Assalamualaikum
The same routine on every Friday - balik kampung. Begitu jugak harini. Sebenarnya aku keberatan nak balik kampung sebab nenda sorang sorang kat rumah.. Selalunya kalau balik kampung, pukul 11 malam baru sampai rumah. Aboy keja, tata pon tkdak. Hmm..tkpalah I'll think about it later. Abah nak buat makan makan kat kampung harini sebab kemaren birthday yaya - anak kesayangan beliau. Yaya dapat hadiah yang sangat kontra, aboy bagi keta control & nenda pulak bagi compact powder. Aku dapat tengok muka yaya bila dapat compact powder tu hahaha. Dia macam bingung, "Macam mana la aku nak pakai benda alah ni.." Tapi bila dapat keta control, she was delighted! Harap harap adik aku ni kekalkan sifat keperempuanan dia sampai besaq. Jangan la jadi songsang..nauzubillah.
Semalam ada orang call. Beliau tunggu sebab aku tk reply msg beliau. Maxis buat hal semalam, aku nak buat call-me-back tk boleh. Kredit tu memang ada, RM0.22 sahaja tapi airtime dah habeh. Ok la tu 22sen kan? Haha lepaih 22 msg. Tu la topup lambat sangat..kan dah tk boleh msg dah. Begitu jugak dengan sorang hamba Allah ni. Kemaren dulu sehari tk tegoq aku. Kemaren adalah hantaq satu msg.. Masa tu aku tktau lagi airtime aku habeh dah tapi malas nak reply =) Bukanlah nak balas dendam tapi memang malas. Moralnya di sini ialah jangan buat apa apa kat orang lain yang orang tk suka. Nanti kena kat kita balik. What goes around comes around =) Hahaha apa kejadah la aku merepek ni.
Kemaren sekolah aku baru dapat jadual PMR. Semua ada dalam tu.. macam iklan selalu kata semua dalam satu. Arahan kepada pengetua, ketua pengawas peperiksaan dan calon. Amaran pon ada..memang menakutkan. Boleh terbatal semua keputusan peperiksaan. Gila lah! Kalau jadi kat aku macam tu, tk teragak agak lagi aku akan masuk Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Penat aku belajar tiga tahun semata mata untuk PMR ni.. tiba tiba boleh batal. Tu pon kalau aku buat benda bodoh yang boleh mambatalkan result lah =) Macam calon lain jugak, normal la kalau benda pertama yang aku tengok bila dapat jadual tu ialah bila habeh PMR tu. 3.50 petang tu kira boleh berambu ayaq mata lah kononnya sebab terlampau syok sangat haha.
Semalam memang aku tidoq awai gila. Pukul 8 lebih tu tengah lepak lepak atas katil dalam keadaan kaki ke mana kepala ke mana sambil baca buku contoh karangan english. Entah macam mana dan bila..terus lena. Nak kata letih sangat haram aku tk buat apa pon. Tejaga pukoi 7.30 pagi, tengok tengok elok ja kepala dok atas bantal siap selimut lagi dalam posisi yang sepatutnya. Tktau lah sapa yang baik hati angkat aku yang maha berat ni haha. Bila dah tejaga tu memang tk boleh tidoq dah sebab senggugut menyerang. Aku dah mula jadi cacing kepanasan walaupon muka ni dok bajet macam tkdak apa apa yang berlaku. Bangun macam biasa dan buat apa yang sepatutnya lepastu makan dan tengok tv. Boleh la rilek sat sampai tengah hari..tapi senggugut makin agresif. Aku tk tahan. Terpaksa masuk bilik dan tidoq balek nak bagi senggugut lega. Makan ubat? Jangan harap..
Try layan kat youtube lagu uncharted - sara bareilles. Lepastu tengok sorang budak lelaki berambut kembang, muka macam orang tua, pakai spek mata, baju warna biru. Ekspresi muka dia memang mintak kaki -.-
No comments:
Post a Comment