Assalamualaikum
Minggu ni minggu terakhir program titian harapan kat sekolah. Dan jugak minggu terakhir tusyen kat inovasi utara. Kemungkinan besar jugak minggu terakhir aku online. Hmm..semua ni menandakan minggu depan PMR akan start iaitu pada hari Selasa. Ramai sungguh senior yang baik hati remind aku pasai PMR, especially kakak kakak aku yang maha pulun tu lah kan hehe. Ada yang sampai lagi terlebih pulun pi post kat wall aku dok buat countdown. Tk berapa nak gemar aih laguni..aku taula aku yang PMR. Hat kakak aku dok remind tu tkpala dah depa kakak aku. Yang hang dok buat prihatin sangat pasaipa..aku paham hang pandai. Pi hingaq kat awek hang tu lagi ada faedah. Sikit aku tk heran hang dok buat countdown. Aku pon terer aih bab bab countdown ni. Nasib kening hang tebai. Kalau nipis memang aku cukoq sampai habeh dah aih.
Ok mampoih pi kat dia.
Petang ni nak kena pi cyber cafe sebab nak print borang permohonan SMT Alor Setar tu. Kemudahan kat rumah memang dah lengkap segala galanya..laptop ada printer pon ada siap boleh fotostat lagi tapi semua tu tk bermakna apa apa kalau tkdak ink -.- Ni semua folio geografi punya pasai la, punya aku pulun buat sekemas mungkin sebab nak dapat A. Harap harap berbaloi usaha aku =) Rasa sedih tu memang ada lah sebab kebanyakan member aku boleh buat permohonan kemasukan SBP tapi aku tk boleh! Mesti something wrong somewhere ni hahaha. Aku baru dapat tau tadi bahawasanya borang MRSM dah habeh akibat sifat tamak sesetengah calon PMR yang membolot semua borang tu sampai kami pon tk sempat. Menurut sumber yang boleh dipercayai, katanya borang tu sepatutnya direbut sesudah trial PMR selesai. Tkpalah..tkdak rezeki aku nak masuk SBP & MRSM. Mungkin rezeki tu ada kat teknik..siapa tahu =)
Semalam aku bagitau mama tentang plan aku kalau tkdak rezeki kat mana mana SMT. Aku bagitaulah yang mungkin aku nak pindah pi bukhary. Dan mama pon menggunakan kuasanya sebagai seorang ibu kandung, beliau tk bagi aku pi sana. Mama kata elok elok duduk sekolah level A, nak pi sekolah level D buat apa? Haha sentap sat aku. Aku tktau pulak yang selama ni sekolah bukhary dianggap sekolah level D. Mama yang kata! Aku tk kata apa nah.. Dan mama bagi cadangan yang memberatkan hati aku nak terima cadangan tu, iaitu mama suruh pi ampang kalau tk dapat teknik. Fuhh..memang cabaran besaq tu. Bayangkanlah kalau aku masuk ampang, memang tobatlah akan timbul gosip mengatakan aku pi sekolah tu semata mata nak jumpak mattop. Memanglah betui "persetankan apa orang nak kata" tapi nanti aku jugak yang tk selesa dengan gosip tu semua. Tk sanggup aih..
Hari khamis ni ada yang kata nak buat majlis bacaan yasin kat masjid aman. Kalau betui ada memang aku nak join (tu pon kalau keadaan mengizinkan). Walaupon kami sekolah cina, kami masih menitik beratkan semua tu tau. Tu pon masih ada lagi sesetengah orang yang berfikiran cetek ataupon cakap tk pakai otak, kata semua pelajar melayu yang sekolah cina ni ikut sama kapiaq. Pelajar aliran agama pon ada yang jadi bohsia ok..siap pakai baju ketat MANGO & rambut bekarat lagi. Bukan rekaan. Aku tengok sendiri kat tv3 =)
Keadaan kat facebook sekarang makin havoc dan menjadi jadi. Tkmaulah masuk campur..tapi aku sebagai salah seorang saudara Islam yang mempunyai rasa tanggungjawab (cehh), nak nasihatkan tk payahla begaduh lama lama, tambah tambah kat facebook yang satu malaysia boleh tengok. Buat malu ja kalau orang yang berlainan agama tengok kita berperangai tk matang & buruk dok begaduh kat facebook. Kan?
No comments:
Post a Comment