Sunday, September 18, 2011

#15

Assalamualaikum

Pulun nak update walaupon tengah kalot dan tergesa gesa. Rasa macam nak update panjang panjang tapi tktaulah.. Memangdangkan boleh on sat saja, so aku tk berpeluang nak menyinggah kat blog Maria, FL, Dalila, Cik Epal/anggur/oren or whatsoever. Keja keja aku kat fb pon dilakukan dengan halai balai semata mata nak tumpukan dua ratus peratus perhatian kat blog =) Ada la dalam 2-3 orang nak baca. Tkpa mampoih pi. Kita bukan buat entri dalam newspaper sampai nak satu malaysia baca kan. 2-3 orang pon dah cukup beruntung ja dari kita sorang sorang ja baca. Oh ya, peluang yang ada ni aku nak ucap takziah kat student SMK Dato' Syed Omar yang akan menduduki PMR tahun ni dan juga kawannya yang belajar kat SMV Jalan Stadium (form four), both of them meninggal dunia sebab accident. Inalillah :') Harap harap kawan, family dan sapa saja yang kenai depa redha. Allah SWT lebih sayangkan mereka.

Al-Fatihah.

Sepanjang tiga hari cuti ni, kebanyakan kerja yang aku buat ialah makan. Hari Jumaat, pukul 2pagi sepupu aku selamat sampai sini dari Shah Alam, siap masuk bilik aku tapi aku tk sedaq apa langsung haha tera tu dahla 'The Sleeping Beauty' tidoq kan. Jumaat rumah aku ada buat kenduri sikit. Bila kenduri pon sikit aku jemputlah member sikit sahaja. Boys were not allowed sebab nenda tkmau sakit mata bila ada yang jemput boyfriend nanti (sama ada aku, member aku, kakak aku ataupon member kakak aku). Memandangkan kawan perempuan aku pon kurang, so yang mai pon agak kuranglah. Tiga orang saje. Dalila, Aby & Syaza. Aku ada jemput Sarah tapi beliau pon buat makan makan kat rumah. Ismah pon dijemput tapi beliau balik kampung. Khadijah juga dijemput tapi macam biasalah anak dara En. Dzulkifli tu memang for sure tk boleh keluaq rumah punya. That's normal. Aku dah agak dah dia tk boleh mai tapi jemput jalah kan =)

Kenduri berjalan dengan lancar. Aby & Syaza makan mee sampai comot. Apam, karipap & muffin pon depa pelahap sekali. Dalila cuma makan apam, karipap, muffin & ketupat. Sedikit kecik hati Dalila tk makan mee =') Hahaha tkdak aih saja nak mengada. Tkpa Dalila tk makan lagi bagoih. Untung kat orang lain boleh makan hihi.

Hari Sabtu, keluar dengan kakak, adik, Dina & Hakim pi cp sebab nak cari novel. Seperti biasa setiap bulan aku akan peruntukkan RM20 untuk sebijik novel. Tapi 3bulan ni aku cuma beli novel, tk baca pon, sebab PMR kan. Ingat nak makan McD tapi malas nak tunggu sebab ramai gila kat situ. Full house! Biasalah sabtu, cp pulak kan. Segala kodiang kuala nerang semua pakat buat reunion kat situ. Lesbian, gay, mat rempit, pengkid, tomboy, pondan, bapuk dan segala sampah masyarakat dapat dilihat di cp dan kawasan sekitarnya. Kalau dak memang kami nak pi popular Tesco ja tapi masalah transport tu yang buat aku redah ja cp tu tanpa menghiraukan Kg-dot-com yang lain. Balik tu, adala rehat lebih kurang sejam lepastu kena keluar pulak dengan mama. Pi Kampung Asun, beraya kat rumah kawan mama & uncle. Makan mee warna hijau! Seumur hidup aku, itulah kali pertama aku tengok & makan mee warna hijau. Asalnya memang mee tu kuning. Tapi bila dah bercampur dengan kuahnya yang berwarna ungu (ada ubi kawen), jadilah hijau. Memandangkan nak jaga hati tuan rumah, aku tk banyak cakap terus makan ja. Tk boleh pikiaq pelik pelik satgi tk lalu makan. Nah! Habeh sepinggan! Sebab sedap. Tk kisahla apa warna mee tu, aku makan sebab lapaq dan mee tu sedap =)

Sebelum balik, pi Al-Bukhary International Uni dulu sebab ada jamuan kat sana. Hampir semua perempuan kat sana berbaju kurung, cuma aku dan sepupu sepapat sahaja berseluar jeans. Lantak lah asalkan dapat jamu mata tengok kakak manis manis & abang segak segak kat sana hihi. Aku tk makan pon sebab kenyang. Tapi teh bunga kat sana sedap sangat! =) Abang teh tarik pon hensem. Sebab tu aku asyik singgah mintak teh tarik tapi tk minum pon. Bagi kat mama ja haha. Anak anak yatim dari Yayasan Al Bukhary pon ada. Lepas makan, tengok depa buat persembahan. Macam nak tunjuk budaya dari negara masing masing la. Malaysia, Indonesia, Somalia, Somaliland, Uzbekistan, Kovosko, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, India lagi apa tktau aku dah tk ingat. Yang paling best of course lah Malaysia =) Mula mula memang best. Lama lama dah start boring sebab mengantuk & penat. Sebelum balik sempat cuci mata tengok sorang abang dari China & sorang lagi dari Nepal. Yang China tu tkdak rupa apek langsung, same goes to Nepal tu. Muka Melayu. Hensem..depa cool. Mamat lain ada yang tehegeh hegeh. Mattop jangan marah..hihi.

Ahad, iaitu hari ni. Sepupu sepapat dari Shah Alam bertolak balik pukoi 3 petang tadi. I will miss you Isyraq Hafeez :') Pukoi 4 lebih, abah mai amek semua 6 beradik sebab nak pi rumah makteh, ada makan makan. Lebih kurang open house lah. Tapi disebabkan beberapa masalah, cuma 5 beradik ja yang turun, manakala kakak terus straight away abah hantaq pi KMK. Sampai sana tengok ramai orang sampai segan nak masuk. Makan laksa dan mee sahaja. Laksa sedap, mee pon sedap tapi pedas so aku tk habeh. Lebih kurang 8.30malam geng anak anak dara berjalan kaki ronda satu taman. Lepastu lepak sat kat rumah dan abah ajak balik. Esok kan sekolah so tk boleh balik lewat sangat. Dahla aku jenis susah bangun pagi.. -.-

Esok, the normal routine will begin. Sangat membosankan. Tkpa, PMR lagi dua minggu. Lepastu boleh bergumbira. =) Oh and again, Al Fatihah buat kedua dua arwah. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

p/s: Berhati hati di jalan raya. Ingat orang yang tersayang.

No comments:

Post a Comment