Assalamualaikum
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. Awai awai start countdown kat sekolah, PMR lagi 100 hari (dan ke atas). Lepastu turun puluhan hari. Lepastu tinggal sebulan. Sekarang? Lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Mengikut countdown machine kat sekolah aku tu, PMR lagi sembilan belas hari. Sepuluh hari kemudian akan tinggal sembilan hari, tolak dua hari tinggal seminggu. Bulu roma ni sampai tk larat nak cerink dah. Tapi lagi cepat lagi bagoih sebab boleh enjoy awai hihi. Cikgu ada remind kami, sapa yang rasa tk mampu tk payah dok target tinggi tinggi takot frust, so amaran tu macam pelempang aku sebab selama ni memang rasa macam aku tk mampu tapi tetap dok target 8A. Bila pikiaq pikiaq balik, aku nak jugak target 8A sebab aku nak usaha. Kalau target rendah, usaha pon halai balai (menurut pendapat akulah). Dapat ka tk dapat belakang kira. Yang penting usaha =)
Budak budak UPSR dah boleh meloncat dah harini. Tk adil sungguh exam tiga hari ja -.- Makin besaq exam makin lama. PMR seminggu, SPM sampai nak dekat sebulan. Tkpa la aku tk jeles tera mana pon UPSR habeh dah. Hang tengok nanti PMR habeh aku tk lekat kat rumah aih. Kira nak menggedik saja. Haha
Memandangkan PMR lagi 19 hari, harap harap semua calon termasuk aku sedar diri la kot noh. Sudah sudah la tu enjoy. Cukup cukup la main. Tinggai sat pakwe/makwe kat tepi, bukan depa nak tentu result kita elok ka dak. Orang lain cuma boleh tolong support dan doakan untuk kita saja, selebihnya terletak pada diri kita sendiri. Kurangkan facebook/skype/twitter/blog dan apa kejadah lagi, nanti dah habeh exam melangut la depan laptop sampai buta mata pon tkdak sapa dah nak hingaq. Banyakkanla usung buku ke sana ke mari. Sampai bila nak enjoy..bukan ada manfaat pon walaupon enjoy tu memang syok =) Sat saja, 19 hari, exam seminggu, lepastu boleh enjoy sampai hujung peta Malaysia pon tkpa. Medan peperangan akan bermula! (tangan tumbuk ke udara)
Cakap pasai facebook dan medan...
Aku besa baca kat majalah Solusi, ada ustaz tu kata facebook ni hukumnya harus (bergantung pada niat seseoranglah). Harus sebab tk silap aku wujudnya urusan jual beli antara pihak Islam dan pihak orang yang buat facebook ni. Tau kan yang kita dok berfacebook ni menyumbang kepada dana Yahudi or what so ever. Tapi aku tengok sekarang ni makin ramai pulak orang Islam yang menyalah gunakan facebook. Sampai haritu ada ura ura kata facebook nak tutup kat Malaysia ni, puncanya? Lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Tapi actually kalau kita manfaatkan sepenuhnya facebook ni, memang memudahkan urusan harian. Ada saja yang keluaq kat Harian Metro, cerai sebab fb, bunuh sebab fb, sihir sebab fb, belasah pon sebab fb, fitnah berlambak lambak kat fb. Orang orang macam ni memang tktau diuntung, tk sedar diri. Dah ada kemudahan fb & internet kat rumah, dok buat dajai kat orang. Ingat diri tu bagoih sangat sampai fb ni jadi medan maki hamun orang lain, buat cerita buruk, even kutuk cikgu pon ada.
Berdasarkan pemerhatian aku kat fb sekarang ni, ada sesetengah pihak yang dulunya berkawan rapat bagai nak rak, muah sana sini, makwe/pakwe keliling pinggang, sakan wtw dok i love you you love me, la ni apa sudah jadi? Update status lawan maki hamun. *statement ini tidak ada kaitan dengan yang hidup atau mati, kalau ada tu kebetulan, ini rekaan semata mata, kalau terasa mampoih pi kat hang* Kalau lagi teruk nanti adalah yang buat geng bini-biniku gangster, pi serang orang sampai kasi gegar alor setar ni. Lepastu keluarlah kat muka depan Harian Metro dengan bangganya memaparkan budak sekolah menengah yang bertindak langsung tk pakai otak. Bila dah jadi kes polis, maka adalah rekod buruk. Bila ada rekod buruk, ada ka matrik/kolej/universiti yang nak terima kita lagi? Ada ka mana mana tempat keja yang mau terima gangster? Muda muda ni syok la. Mai besar..kira nak songlap duit orang buat suap anak bini. Keja tepi jalan jual cetak rompak/mercun/apa apa saja yang sudah terang lagi besuluh duit hasil jualan tu haram. Hidup segan, mati tkmau. Kecik kecik menyusahkan mak bapak.
Tk kisahla kes facebook atau apa ja. Apa yang kita buat, orang tengok tau. Kalau perangai kalah iblis, orang akan tanya, "ish anak sapa la tu, tera beruk la ni pon cerdik" (rise of the planet of the apes). Kasi bangga la sikit mak bapak besarkan kita, dok conteng arang kat muka depa. Tapi bila dah keluar statement "jaga lubang kubur sendiri" payahla. Buat pa dalam silibus agama tingkatan satu/dua/tiga ada 'Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama' kalau dah asyik nak jaga liang lahad sendiri kan?
Aku bukanlah nak kata aku baik sangat. Dak pon, aku tau aku sapa. Sama sama la kita tegur menegur. Nak tegur secara direct pon payah, manusia zaman la cepat melenting termasuk aku. So kat sini sajalah medan aku nak tegoq pon =)
No comments:
Post a Comment