh..memang cabaran besaq tu. Bayangkanlah kalau aku masuk ampang, memang tobatlah akan timbul gosip mengatakan aku pi sekolah tu semata mata nak jumpak mattop. Memanglah betui "persetankan apa orang nak kata" tapi nanti aku jugak yang tk selesa dengan gosip tu semua. Tk sanggup aih..

Hari khamis ni ada yang kata nak buat majlis bacaan yasin kat masjid aman. Kalau betui ada memang aku nak join (tu pon kalau keadaan mengizinkan). Walaupon kami sekolah cina, kami masih menitik beratkan semua tu tau. Tu pon masih ada lagi sesetengah orang yang berfikiran cetek ataupon cakap tk pakai otak, kata semua pelajar melayu yang sekolah cina ni ikut sama kapiaq. Pelajar aliran agama pon ada yang jadi bohsia ok..siap pakai baju ketat MANGO & rambut bekarat lagi. Bukan rekaan. Aku tengok sendiri kat tv3 =)

Keadaan kat facebook sekarang makin havoc dan menjadi jadi. Tkmaulah masuk campur..tapi aku sebagai salah seorang saudara Islam yang mempunyai rasa tanggungjawab (cehh), nak nasihatkan tk payahla begaduh lama lama, tambah tambah kat facebook yang satu malaysia boleh tengok. Buat malu ja kalau orang yang berlainan agama tengok kita berperangai tk matang & buruk dok begaduh kat facebook. Kan?

Friday, September 23, 2011

What goes around comes around

Assalamualaikum

The same routine on every Friday - balik kampung. Begitu jugak harini. Sebenarnya aku keberatan nak balik kampung sebab nenda sorang sorang kat rumah.. Selalunya kalau balik kampung, pukul 11 malam baru sampai rumah. Aboy keja, tata pon tkdak. Hmm..tkpalah I'll think about it later. Abah nak buat makan makan kat kampung harini sebab kemaren birthday yaya - anak kesayangan beliau. Yaya dapat hadiah yang sangat kontra, aboy bagi keta control & nenda pulak bagi compact powder. Aku dapat tengok muka yaya bila dapat compact powder tu hahaha. Dia macam bingung, "Macam mana la aku nak pakai benda alah ni.." Tapi bila dapat keta control, she was delighted! Harap harap adik aku ni kekalkan sifat keperempuanan dia sampai besaq. Jangan la jadi songsang..nauzubillah.

Semalam ada orang call. Beliau tunggu sebab aku tk reply msg beliau. Maxis buat hal semalam, aku nak buat call-me-back tk boleh. Kredit tu memang ada, RM0.22 sahaja tapi airtime dah habeh. Ok la tu 22sen kan? Haha lepaih 22 msg. Tu la topup lambat sangat..kan dah tk boleh msg dah. Begitu jugak dengan sorang hamba Allah ni. Kemaren dulu sehari tk tegoq aku. Kemaren adalah hantaq satu msg.. Masa tu aku tktau lagi airtime aku habeh dah tapi malas nak reply =) Bukanlah nak balas dendam tapi memang malas. Moralnya di sini ialah jangan buat apa apa kat orang lain yang orang tk suka. Nanti kena kat kita balik. What goes around comes around =) Hahaha apa kejadah la aku merepek ni.

Kemaren sekolah aku baru dapat jadual PMR. Semua ada dalam tu.. macam iklan selalu kata semua dalam satu. Arahan kepada pengetua, ketua pengawas peperiksaan dan calon. Amaran pon ada..memang menakutkan. Boleh terbatal semua keputusan peperiksaan. Gila lah! Kalau jadi kat aku macam tu, tk teragak agak lagi aku akan masuk Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Penat aku belajar tiga tahun semata mata untuk PMR ni.. tiba tiba boleh batal. Tu pon kalau aku buat benda bodoh yang boleh mambatalkan result lah =) Macam calon lain jugak, normal la kalau benda pertama yang aku tengok bila dapat jadual tu ialah bila habeh PMR tu. 3.50 petang tu kira boleh berambu ayaq mata lah kononnya sebab terlampau syok sangat haha.

Semalam memang aku tidoq awai gila. Pukul 8 lebih tu tengah lepak lepak atas katil dalam keadaan kaki ke mana kepala ke mana sambil baca buku contoh karangan english. Entah macam mana dan bila..terus lena. Nak kata letih sangat haram aku tk buat apa pon. Tejaga pukoi 7.30 pagi, tengok tengok elok ja kepala dok atas bantal siap selimut lagi dalam posisi yang sepatutnya. Tktau lah sapa yang baik hati angkat aku yang maha berat ni haha. Bila dah tejaga tu memang tk boleh tidoq dah sebab senggugut menyerang. Aku dah mula jadi cacing kepanasan walaupon muka ni dok bajet macam tkdak apa apa yang berlaku. Bangun macam biasa dan buat apa yang sepatutnya lepastu makan dan tengok tv. Boleh la rilek sat sampai tengah hari..tapi senggugut makin agresif. Aku tk tahan. Terpaksa masuk bilik dan tidoq balek nak bagi senggugut lega. Makan ubat? Jangan harap..

Try layan kat youtube lagu uncharted - sara bareilles. Lepastu tengok sorang budak lelaki berambut kembang, muka macam orang tua, pakai spek mata, baju warna biru. Ekspresi muka dia memang mintak kaki -.-

Wednesday, September 21, 2011

Mistake makes perfect

Assalamualaikum

Students tingkatan tiga sekarang kebanyakannya sedang gemuruh/ketaq/nervous/gabra/kalot or whatsoever. The medium-sized monster is coming on this 4th October (the giant-sized monster, of course, SPM). Yang bersungguh sungguh nak dapat 8A tu, mestilah bertungkus lumus buat latihan ataupon baca apa apa saja sampai tk ingat dunia, kesan sampingannya ialah eye bag. Dah ada sikit sebahagian rupa panda. Aku pon ada. Tapi aku tk la mendabik dada ingin mengatakan aku pulun belajar sampai 3-4 pagi. No! Aku tk stay up untuk belajar sebab aku tk boleh. Kalau mengadap laptop tu boleh..haha. Tidur lewat dan bangun awai ialah satu benda yang paling aku nak elakkan sebab pagi seterusnya aku akan mengalami sakit kepala yang teramat sangat lalu hilang lah mood aku lalu tk syok lah hari aku lalu hidup aku tk ceria dengan lawak jenaka aku sendiri. (conclusion)

Program Titian Harapan kat sekolah aku tu sangat sangat sangat membantu aku. Mulanya aku dok ingat titian harapan ni macam membosankan dan entah apa apa. Alhamdulillah setakat ni sepanjang dok buat latihan & semak jawapan, aku tk penah lagi tidoq macam aku selalu buat dalam kelas biasa. Banyak yang sebelum ni aku tk paham contohnya subjek KH, Science, Sejarah, Mathematics & boleh dikatakan semua lah, sekarang ni aku dah paham sedikit sebanyak =) Patutlah ramai senior aku yang kata kena tumpu betui betui kat titiaan harapan, cikgu disiplin pon sampai kecualikan batch tingkatan tiga daripada di-spot check kan semata mata tkmau ganggu kami sepanjang program tu. Sekolah lain pon mungkin ada jugak buat program macam ni, aku tktau, tapi memang untunglah kalau ada. Thanks to all Keat Hwa's teachers yang sangat memahami.

Paperwork yang depa bagi tersangatlah banyak. Satu hari beratus ratus soalan walaupon hanya dua subjek. Tambah tambah kalau KH, sejarah & geografi. Kalau yang tk terer macam aku ni, memang penat lah nak jawab sebab asyik kena selak buku nak cari jawapan. Kadang kadang sampai rasa nak give up. Kalau dah rasa cukup menyampah dok selak buku tu, pakat jawab ikut kata hati ja. Bila semak jawapan & salah, mula la nak bebai (tujukan kepada diri aku sendiri). Padahal aku yang kalot nak perabeh.. -.- Tk habeh pon tkpa. Salin jawapan dan balik sambung jawab kat rumah. =) Tapi biasa la manusia normal macam aku memang selalu kalot dan nak perabeh semua benda walaupon tk mampu. Bila dah salah, memang rasa geram sebab penat aku dok selak buku sampai naik juling bijik mata. Tambah tambah kalau careless mistakes. Rasa nak ganyang muka sendiri sebab soalan dah senang tahap gaban boleh buat silap lagi. Cukup benganggg

Selalunya orang kata practice makes perfect. Tapi rasanya mistakes pon make perfect jugak kan? =)

Semua orang pernah buat silap (I'm talking about silap dalam pelajaran. Bukan dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni). Orang paling pandai pon ada jugak silapnya, toksah dok sombong la, kita bukan perfect tera mana pon. Okay aku bukan nak bangga lah tapi aku rasa macam aku agak berkebolehan dalam subjek sejarah & english. (bukanlah bermakna aku bodoh dalam subjek lain) Kadang kadang aku ada terasa bangga jugak kalau dapat markah tinggi, memang tk dinafikan. Aku bukanlah alim/warak yang boleh tepis perasaan bangga diri tu dengan petik jari saje. Dan aku rasa perangai macam ni tk bawak untung pon. Tapi yang markah rendah tu mungkin untung the next time, sebab kita belajar dari kesilapan. Bila kita tau kita silap, we wont do the same mistake again and again.

Aku rasa aku beruntung kalau dalam program titian harapan ni, banyak salah (yang tk disengajakan) yang aku buat. Kalau aku salah bermakna aku tk faham. Dan bila cikgu bagi & terangkan jawapan yang betui, barulah aku faham & ingat. So aku tkkan buat lagi. Kalau dulu aku malas, bila dah sedar diri yang aku budak PMR tahun ni aku mula cari sebab pasaipa jawapan aku salah. Aku cari sendiri jawapan yang betui walaupon keja ni kadang kadang meremehkan kepala otak aku. Contohnya, tadi ada 2-3 soalan KH tentang pengiraan kos eletrik. Sebelum ni aku tk penah salah kalau keluar soalan tu. Tapi tadi bila keluar ja soalan tu, semua salah! Fine. Balik tu aku kira sampai dapat, pusing sana pusing sini last dapat jugak. Dan aku pon tersenyum bahagia..

We learn from our previous mistakes. Kawal-kawallah dan bawak bersabarlah kalau kita dapat markah lebih tinggi daripada orang lain. Bahaya penyakit bangga diri ni.. Kalau Allah SWT nak tarik balik kita punya pandai kat PMR nanti, memang naya. Yang sebelum ni boleh dapat 80 and 90 above, tiba tiba mai tang PMR terus turun B, C, D atau lebih teruk E. Tk payah sombong..tolong jiran kiri kanan. Blow your own trumpet ni tkdak untung pon. Orang menyampah lagi ada la. =)

Tuesday, September 20, 2011

retrolicious

Assalamualaikum

Pertama sekali benda yang aku nak buat ialah retype apa yang ada kat entri terbaru Fatin Liyana, http://honeykoyuki.blogspot.com/

Six easy ways to earn even after death

  • Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
  • Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
  • Participate in building a mosque.
  • Plant a tree. You gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
  • And the easiest of all, share this message with people. Even one applies any of the above, you gain.
p/s: Thanks to Fatin Liyana for sharing this great tips. We'll gain something, insyaAllah.

Rutin harian seperti biasa. Persekolahan juga masih berjalan dengan lancar cuma jadual yang sepatutnya dapat dua bulan sebelum PMR, sampai sekarang warga Keat Hwa belum dapat lagi. Khabarnya, esok. Dan aku masih tertanya tanya pasaipa aku tk boleh nak isi borang SBP secara online. Bila aku masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran, belum mula apa lagi depa dah kata "Sesi anda telah tamat!" Macam nak halau aku -.- Taulah aku tk dapat 8A pon. Cuma 4A4B. Sampai begini penghinaan pihak SBP bagi kat aku. Punah peluang aku nak masuk asrama walaupon aku tau kalau ada peluang pon, sikit saja. Kalau aku dapat 6A ke atas mungkin boleh masuk. Tkpalah, redha.

Masih setia menunggu info tentang kemasukan MRSM.

Minggu depan Inovasi Utara akan buat kelas Pecutan Akhir untuk calon yang akan menduduki PMR. Satu subjek RM10, sapa yang berminat boleh mendaftar dah kot. Satu kelas sampai 3jam. Puaih! 3jam belajaq 1 subjek. Kalau tk dapat 8A memang kena hantuk kepala haha. Aku tktau lagi nak ambik ka dak..bab duit tu no problem. Korban pi la sat duit, kot kot boleh dapat 8A kan ka berbaloi =) Masalahnya jumlah pelajar dalam satu kelas tuu.. Memang tobat/wajib/confirm/tanpa dapat disangkal lagi akan ramai. Students yang selama ni tk pi tusyen Inovasi Utara pon boleh serbu masuk Pecutan Akhir asalkan duit ada dalam tangan. Kalau dah ramai gila nak mampos, memang susah nak fokus. Tera la ni pon dah tegoyang iman ni kadang kadang..tambahla kalau kelas tu padat oleh ratusan/puluhan pelajar dari depan sampai belakang.

I'll wait and see. Tengoklah apa abah kata. Sebagai seorang anak yang sedang mencuba untuk menjadi anak yang lebih baik, aku akan ikut kata abah & mama -.- =)

Sunday, September 18, 2011

#15

Assalamualaikum

Pulun nak update walaupon tengah kalot dan tergesa gesa. Rasa macam nak update panjang panjang tapi tktaulah.. Memangdangkan boleh on sat saja, so aku tk berpeluang nak menyinggah kat blog Maria, FL, Dalila, Cik Epal/anggur/oren or whatsoever. Keja keja aku kat fb pon dilakukan dengan halai balai semata mata nak tumpukan dua ratus peratus perhatian kat blog =) Ada la dalam 2-3 orang nak baca. Tkpa mampoih pi. Kita bukan buat entri dalam newspaper sampai nak satu malaysia baca kan. 2-3 orang pon dah cukup beruntung ja dari kita sorang sorang ja baca. Oh ya, peluang yang ada ni aku nak ucap takziah kat student SMK Dato' Syed Omar yang akan menduduki PMR tahun ni dan juga kawannya yang belajar kat SMV Jalan Stadium (form four), both of them meninggal dunia sebab accident. Inalillah :') Harap harap kawan, family dan sapa saja yang kenai depa redha. Allah SWT lebih sayangkan mereka.

Al-Fatihah.

Sepanjang tiga hari cuti ni, kebanyakan kerja yang aku buat ialah makan. Hari Jumaat, pukul 2pagi sepupu aku selamat sampai sini dari Shah Alam, siap masuk bilik aku tapi aku tk sedaq apa langsung haha tera tu dahla 'The Sleeping Beauty' tidoq kan. Jumaat rumah aku ada buat kenduri sikit. Bila kenduri pon sikit aku jemputlah member sikit sahaja. Boys were not allowed sebab nenda tkmau sakit mata bila ada yang jemput boyfriend nanti (sama ada aku, member aku, kakak aku ataupon member kakak aku). Memandangkan kawan perempuan aku pon kurang, so yang mai pon agak kuranglah. Tiga orang saje. Dalila, Aby & Syaza. Aku ada jemput Sarah tapi beliau pon buat makan makan kat rumah. Ismah pon dijemput tapi beliau balik kampung. Khadijah juga dijemput tapi macam biasalah anak dara En. Dzulkifli tu memang for sure tk boleh keluaq rumah punya. That's normal. Aku dah agak dah dia tk boleh mai tapi jemput jalah kan =)

Kenduri berjalan dengan lancar. Aby & Syaza makan mee sampai comot. Apam, karipap & muffin pon depa pelahap sekali. Dalila cuma makan apam, karipap, muffin & ketupat. Sedikit kecik hati Dalila tk makan mee =') Hahaha tkdak aih saja nak mengada. Tkpa Dalila tk makan lagi bagoih. Untung kat orang lain boleh makan hihi.

Hari Sabtu, keluar dengan kakak, adik, Dina & Hakim pi cp sebab nak cari novel. Seperti biasa setiap bulan aku akan peruntukkan RM20 untuk sebijik novel. Tapi 3bulan ni aku cuma beli novel, tk baca pon, sebab PMR kan. Ingat nak makan McD tapi malas nak tunggu sebab ramai gila kat situ. Full house! Biasalah sabtu, cp pulak kan. Segala kodiang kuala nerang semua pakat buat reunion kat situ. Lesbian, gay, mat rempit, pengkid, tomboy, pondan, bapuk dan segala sampah masyarakat dapat dilihat di cp dan kawasan sekitarnya. Kalau dak memang kami nak pi popular Tesco ja tapi masalah transport tu yang buat aku redah ja cp tu tanpa menghiraukan Kg-dot-com yang lain. Balik tu, adala rehat lebih kurang sejam lepastu kena keluar pulak dengan mama. Pi Kampung Asun, beraya kat rumah kawan mama & uncle. Makan mee warna hijau! Seumur hidup aku, itulah kali pertama aku tengok & makan mee warna hijau. Asalnya memang mee tu kuning. Tapi bila dah bercampur dengan kuahnya yang berwarna ungu (ada ubi kawen), jadilah hijau. Memandangkan nak jaga hati tuan rumah, aku tk banyak cakap terus makan ja. Tk boleh pikiaq pelik pelik satgi tk lalu makan. Nah! Habeh sepinggan! Sebab sedap. Tk kisahla apa warna mee tu, aku makan sebab lapaq dan mee tu sedap =)

Sebelum balik, pi Al-Bukhary International Uni dulu sebab ada jamuan kat sana. Hampir semua perempuan kat sana berbaju kurung, cuma aku dan sepupu sepapat sahaja berseluar jeans. Lantak lah asalkan dapat jamu mata tengok kakak manis manis & abang segak segak kat sana hihi. Aku tk makan pon sebab kenyang. Tapi teh bunga kat sana sedap sangat! =) Abang teh tarik pon hensem. Sebab tu aku asyik singgah mintak teh tarik tapi tk minum pon. Bagi kat mama ja haha. Anak anak yatim dari Yayasan Al Bukhary pon ada. Lepas makan, tengok depa buat persembahan. Macam nak tunjuk budaya dari negara masing masing la. Malaysia, Indonesia, Somalia, Somaliland, Uzbekistan, Kovosko, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, India lagi apa tktau aku dah tk ingat. Yang paling best of course lah Malaysia =) Mula mula memang best. Lama lama dah start boring sebab mengantuk & penat. Sebelum balik sempat cuci mata tengok sorang abang dari China & sorang lagi dari Nepal. Yang China tu tkdak rupa apek langsung, same goes to Nepal tu. Muka Melayu. Hensem..depa cool. Mamat lain ada yang tehegeh hegeh. Mattop jangan marah..hihi.

Ahad, iaitu hari ni. Sepupu sepapat dari Shah Alam bertolak balik pukoi 3 petang tadi. I will miss you Isyraq Hafeez :') Pukoi 4 lebih, abah mai amek semua 6 beradik sebab nak pi rumah makteh, ada makan makan. Lebih kurang open house lah. Tapi disebabkan beberapa masalah, cuma 5 beradik ja yang turun, manakala kakak terus straight away abah hantaq pi KMK. Sampai sana tengok ramai orang sampai segan nak masuk. Makan laksa dan mee sahaja. Laksa sedap, mee pon sedap tapi pedas so aku tk habeh. Lebih kurang 8.30malam geng anak anak dara berjalan kaki ronda satu taman. Lepastu lepak sat kat rumah dan abah ajak balik. Esok kan sekolah so tk boleh balik lewat sangat. Dahla aku jenis susah bangun pagi.. -.-

Esok, the normal routine will begin. Sangat membosankan. Tkpa, PMR lagi dua minggu. Lepastu boleh bergumbira. =) Oh and again, Al Fatihah buat kedua dua arwah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

p/s: Berhati hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang.

Thursday, September 15, 2011

Medan?

Assalamualaikum

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Awai awai start countdown kat sekolah, PMR lagi 100 hari (dan ke atas). Lepastu turun puluhan hari. Lepastu tinggal sebulan. Sekarang? Lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Mengikut countdown machine kat sekolah aku tu, PMR lagi sembilan belas hari. Sepuluh hari kemudian akan tinggal sembilan hari, tolak dua hari tinggal seminggu. Bulu roma ni sampai tk larat nak cerink dah. Tapi lagi cepat lagi bagoih sebab boleh enjoy awai hihi. Cikgu ada remind kami, sapa yang rasa tk mampu tk payah dok target tinggi tinggi takot frust, so amaran tu macam pelempang aku sebab selama ni memang rasa macam aku tk mampu tapi tetap dok target 8A. Bila pikiaq pikiaq balik, aku nak jugak target 8A sebab aku nak usaha. Kalau target rendah, usaha pon halai balai (menurut pendapat akulah). Dapat ka tk dapat belakang kira. Yang penting usaha =)

Budak budak UPSR dah boleh meloncat dah harini. Tk adil sungguh exam tiga hari ja -.- Makin besaq exam makin lama. PMR seminggu, SPM sampai nak dekat sebulan. Tkpa la aku tk jeles tera mana pon UPSR habeh dah. Hang tengok nanti PMR habeh aku tk lekat kat rumah aih. Kira nak menggedik saja. Haha

Memandangkan PMR lagi 19 hari, harap harap semua calon termasuk aku sedar diri la kot noh. Sudah sudah la tu enjoy. Cukup cukup la main. Tinggai sat pakwe/makwe kat tepi, bukan depa nak tentu result kita elok ka dak. Orang lain cuma boleh tolong support dan doakan untuk kita saja, selebihnya terletak pada diri kita sendiri. Kurangkan facebook/skype/twitter/blog dan apa kejadah lagi, nanti dah habeh exam melangut la depan laptop sampai buta mata pon tkdak sapa dah nak hingaq. Banyakkanla usung buku ke sana ke mari. Sampai bila nak enjoy..bukan ada manfaat pon walaupon enjoy tu memang syok =) Sat saja, 19 hari, exam seminggu, lepastu boleh enjoy sampai hujung peta Malaysia pon tkpa. Medan peperangan akan bermula! (tangan tumbuk ke udara)

Cakap pasai facebook dan medan...

Aku besa baca kat majalah Solusi, ada ustaz tu kata facebook ni hukumnya harus (bergantung pada niat seseoranglah). Harus sebab tk silap aku wujudnya urusan jual beli antara pihak Islam dan pihak orang yang buat facebook ni. Tau kan yang kita dok berfacebook ni menyumbang kepada dana Yahudi or what so ever. Tapi aku tengok sekarang ni makin ramai pulak orang Islam yang menyalah gunakan facebook. Sampai haritu ada ura ura kata facebook nak tutup kat Malaysia ni, puncanya? Lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Tapi actually kalau kita manfaatkan sepenuhnya facebook ni, memang memudahkan urusan harian. Ada saja yang keluaq kat Harian Metro, cerai sebab fb, bunuh sebab fb, sihir sebab fb, belasah pon sebab fb, fitnah berlambak lambak kat fb. Orang orang macam ni memang tktau diuntung, tk sedar diri. Dah ada kemudahan fb & internet kat rumah, dok buat dajai kat orang. Ingat diri tu bagoih sangat sampai fb ni jadi medan maki hamun orang lain, buat cerita buruk, even kutuk cikgu pon ada.

Berdasarkan pemerhatian aku kat fb sekarang ni, ada sesetengah pihak yang dulunya berkawan rapat bagai nak rak, muah sana sini, makwe/pakwe keliling pinggang, sakan wtw dok i love you you love me, la ni apa sudah jadi? Update status lawan maki hamun. *statement ini tidak ada kaitan dengan yang hidup atau mati, kalau ada tu kebetulan, ini rekaan semata mata, kalau terasa mampoih pi kat hang* Kalau lagi teruk nanti adalah yang buat geng bini-biniku gangster, pi serang orang sampai kasi gegar alor setar ni. Lepastu keluarlah kat muka depan Harian Metro dengan bangganya memaparkan budak sekolah menengah yang bertindak langsung tk pakai otak. Bila dah jadi kes polis, maka adalah rekod buruk. Bila ada rekod buruk, ada ka matrik/kolej/universiti yang nak terima kita lagi? Ada ka mana mana tempat keja yang mau terima gangster? Muda muda ni syok la. Mai besar..kira nak songlap duit orang buat suap anak bini. Keja tepi jalan jual cetak rompak/mercun/apa apa saja yang sudah terang lagi besuluh duit hasil jualan tu haram. Hidup segan, mati tkmau. Kecik kecik menyusahkan mak bapak.

Tk kisahla kes facebook atau apa ja. Apa yang kita buat, orang tengok tau. Kalau perangai kalah iblis, orang akan tanya, "ish anak sapa la tu, tera beruk la ni pon cerdik" (rise of the planet of the apes). Kasi bangga la sikit mak bapak besarkan kita, dok conteng arang kat muka depa. Tapi bila dah keluar statement "jaga lubang kubur sendiri" payahla. Buat pa dalam silibus agama tingkatan satu/dua/tiga ada 'Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama' kalau dah asyik nak jaga liang lahad sendiri kan?

Aku bukanlah nak kata aku baik sangat. Dak pon, aku tau aku sapa. Sama sama la kita tegur menegur. Nak tegur secara direct pon payah, manusia zaman la cepat melenting termasuk aku. So kat sini sajalah medan aku nak tegoq pon =)

Tuesday, September 13, 2011

Tiru macam saya

Assalamualaikum

Keinginan untuk mendapat 8A semakin memuncak..sebab PMR hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi. Hihi yang masih kecik ketot darjah enam tu, jawab exam elok elok. Dapat 5A tu syok tau, even lelaki pon boleh menangis sebab terlampau syok. You'll enjoy the moment, trust me, rasa penat lelah sebelum exam berbaloi dan nak enjoy pon ada feel sebab result elok. Take a good care of yourself  =) Jangan dok kalot sangat satgi orang kata pulun, rilek rilek ja nanti ada la orang puji kata kita cool. Hahaha lawak kan.

Baru singgah blog Maria Elena dan Fatin Liyana. Menghadiri majlis kahwin one of their friends, yang aku ingat nama pengantin perempuan Yanny kot. Tktau betui ka dak. Pelamin dia cantik gila nak mampoih tapi tk silap aku dalam Islam tk boleh besanding kan? Okay abaikan. Aku pon tktau apa point aku cerita pasai wedding tu. As a stupid intro, maybe?

Oh yes aku dah tau pasaipa aku cerita pasai Maria Elena dan Fatin Liyana. Most of us mesti kenai depa dua ni kan. Drop dead diva yooou. Tkkan tk kenai hihi. Tapi kalau tk kenai pon tkpala nanti lama lama kenai jugak. Okay bila ramai orang dah kenai depa, means that depa kena jaga kelakuan depa in fron of the public, sebab, when they do something weirdo and bad, people will immediately talk about it. And the story akan tersebar in a blink of an eye. Contohnya macam KD dah pregnant sebelum kahwin and one of her photos kissing with her husband in front of a looooot of people. Macam tk sopan kan sebab dahla KD tu Islam, siap pegi Mekah buat haji apa benda lagi. She has to be a great role model la for other people kan?

Got what I mean?

Jadi famous memang best. Ramai orang kenal kita, ramai orang stalk profile kita just wanna know the latest story about us. Dan ramai jugak orang yang adore kita, like gambar kita, komen itu ini, puji kita melambung lambung, and even ada jugak yang rapat dengan kita sebab nak tumpang populariti. Well that's amazing, I know, memang best. Aku pon teringin dan pernah berangan nak jadi orang famous contohnya penyanyi hihi soo stupid. Kita selalunya akan menjadi rebutan para teruna/dara untuk dijadikan jantung pengarang hati. Kalau dah dapat, memang tobat tk lepas sampaila hilang famous dia haha masa tu diibaratkan macam habis madu sepah dibuang.

Tapi, ada jugak orang yang tk suka kita, dengki kat kita and what so ever. Itu lumrah alam. Ada saja mulut yang buat cerita buruk pasai kita, wallahualam lah betui ka dak cerita buruk tu. Dan kalau cerita tu betui, kita akan tentang habis habisan dan try very hard to convince others that the story is fake. Padahal benda betui =) Dan kalau cerita tk betui pulak, memang mampoih la sapa yang bawak cerita tu kena maki. Lagi syok kalau kita angkat geng dan hentam si pembawa cerita tu. Lepastu rasa diri hebat gila dan mulalah gelak jahat "HAHAHAHA AMEK HANG". Apa yang aku nak tekankan kat sini, kalau terlampau ramai sangat orang kenai kita, hidup tk berapa nak tenang la bro. Apa saja yang kita buat, semua orang tengok. Kalau apa yang kita buat tu elok, bagoih la. Dan akan timbullah cerita kebaikan kita. Tapi kalau sebaliknya? Gosip bohong & cerita benar, semua orang tau. Leceh, remeh, menyusahkan.

So, lebih baik jadi low profile saja kan? Tk payah pening kepala pikiaq kot kot ada orang buat cerita pasai kita.

Tiru macam saya =)

Sunday, September 11, 2011

Who cares?

Assalamualaikum

Hihi syok boleh update blog waktu macam ni. Idea mencurah curah. =) Selalunya waktu ni aku tengah berehat menenangkan diri setelah berjam jam berhempas pulas belajar kat sekolah untuk mencapai misi aku : straight A's in PMR. InsyaAllah. Tapi sekarang aku tengah berehat sebentar sebelum start study untuk harini. Harinikan Keat Hwa cuti hoho. Moon cake festival. To all chinese, enjoy your moon cake, guys! Simpan sikit untuk aku kalau ada yang halal sedap. Kalau boleh nak yang chocolate ataupon oreo punya okay. Hahaha mengada ngada. Berangan la budak2 cina nak simpan moon cake untuk aku. Depa tk pandang sebelah mata pon kat budak melayu ni. Berjalan sambil dagu mendongak ke langit! Nabi SAW kata, tk payah jalan mendongak ke langit. Kaki tk tembus pon ke tanah & tangan tk tercapai pon ke langit. So tk payah sombong sombong. Not even chinese, melayu dan india pon sama okay. Sama sama renung renungkan =)

1. Selalunya, lepas balik sekolah, abah akan bawak aku & adik adik aku pegi makan nasik kat Pak Tat Ikan Bakar. Lauk pauk depa memang toksah cakap lah. Memang mouth watering! Bukan setakat ikan bakar ja yang ada. Ayam bakar, segala galanya yang membakar ada kat sana. Haha no lah just kidding. Memandangkan harini aku cuti dok kat rumah, so aku tunggulah abah amek aku & atun kat rumah sebelum pi makan. Tunggu punya tunggu. Tk sampai jugak. Aku call abah tapi tk jawab. Okay perasaan bengang ni mula membara tapi aku sabaq lagi. Dalam pukoi 2, aku call abah dan yes, abah dah pegi makan. Sedih oowww tapi nak buat macam mana tkkan aku nak jadi pulun sangat paksa abah makan sekali lagi kat sana kan :') Bila adik adik aku sampai rumah, bawak balik nasik bungkus. Oh yes abah sayang jugak kat aku =) Tapi rupanya aku bertepuk sebelah tangan. Nasik tu cuma untuk yaya dan atun. Mana nasik aku? Err mungkin aku ni halimunan sampai tkdak orang sedar kehadiran aku kat sini.

2. Fasal hal semalam, aku sebenarnya dah dapat agak yang dia menipu. Tapi aku biar ja sebab aku nak tengok lama mana dia nak memperkotak katikkan aku ni kan hihi. Semalam tembelang pon pecah bila awek beliau tk tahan menanggung rindu, she posted on his wall ayat ayat asmaradana. Jangan tanyalah aku cemburu ka dak. That's such a stupid question. Dah aku tau dia menipu dari awal buat apa aku nak cemburu lagi kan? Haha aku tk sebodoh itu okay. Dia ingat dia besar dan lebih tua dari aku, dia boleh senang senang nak mengayat aku dan buat aku cair la? Hello cuma mattop seorang saja yang boleh buat aku cair one hundred percent because he's my only one okay...hihi gatai. Aku tk cemburu. Marah & sakit hati tu memanglah ada, well that's normal kan, manusia mana tk bengang kena tipu.

But, who cares?

1. Abah, tadi ijan memang kecik hati jugak la. Tapi sekarang dah okay. Kat rumah pon boleh makan nasik aih. Tk mati pon tk pi kedai Pak Tat tu walaupon milo depa sedap dan lauk depa sedap dan nasik depa sedap..okay what ever. Nenda masak lagi sedap. Who cares..

2. Aku tk kisah sangat pon sebenarnya, sebab ini bukan kali pertama. Kali pertama dulu memang aku agak kebodohan lah, menangis tk berlagu. Tapi bila dapat tau secara jelas dan nyata yang dia menipu, tkdak kesan sangat pon. Aku masik boleh tidoq lena semalam sampai mimpi kat Cik Epal. Hahaha tktaula tiba tiba mimpi dia dok ajaq aku apa benda tktau. Hope you'll happy with her dan jangan lagi sesekali cari pasai dengan aku lagi okay =) Pasai kerja saudara tu, saudara urus sendiri lah kot. Dah cukup tua besar panjang dah. Macam tk selera dah aku nak tolong pon.. hihi sorry.

Lumrah hidup lah kecik hati & marah ni. Normal lah dalam hidup ni ramai yang nak mempersendakan kita. Peduli apa? Aku masih lagi hidup dan aku nak dapat 8A. Macam Maria Elena kata, chill lah! =)

I've made the right choice

Assalamualaikum

I'm watching Eclipse on Star Movies right now and I wish I could be like Bella. And if I'm in her shoes, I will absolutely choose Jacob as my partner. He is reallly charming, HOT, nice body and the most important thing is he's waaaaay more handsome than Edward. Hahaha what the hell. Werewolves and half blood of human-vampire are not exist. Thank God hihi :)

Tomorrow is a school holiday untuk sesiapa yang sekolah Keat Hwa. It's a moon cake festival. Yeah I'm telling you this is one of the reasons why I love being in chinese school (sometimes). Kepada sesapa yang ada jamuan hari raya esok contohnya SMKSA, enjoy your celebration. Ini untungnya sekolah melayu..ada jamuan hari raya. Sekolah cina jamuan tahun baru cina pon tkda. Haha

Okay sebenarnya aku tengah cuba untuk mententeramkan diri aku sendiri. It was nothing actually..thank God, I'm still brilliant enought to make the right choice. Kalau dak, memang aku rela semua orang kata aku bodoh. Dan sekarang aku berbangga sebab aku sendiri sedar yang aku ni pandai jugak ^_^  Hey I'm fifteen and I'm smart, bebeh =)

Sekarang aku faham kenapa sesetengah perempuan sanggup memilih pasangan yang sama jenis, walaupon hukumnya haram dan Islam melarang keras perbuatan macam tu. Dan aku masih waras, alhamdulillah aku tkdak nafsu kat kaum sejenis aku. Aku pon paham kenapa sesetengah perempuan selalu cakap, "Semua lelaki sama..tk guna." Tapi aku tk pernah cakap macam tu because I know who's jerk and who's not. Aku paham kenapa sesetengah perempuan langsung tk pandang lelaki walau dengan sebelah mata.

Sebab, selama aku hidup lima belas tahun atas muka bumi ni, aku mengaku aku dah jumpak ramai lelaki yang bertindak tk guna otak. Tapi aku masih percaya yang they have their own reasons to act like a jerk. Itu dahulu =) Tkdak sebab lain seseorang bertindak tk pakai otak melainkan orang itu benar-benar 'kurang cerdik'.

I'll ignore him, for the rest of my life, and that's my promise. Oh yes, about my previous entries, aku tengah lalok masa tu.

Friday, September 09, 2011

This uploading process is really sucks

Assalamualaikum

Harini nenda, tata & aboy pegi Penang. Tktahu pasaipa. Berayalah kot.. Kakak aku keluaq pi library. Katanya nak pinjam Canon aboy tapi tk berani nak mintak permission ehehehe. Mengebat kawan nak bawak Canon pi town. Bila dah tk dapat camera tu..tiba tiba dia nak pinjam phone aku. Haha of course jawapan aku ialah no. Satgi dok tekan itu ini. Rosak tk pasai ja. Dahla itu ja aset aku tiap tiap hari nak amek gambaq & dengaq lagu. Aku tk berani nak amek risiko bagi kakak aku pinjam. Tkkan member member lain tkdak camera kot yang sampai kena pinjam phone aku kan :) Sorry sister.

Sekarang ni aku sorang sorang kat rumah. Tengah dengaq lagu kat MTV Hits sambil upload gambaq & update blog. Ya Allah sumpah lama gila nak upload gambaq raya ni. Dahla banyak gila. Belum terlambat kan nak upload gambaq raya..hehe. Dah hampir berputus asa dah tadi bila tiba tiba internet down. Tapi memandangkan dah separuh jalan dah kerja aku, teruskan jalah. Sapa tk comment, aku hantuk kepala. Hahaha penat aku upload sampai bejam jam, siap dan makan bihun dua pinggan lagi. Cemana la orang lain boleh rajin upload gambaq sampai beratus ratus dan bepuluh pulh? -.-

Menambahkan kebosanan aku, credit aku RM0.00. Puaih. Nak begayut pon tk boleh, texting pon tk boleh. Padanla la ni kan ada orang tengah mecuba tkmau cakap dengan aku dah kan. Tk payah tanya la sedih ka dak :') Reyau dah pon. Nak suruh dia call aku pon serba salah. Ntah ntah dia dah menyampah gila kat aku, tkkan aku nak suruh dia call aku pulak kan. Semalam masa balik kampung memang teringat gila gila lah kat dia. Aduss sentimental sat aku tapi tk cerita kat sapa pon la. Air muka aku & dia kena jaga jugak. Kan?

Aku harap aku dah buat pilihan yang betui. Tapi awat sejak kebelakangan ni rasa macam tk betui ja..

Sampai kampung semalam awai. Pukoi 5 lebih dah sampai. Selalunya sampai waktu Maghrib kalau bukan bulan puasa. Lepak tepi bendang makan kuaci dengan Umaimah, kak ngah & adik. Lepastu abah suruh masuk dalam tolong maksu. Spoil gila. Dengan penuh kemalasan kami 4 orang pon masuk dalam rumah, goreng kentang. Aku buat kerja okay! Habeh goreng kentang, makan kat luaq tepi bendang. Aku tengok bangkai ulaq. Eeeewww..panjang & gemuk. Lepastu aku, kak ngah, umaimah & adik2 aku masok dalam bendang sebab kering. Yang ada cuma jerami yang belum dibakaq. Jalan2 sampai tengah bendang..best! Kalau menari / menyanyi tengah2 bendang tu pon tkpa. Bukan ada orang nak tengok pon. Dok kat tengah bendang sampai nak Maghrib baru balik. Kalaulah dia ada... :)

Aku ada baca kat buku yang boring akan mempercepatkan kematian. Yes memang aku sedang boring sekarang tapi aku tk pecaya pon apa buku tu kata. No worries babe. Orang tk boring pon boleh mati lah =)

Thursday, September 08, 2011

I would love to do that..

Assalamualaikum

Sekarang tengah online facebook. Check kat home..jumpak satu gambaq ni. Sorang hamba Allah ni amek gambaq dengan pasangan beliau. Aku tk terkata apa cuma senyum sebab depa sweet :) Actually bukan gambaq dia saja, ramai lagi yang dah terkeluaq kat home dan aku pon tertengok lantas tersenyum serta agak cemburu..

Yes I've been together with him almost ten months but he never touched me so do I, well that's good, I know, hahaha tapi tau sajala umoq tera aku ni gatai tk sangga. Tengok orang lain pegang, aku pon nak. Depa sweet sebab boleh pegang..tapi aku tk boleh. Kalau nak ikutkan hati nurani memang boleh tapi..tktaula macam mana aku nak habaq. Pernah aku buat plan bila keluaq, aku nak pegang tangan! Whatever happens, aku nak try! Yeah! Tapi bila dah tengok muka. Dah face to face in real life, dah serabut kepala otak. Tangan jadi sejuk lain macam. Ketaq lutut ketaq perut semua ada. Rasa tk berani nak pegang tu menggunung gunung sampai bila jalan dekat dekat pon rasa nak rebah. Rasa macam..dok jauh jauh main jeling pon dah ok dah. Tk cakap pon tkpa. Tengok dah cukup.

Kawan kawan penah jugak menyuarakan kerimasan depa sebab tengok aku malu sangat dengan beliau even dah almost ten months. Aku ada bagitau Syaza yang aku tk berani langsung nak pegang walau kat jari kelingking. Dia cuma buat muka tangan di dada mata ke atas. Bekali kali dia cakap kat aku, "Pegang jalah, mattop tk marah aih." Memang aku tau dia tkkan marah..weeeihei berani dia marah? Hahaha. Dia berani marah aku tapi hakikatnya aku tk berani pegang dia & dia pon tk berani pegang aku. Hmm memang bagoih tu. Walaupon aku dengan dia tkdaklah berdating ikut syarak sangat tapi..at least kami tk pegang. Well I'm not saying that all those couples yang berpegangan tu tahap jahat gila nak mampos, NO! Sebab aku pon penah dulu, chill der. Dengan mattop ja tk penah dan aku rasa tkkan penah. Aku cuma teringin..tengok Lagenda Budak Setan tadi. Alahai comelnya kasha peluk ayu.. Sweetnya pegang tangan.. I would love to do all those aksi aksi manis but I'm not strong & brave enough. I wonder why? Aku dengan yang terdahulu selamba badak sumbu ja pegang tangan. Tapi dengan beliau rasa lain.

Kadang kadang, rasa down pon ada sebab tk boleh jadi macam orang lain. Tapi aku tk penah menyesal :) For my beloved cousin, I'm sorry if I've hurt you but I'm definitely sure you'll find someone else that is much better than me. Haha ijan ni gila so tk payah layan sangat okay. Jangan lost contact sampai berbulan bulan macam dulu..and I hope you'll read this. Thanks for everything :)

For you, I'm still glad that we're not like others. And I'm proud! Thank you..

I'm in dilemma

Assalamualaikum

Sekarang ni students form 3 satu Malaysia tengah kalut isi borang itu ini untuk permohonan SBP, MRSM, SMT, SMV and what so ever. Begitu jugak dengan aku dan kawan kawan aku. Chinese? I assume that they prefer to stay in KH, which is ninety percent chinese so they can gediksss with all the apeks and the apeks can easily show off their machoss in front of amoiss, which is really annoying me. Korang tk tahu sebab korang tk penah sekolah cina. It is veeeeery irritating to hear all the amoiss screaming and laughing almost like crazy and weirdo people. Bukannya aku ni tknak bersemangat satu malaysia but this is the fact you know, belum cuba belum tahu. Bila dah cuba sumpah rasa menyampah nak mampos.

Okay back to the original topic, semalam aku isi borang SMT. Agak frustrating jugak lah bila tengok aku boleh buat cuma SATU pilihan sekolah. Bukan macam tahun2 lepas, boleh buat dua. Contohnya kakak aku, dia buat pilihan pertama SMT Langkawi dan pilihan kedua SMT Muadzam Shah. Wah kelas kau piah. Mengebat amek sekolah jauh sampai hujung peta Malaysia, tk pasai nanti reyau nak balik but whatever it is tk dapat pon haha. Aku semalam berbelah bahagi sama ada nak letak ASTECH ataupon SMT Grik. Abah awal awal lagi dah support one hundred percent kalau aku amek SMT Grik. Aku pulak fifty fifty. Tanya mama, mama tk bagi sebab jauh sangat but I dont blame her, aku rasa mama tktau betapa aku depressed dok rumah, hearing all the 'yelling-shouting' semua tu.

Tanya nenda, nenda kata kalau nak buat permohonan kat luar negeri chance tu memang ada tapi kurang sebab for sure Perak akan tengok result dan permohonan budak budak Perak dulu then baru depa check permohonan budak pulun-nak-pi-jauh-jauh dari Kedah macam aku ni kan haha. Sarah pulak kata, kokurikulum kena tinggi kalau nak duduk asrama. Betui ka? Entah. Koku aku tahun ni agak membeku sebab abah tk berapa nak bagi aku aktif. Cuma yang paling menyerlah, aku join perarakan gergasi 100years Keat Hwa. Tu pon abah tk bagi tapi aku berkeras nak masuk. Bukan senang, 100tahun sekali. Bila aku dah pikiaq baik buruknya, aku pon dengan agak berat hati tetapi redha, memilih ASTECH. Harap2 aku dapat. Walaupon result trial tk membanggakan sangat, cuma 4A4B. Bidang yang aku amek of course Kejuruteraan Awam dan bidang kedua Kejuruteraan Elektrik. Sains pertanian dan perdagangan are out of my list muehehe. Tktau la tapi I reaaaally cannot go with akaun akaun semua ni. Pertanian, aku memang tk minat bercucuk tanam ni. Macam kita dok belajaq sivik, apa yang kita pilih kena berdasarkan minat, bakat dan kebolehan. So I think I've made the right decision lah kot. Dalila amek perdagangan, Sarah amek sains pertanian dan Luqman sama macam aku amek civil engineering. (rasa macam hebat gila sebut civil engineering)

Abah tk bagi aku buat permohonan SBP dan MRSM, tapi aku akan cuba pujuk abah. Bab pujuk abah ni memang small the pieces, because that's my expertise bebeh~

So what I have to do now, berusaha & bertawakal, moga moga aku dapat teruskan sesi tingkatan 4 kat ASTECH. And I reallllly hope I've made the right choice for my future. Aku harap sangat boleh pindah sekolah sebab I can't go on with these chinese behaviour yang entah apa apa.

Hmm..I hope...

Tuesday, September 06, 2011

Having fun for the last time

Assalamualaikum

Harini sekolah seperti biasa. Setelah sekian lama tkdak assembly kat sekolah, tadi baru ada. Tetamu jemputan pon ada..principal INTI College yang kat Penang tu. Nama apa aku pon tktau. Bagi hadiah kat dua orang ja pon..semestinya chinese. Tu ja peranan dan punca dia mai Keat Hwa. Tk rasa macam tk berbaloi ka? Mai jauh jauh, bagi hadiah seciput ja. Abaikan-- Orang yang paling lama berdiri atas tu dan beletiaq tk lain dan tk bukan Mr Chin Kam Beng. Macam macam yang dia cakap. Vitagen lah, ponteng sekolah la, rambut la, kecurian la, lagi apa tktau aku pon dah tk ingat. Nasib baik dia beletiaq tk boring. Lawak! Tu yang best :)

Waktu agama tadi, macam biasa pelajar Islam dok kat Bilik Agama. Tengok ustaz lain macam. Aku usaha perati ustaz lama lama nak tengok apa yang pelik. Oh yes..mata ustaz. Ustaz kata masa dia tengah bawak moto, belaga dengan tebuan lepastu kena mata dia. Betui ka dak, wallahualam tapi pasaipa dia nak bohong pulak kan hehe. 2 jam buat latihan sambil makan kuih raya, then bincang jawapan tapi tk sempat habeh. Tiba tiba tercetus idea nak beraya rumah Syaza petang ni. Aku tau dah aku tk boleh pi sebab abah mesti nak tidoq punya lepas amek aku kat sekolah. Dalila pon menawarkan bakti abang dia untuk amek aku kat rumah. Hehe..aku on ja.

Balik lepak dulu baca Harian Metro. Tengok muka lelaki yang kena curah asid sebab berebut pondan..hmm akhir zaman. Sampai pondan pon nak berebut. Banyak lagi perempuan sejati lain yang lebih segak macam aku. Tapi maaf bro aku tkmau kat hang sebab aku dah ada hihi. Lepastu aku baca ada sorang budak ni umoq 7 tahun dengan ketinggian 56 sentimeter dan berat 4.6kilogram kalau tk silap. Serius kecik gila budak tu haha. Waktu dilahirkan dulu saiz dia sebesaq tapak tangan, kepala besaq bola tenis, jari sebesaq batang mancis dan berat hanya 550g. Kesian dia tk boleh pi sekolah sebab tk mampu nak bawak beg & buku. :)

Lebih kurang pukoi 3, Dalila sampai. Nasib baik aku siap dah hehe. Dok dalam kereta dengaq abang abang dia dok menyembang sakan tapi aku tk paham sepatah haram sebab depa cakap cepat sangat. Ada la sikit sikit yang aku paham. Bahasa alien depa ni.. -.- Sampai rumah Syaza, dia dok masak. Aku malaih nak tolong haha. Rayyan dok begolek golek depan tv dengan tk pakai seluaq, pampers & baju ja haha comeeel. Lepak lepak dengan Dalila dulu tunggu Aby mai. Makan nasik, tengok movie sambil online, lepastu tangkap gambaq. Rugi aku tk pakai blouse raya -.- Banyak jugak gambaq tapi malaih nak upload kat sini sebab aku dah upload kat facebook, account yang kedua. Kalau rajin tengok la dan kalau lagi rajin comment la dan kalau baik hati like la hihi. Kami guna camera Nokia 5mp ja. Keadaan tk mengizinkan nak mengebat Canon ataupon Nikon. Semestinya Nokia 5mp merah kesayangan aku :)

Lepaih PMR pulak la boleh ada sesi beramek gambaq. InsyaAllah Nikon / Canon.

Monday, September 05, 2011

I'm too cool for school

Assalamualaikum

Dah dua hari sekolah. Dua hari jugak aku belajaq dalam suasana & keadaan yang amat selesa dengan posisi aku di bawah kipas. Ada jugak beberapa bijik air-cond. Teramat selesa sampai kadang kadang melentok jugak aku hihi tapi bukan aku sorang. Air-cond dan kipas kipas tu sangat menggoda..ramai yang tewas. Kelas aku bergabung dengan kelas 3A11 kat Bilik Kemanusiaan & Bilik Moral. Syukur aku dapat dok kat bilik tu..haha bukan macam Aby & Khadijah. Dok kat kelas dengan 3A5. Tingkat empat pulak. Jenuh naik turun tangga. Tkpa. Boleh kuruskan badan :)

Memandangkan aku tidoq lewat semalam. Pagi tadi mengantuk ni hanya Tuhan yang mengetahui. Nak jalan pon tk larat. Dah kerap sangat aku tidoq lewat sampai pening habeh kepala. Bukan tkmau tidoq awai tapi tk boleh tidoq haha. Tadi pagi lepas mandi & salin baju sekolah, tertidoq sat sampai pukoi 7 pagi. Nasib baik nenda gerak kalau dak memang tobat kena tinggai dah dengan abah. Kalau tk kena tinggai pon, kena beletiaq. Tkpa telinga ni dah lali dah. Memang tiap tiap hari abah beletiaq pasai lambat ni haha. Sampai sekolah, tunggu Bilik Kemanusiaan & Moral bukak. Bila dah bukak aku pon masuk dan tanpa melengahkan masa aku rebahkan kepala dan terus lena, tk sedaq langsung. Cuma waktu lagu Negaraku ja aku bangun tanpa menyanyi dan bila habeh aku sambung lena sampai cikgu masuk. Nasib baik kena buat latihan mathematics..boleh la celik mata. Kalau sejarah..pakat mimpi ja la aku.

Program titian harapan ni boleh dikatakan boring & syok. Boring sebab cikgu tk mengajaq dan tkdak geng kat belakang macam dulu. Asyik kena buat latihan secara sendirian berhad lepastu bincang jawapan. Geng sehidup semati aku semua dah telepas ke belakang mana hala. Satu benda ja syok, boleh rehat dua kali. Masa ketujuh boleh turun dok kat kantin menikmati angin sumatera indonesia sambil buat latihan. Lena pon best jugak tapi aku tk penah lena lagi kat kantin haha. Boleh sambung makan ataupon minum minum. Tapi, setengah jam ja. Tk boleh nak bermastautin lama lama. Aku tktau apa punca depa bagi rehat dua kali.

PMR lagi dua puluh lapan hari. Tadi aku tengok syarat kemasukan SMT, tk rabun warna, tkdak penyakit yang serius, lagi apa tktau. Aku baru tau yang SMT tengok result PMR dan keputusan minimum 8B, vokasional pulak tengok result percubaan dengan pencapaian sederhana. Dok dengaq jugak cerita start tahun depan SMT cuma nak result 6A ke atas..aku pon tktau yang mana satu betui. Pilihan pertama insyaAllah ASTECH dan pilihan kedua insyaAllah SMT Gerik/Ipoh/Taiping. Semua kat Perak hihi tk berani aih nak dok jauh sangat. Tu pon kalau dapat la, insyaAllah. Berangan tu memang ada tapi usaha ja tk berapa nak cukup haha. Kalau dapat, alhamdulillah.

Yang penting, 8A.

Sunday, September 04, 2011

Syawal

Assalamualaikum

I've been told by dot dot dot yang my old template ada empat lambang salib. Huh..terpedaya jugak aku akhirnya. Nasib baik ada one of my readers (-.-) yang tegoq. Kalau dak dok berbangga la tayang kat semua orang yang blog aku ada lambang salib padahal dah terang lagi bersuluh aku ni Islam. Actually dah dua-tiga kali jugak dok pikiaq nak delete blog. Sebab malas nak update. Malas nak decorate. Malas nak buat semua benda pasal blog. Rasa macam dah tk syok macam dulu.. Tktau kenapa -.- Tambah pulak ada sorang hamba Allah ni serang aku kat facebook. Haha lancar dan fasih ja saudari tu memaki hamun aku tanpa ada rasa bersalah langsung. Segala jenis maki hamun dalam bahasa Inggeris yang maha kasaq dia bagi kat aku. Puncanya, dia tk puaih hati kat blog aku. Haha come on lah pompuan apasal yang narrow minded sangat. Toksah dok jeles kat blog aku yang haram tk lawa & tk best pon, buat sendiri la. -.-

Raya pertama, best. Ada tiga orang datang rumah :) Sapa? VVIP. Tk boleh habaq nama, demi keselamatan hihi. Petang tu bertolak balik kampung dalam pukoi berapa tktau tk ingat dah. Sampai nak dekat maghrib teruih mandi then main mercun kot kalau tk silap. Melangut tengok Nur Kasih sat. Main mercun lagi. Main congkak..tengok abah anyam ketupat. Kupas bawang tk sampai setengah jam lepastu tewas sebab tk tahan mata pedih haha nampak sangat jarang kupas bawang. Kakak aku kata untuk perempuan ni kupas bawang benda paling basic tapi untuk pengetahuan semua itu ialah kali pertama aku kupas bawang seumur hidup aku haha. Memang aku muka tk malu, bangga pi habaq tk penah kupas bawang selama ni hehe.

Raya kedua, aku tejaga awai sebab abah buat alarm kat handphone dia lagu apa tktau sikit pon tk best. Dahla kuat gila. Sambung lena balik. Lepastu satu rumah hingaq sebab paksu cari kunci apa tktau padahal kunci tu ada dalam gulungan kain pelikat yang dia tengah pakai. Haha tkpa sabaq lagi, sambung lena balik. Lepaih makteh & abah bangun, aku memang tk boleh tidoq dah. Sembang macam setaun tk jumpak punyala bising. Mula saja buat tk dengaq usaha pejam jugak mata sebab semalam tidoq lewat. Lama lama tk larat nak buat tk dengaq dah sebab memang bising. Untungla aku tk payah semayang subuh pagi tu hihi. Tapi aku still baring & selimut satu badan sebab tunggu anak anak teruna keluaq rumah dulu. Line clear, masok toilet truih mandi. Puaih hati, dahla dok kampung ayaq tahap sejuk gila.

Paksu suruh sapu sampah guna penyakaq tapi tk reti sebab penyakaq tu panjang macam galah dan ada benda yang melekat lekat kat kayu penyakaq tu so aku tkmau hahaha. Guna penyapu lidi ada la dalam 10minit aku buat. Bila keja tk buat, aku pon lepak tunggu makanan siap. Nasik goreng pon tkpa..sebab sedap :) Lepas makan, ikut adik, kak ngah & apan pi mana tktau aku ikut ja. Adik dengan lesen tkdak, kad pengenalan pon tk bawak. Same goes to me aku pon tk bawak kad pengenalan haha mampoih pi. Pi rumah member kak ngah amek keja sekolah lepas tu balik. Semua orang buat kerja kecuali aku. Amek gambaq ja hihi. Memang teringin nak siang sotong tapi......geli. (aku redha kalau aku tk laku nanti. sah aku anak dara pemalas)

Tapi ada satu kerja aku buat. Potong sayur. Memang lekeh tapi at least aku buat jugak kan haha. Itu ja satu satunya kerja yang aku buat paling bermakna sekali kat kampung. Habeh potong sayur, salin baju pakai lawa lawa sebab ramai orang nak mai hihi. Ada makan makan. Aku makan sikit ja tk banyak pon. Nak dekat maghrib, abah hantaq balek. Lega sebab tk payah kena kemas & basuh pinggan hahaha.

Raya ketiga & raya keempat, aku demam dan muntah dan batuk dan selsema dan pening kepala. Memang tk best langsung. Hilang mood nak melaram. Member kakak yang mai rumah - Khawarizmi, Aqim, Zulfaris, Izzat Ramli lagi sapa tktau, depa tegoq tapi aku layan macam tkmau layan ja. Mana ada mood tengah dok demam. Dok photoshoot kat luaq, sumpah aku jeles. -.-

Raya kelima, pi open house rumah Dalila & Hidayah. Ada Syamimi, Sarah, Syafiq, sorang lagi sepupu dayah aku tk kenai hihi. Aku makan sikit, sepinggan ja. Lepak sana sampai pukoi 5 lebih. Balik tu singgah rumah Aunty Siti, makan laksa. Nak dekat maghrib baru balik.

Raya keenam, sekolah. Buat latihan geografi 60 soalan dan sejarah 124 soalan. Dan rutin akan kembali berjalan seperti biasa sampai la PMR habis........bosan.