Assalamualaikum
Students tingkatan tiga sekarang kebanyakannya sedang gemuruh/ketaq/nervous/gabra/kalot or whatsoever. The medium-sized monster is coming on this 4th October (the giant-sized monster, of course, SPM). Yang bersungguh sungguh nak dapat 8A tu, mestilah bertungkus lumus buat latihan ataupon baca apa apa saja sampai tk ingat dunia, kesan sampingannya ialah eye bag. Dah ada sikit sebahagian rupa panda. Aku pon ada. Tapi aku tk la mendabik dada ingin mengatakan aku pulun belajar sampai 3-4 pagi. No! Aku tk stay up untuk belajar sebab aku tk boleh. Kalau mengadap laptop tu boleh..haha. Tidur lewat dan bangun awai ialah satu benda yang paling aku nak elakkan sebab pagi seterusnya aku akan mengalami sakit kepala yang teramat sangat lalu hilang lah mood aku lalu tk syok lah hari aku lalu hidup aku tk ceria dengan lawak jenaka aku sendiri. (conclusion)
Program Titian Harapan kat sekolah aku tu sangat sangat sangat membantu aku. Mulanya aku dok ingat titian harapan ni macam membosankan dan entah apa apa. Alhamdulillah setakat ni sepanjang dok buat latihan & semak jawapan, aku tk penah lagi tidoq macam aku selalu buat dalam kelas biasa. Banyak yang sebelum ni aku tk paham contohnya subjek KH, Science, Sejarah, Mathematics & boleh dikatakan semua lah, sekarang ni aku dah paham sedikit sebanyak =) Patutlah ramai senior aku yang kata kena tumpu betui betui kat titiaan harapan, cikgu disiplin pon sampai kecualikan batch tingkatan tiga daripada di-spot check kan semata mata tkmau ganggu kami sepanjang program tu. Sekolah lain pon mungkin ada jugak buat program macam ni, aku tktau, tapi memang untunglah kalau ada. Thanks to all Keat Hwa's teachers yang sangat memahami.
Paperwork yang depa bagi tersangatlah banyak. Satu hari beratus ratus soalan walaupon hanya dua subjek. Tambah tambah kalau KH, sejarah & geografi. Kalau yang tk terer macam aku ni, memang penat lah nak jawab sebab asyik kena selak buku nak cari jawapan. Kadang kadang sampai rasa nak give up. Kalau dah rasa cukup menyampah dok selak buku tu, pakat jawab ikut kata hati ja. Bila semak jawapan & salah, mula la nak bebai (tujukan kepada diri aku sendiri). Padahal aku yang kalot nak perabeh.. -.- Tk habeh pon tkpa. Salin jawapan dan balik sambung jawab kat rumah. =) Tapi biasa la manusia normal macam aku memang selalu kalot dan nak perabeh semua benda walaupon tk mampu. Bila dah salah, memang rasa geram sebab penat aku dok selak buku sampai naik juling bijik mata. Tambah tambah kalau careless mistakes. Rasa nak ganyang muka sendiri sebab soalan dah senang tahap gaban boleh buat silap lagi. Cukup benganggg
Selalunya orang kata practice makes perfect. Tapi rasanya mistakes pon make perfect jugak kan? =)
Semua orang pernah buat silap (I'm talking about silap dalam pelajaran. Bukan dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni). Orang paling pandai pon ada jugak silapnya, toksah dok sombong la, kita bukan perfect tera mana pon. Okay aku bukan nak bangga lah tapi aku rasa macam aku agak berkebolehan dalam subjek sejarah & english. (bukanlah bermakna aku bodoh dalam subjek lain) Kadang kadang aku ada terasa bangga jugak kalau dapat markah tinggi, memang tk dinafikan. Aku bukanlah alim/warak yang boleh tepis perasaan bangga diri tu dengan petik jari saje. Dan aku rasa perangai macam ni tk bawak untung pon. Tapi yang markah rendah tu mungkin untung the next time, sebab kita belajar dari kesilapan. Bila kita tau kita silap, we wont do the same mistake again and again.
Aku rasa aku beruntung kalau dalam program titian harapan ni, banyak salah (yang tk disengajakan) yang aku buat. Kalau aku salah bermakna aku tk faham. Dan bila cikgu bagi & terangkan jawapan yang betui, barulah aku faham & ingat. So aku tkkan buat lagi. Kalau dulu aku malas, bila dah sedar diri yang aku budak PMR tahun ni aku mula cari sebab pasaipa jawapan aku salah. Aku cari sendiri jawapan yang betui walaupon keja ni kadang kadang meremehkan kepala otak aku. Contohnya, tadi ada 2-3 soalan KH tentang pengiraan kos eletrik. Sebelum ni aku tk penah salah kalau keluar soalan tu. Tapi tadi bila keluar ja soalan tu, semua salah! Fine. Balik tu aku kira sampai dapat, pusing sana pusing sini last dapat jugak. Dan aku pon tersenyum bahagia..
We learn from our previous mistakes. Kawal-kawallah dan bawak bersabarlah kalau kita dapat markah lebih tinggi daripada orang lain. Bahaya penyakit bangga diri ni.. Kalau Allah SWT nak tarik balik kita punya pandai kat PMR nanti, memang naya. Yang sebelum ni boleh dapat 80 and 90 above, tiba tiba mai tang PMR terus turun B, C, D atau lebih teruk E. Tk payah sombong..tolong jiran kiri kanan. Blow your own trumpet ni tkdak untung pon. Orang menyampah lagi ada la. =)
No comments:
Post a Comment