Wednesday, January 25, 2012

Peek a boo

Assalamualaikum

Oh yeah! Akhirnya dapat jugak aku curi peluang nak update blog harini. Last aku update bila tktau? Hari sabtu kot kalau tk silap, sebab ahad petang tu aku balik kampung. Oh memang best gila lah. Aku rasa kalau tiap tiap hari aku dok kat kampung, tk mustahil aku boleh jadi segemuk-gemuk manusia. Dok sana memang tk buat keja apa melainkan makan, ronda, tidoq, main mercun dan makan lagi. Aku tidoq sana satu malam je lepastu balik. Malam tu ada makan makan. Ayam, sayur kailan, kambing, burung, sotong, udang, ikan dan macam macam lagilah. Rumah dipenuhi dengan orang, dari dapur sampaila pintu depan. Selesai makan, main mercun. Selesai main mercun, aku, kakak aku & dua orang sepupu aku lepak tepi sungai sampai 1 pagi. Ah memang best ah! Main mercun lepastu menyembang tk ingat dunia. Sampai paksu kena cari kami naik moto & guna torchlight. Haha best memories ever! Nasib baik jugak lah sepupu Bangi tu tk ikut balik, kalau dak aku mesti awkward punya. Kakak aku yang sulung tu pon tk balik jugak. Tapi agak mengejutkan bila tengok 'seseorang' tu turut join. O M G

Petang Isnin, balik mai rumah nenda, ada birthday party untuk kami yang birth date nya pada bulan Januari & Februari. Ada dua bijik cake, 1 chocolate cake dan 1 lagi cheese cake specially from Secret Recipe. Cheese cake tu memanglah sedap tapi sepotong pon aku tk boleh nak habiskan sebab terlampau cheezy. Memang gemuk lah aku hari Isnin tu, sebab sebelum balik aku dah makan nasik kat kampung. Balik rumah makan KFC & cake pulak. Aku dah tk mampu nak sumbat bihun, koeyteow & laksa walaupon semua tu nampak sedap. Ayam KFC pon aku gagah jugak dan aku pilih ayam terkecik. Tapi chocolate cake tu memang piaw ah! Sedap gila! Rasa nak tambah pon ada tapi aku sedar diri, kalau gemuk aku jugak yang merana. Aku dapat hadiah from mama, iaitu novel bertajuk Diary of a Wimpy Kid : The Ugly Truth. Oh yes mama memang sangat memahami yang aku sangap nak novel tu! Aku baca dah nak habeh dah dan serius lawak gila, gelak sorang sorang aku. Dan hari yang sama jugak aku jadi model (ah nyampah sangat) tudung. Nana (my aunt) jual tudung and she asked me to be the model so that she can put the pictures in her blog. Mulanya aku agak malu malu tapi quite ok lah. Tkdak lah pro macam Hana Tajima or Maria Elena or Fatin Liyana kan.







Ok awkward.
For more 'whatever' pictures of me, please go to
CasualMuslimah
And yesterday was the awesome day ever. I got a new phone and I was soooooo excited. Abah called me and he said, "Ijan, ambik Nexus la nah. Ijan siap, 10 minutes abah sampai." Bila aku hang up the phone, I screamed as loud as I can! Dan tk lupa juga I jumped like a fat kid got a chocolate! Gila memang teruja tahap tk hengat ah aku time tu sebab I've been waiting for ages to get a new phone. Sebab tu la teruja macam orang gila dapat keluar dari hospital mental. Kakak aku pon ikut jugak sebab dia pon nak beli phone baru but she used her own money lah. Kami menuju ke cp dikala jam menunjukkan pukoi 8.12pm. Cp memang sunyi ah sebab kebanyakan kedai dah tutup. And we went to one of the shops yang jual handphone, and I saw Samsung Galaxy S II, Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Ace, W, Y and so on. Aku mulalah rambang mata sebab abah nak belanja one hundred percent. Aku tk keluarkan sesen pon. Ah bahagianya hidup ini. Setelah membelek itu dan ini, akhirnya aku putuskan, I took Samsung Galaxy Nexus.

I LOVE MY NEW PHONE

Unfortunately, this type of phone only got one colour, that is BLACK. Ah hitam pon hitam lah. Aku selalu dengar orang cakap, "Black is elegant." Totally right!

Tadi aku pi kenduri, kawan abah kahwin. Dua-dua budak kopitiam. Pengantin lelaki namanya Awie, 20 tahun. Pengantin perempuan namanya Ira, jugak 20 tahun. Nasib baikla aku tk pakai baju kurung warna merah tadi, kalau dak warnanya memang sama sebijik macam mak si pengantin lelaki. Abah & kakak aku belasah sampai 2 pinggan, aku sepinggan je memandangkan aku malu. Hahah tkpa, kat rumah pon ada nasik jugak kan. Aku ada snap gambar pengantin tadi tapi malas pulak nak upload memandangkan internet slow. Ok nak pi layan maggi. Bye =)

Friday, January 20, 2012

Can't get my hands off you

Assalamualaikum

Akhirnya setelah sekian lama, aku baru dapat nikmat bangun lewat. Hahah so over. Semalam seperti biasa, balik kampung. Kali ni ada kelainan sebab Lang Fazrul (my cousin) together with his wife and his two kids. Anak lang yang bongsu tu gila comel macam gula gula kapas! Gebu putih pink montel! Namanya Adam. Lutut tu memang tk kelihatan la sebab terlampau banyak isi kat kaki dia. Pipi pon menghimpit mulut dia sampai mulut tu jadi kecik haha comel sangat. Rambut lebat & mata pon besar. Isk geram gila aku. Tapi aku tk boleh pegang dia banyak kali sangat sebab dia cepat nangis. Ah sampai sekarang aku tk boleh nak lupa kecomelan dia. Muka dia lebih banyak mewarisi muka mak dia. Putih melepak macam salji. Aku suka sangat pegang baby comel macam tu haha ala ala baby dalam gambar Syifa Majid tu kan. Kalaulah dapat baby secomel tu..memang best dipeluk. Hmm aku harap anak aku nanti comel tembam gebu mata bulat banyak isi. Hahaha berangan teroks. Oh ye semalam kat kampung dapat makan gulai maksu, setelah sekian lama tk dapat.

Memandangkan aku tkdak idea harini. So aku nak buat countdown satu benda. =)

TOP 10 MOST RICHEST FEMALE
 SUPERMODELS IN THE WORLD

10
Carolyn Murphy (USD1.8M)
175cm
39 years old

9
 Miranda Kerr (USD1.8M)
175cm
29 years old

8
 Daria Werbowy (USD2.7M)
176cm
30 years old

7
 Natalia Vodianova (USD3.3M)
176cm
30 years old

6
 Alessandra Ambrosio (USD3.6M)
178cm
31 years old

5
 Doutzen Kroes (USD3.6M)
178cm
27 years old

4
 Adriana Lima USD4.8M)
178cm
31 years old

3
 Kate Moss (USD5M)
169cm
38 years old

2
Heidi Klum (USD9.7M)
176cm
39 years old

1
Gisele Bundchen (USD15M)
178cm
32 years old
Bayangkanlah betapa mewahnya hidup depa dengan kerja yang semudah ABC. Bukak baju, buat muka sehabeh bajet, orang amek gambar, puff terus dapat sejuta. Tk perlu susah payah kerah kepala otak atau kerah tenaga nak buat apa apa. Hmm boleh shopping tiap tiap hari noh? But money can't buy health & happiness =) Alhamdulillah. Oh yee..I got this thing from HERE

Thursday, January 19, 2012

H O L I D A Y S

Assalamualaikum

Harini aku digemparkan dengan berita tentang semakan kemasukan ke SBP. Sebelum ni ramai pakat heboh, sepatutnya keputusan tu keluaq esok iaitu 20hb. Tiba tiba tadi teacher aku tegor, dia kata dah check ke kat internet pasai SBP? Aku cuak sebab aku rilek cool jer selagi belum 20hb. Tapi dia cakap, dia dah check semalam & ada. Aku dah try google, tkdak pon. Yang banyaknya, untuk form 1. Tiba tiba aku rasa form 4 ni macam disisihkan. Ah sedihnya. Tkpalah nanti aku tunggu member member lain, kalau depa dah boleh check then I will. Eh tetiba rasa ketaq. Agak agak aku dapat dak? Aku mintak SM Sultan Abdul Halim, or better known as Jenan. Kalau aku dapat, aku nak pi dak? Rasa macam leceh la nak berhijrah 2-3 kali ni. Tapi aku takut aku rugi kalau tk pi. Haii delima! Abah & mama pon dah kata, depa ikut aku ja. Sama jugak macam nenda. Tapi masalahnya aku pon tktau aku nak pi ka dak. Mampu ke aku nak jadi manusia independent bila dah stay kat asrama nanti? Mampu ke aku bertahan sampai 2 tahun kat sana? Kalau tk mampu, agak agak apa jadi kat aku? Mungkinkah aku akan kembali ke keat hwa jugak nanti? Ah aku serabut

Last sekolah harini, cuti raya cina seminggu. Haha sukanya aku, sebab the 3 little musketeers tu cuti 3 hari je. Harini aku banyak buat silap. Actually tk banyak, satu je. Aku terpedaya dengan lawak jenaka cikgu kaunseling kemaren, katanya ada semayang hajat. Aku pon usaha la bawak telekung, semata mata aku tkmau guna telekung kat surau sekolah. Dan memandangkan harini ada subjek LK, aku bawak jugak beg peralatan kejuruteraan yang besaq gedabak dan maha berat tu. Padahal aku tk patut bawak, sebab aku tau dah bahawasanya harini dapat buku teks. Tapi nasiblah bukan aku sorang je bawak, ada lagi budak budak lelaki kelas aku yang bawak. Tklah malu sangat kan haha. Oh ye harini tk belajar sangat. First period, kami buat pilihan untuk carta organnisasi. Monitor & his assistant dah ada, cuma nak cari jawatan lain je. Aku jadi bendahari haha, again. Aby jadi setiausaha. Lepastu aku tk ingat dah.

Cikgu LK masuk kejap je, sebab kena pi amek buku teks. Aku ingat tklah banyak mana pon..tapi 25 buah! Terkejut beruk aku. Banyak sebab physics, chemists, add maths, maths, engineering studies & engineering drawing tu buku teksnya dapat both in BM and BI. Tu yang jadi banyak. Dah dapat buku tu, kena pegi kantin sebab macam biasa, kena isi nombor siri. Dalam perjalanan ke kantin tu, borang aku melayang layang. Dahlah aku sorang. Ah malu! Nasib baikla ada senior lelaki menolong. Sumpah memamg aku malu gila. Kalau ada orang yang teman aku masa tu, tk lah malu sangat. Nasib baik borang je yang jatuh. Kalau buku teks aku jatuh bertaburan, berganda ganda lagi la malu aku hahah -_- Masa tengah sibuk mengisi borang, matpit tegoq aku. Ah aku lupa tanya dia pasai Afif Lutpi! Dan matpit masih setia dengan songkoknya haha. Haritu masa first day aku masuk, dia masih berambut panjang & tk pakai songkok pon. Ok biaq, who cares

Selesai isi nombor siri buku teks tu, kena bawak buku teks bawak ke kelas. Woh yang ni memang seksa gila! Jarak dari kantin ke kelas memang nalllaaa punya jauh! Dahlah berat 25 buah buku teks tu hanya Tuhan yang mengetahui. Adalah a few students yang tegor, "Nak kami tolong ke?" Tapi haram tk tolong pon! Aku rasa sikit lagi bahu aku nak terkeluor tadi. Berat sungguh, aku tk tipu. Kalau hari hari aku angkat buku teks banyak tu, memang boleh naik muscle la kat lengan. Jimat duit tk payah pegi gym. Aku jalan tekedek kedek ke kelas dengan Humaira. Maka jadilah kami seperti penguin berbaju oren dan bertudung hitam. Akhirnya berkat usaha gigih kami, sampai jugak ke destinasi. Aku agak kagum lah dengan kekuatan aku sendiri haha sebab angkat semua buku teks tu dengan usaha aku sendiri. Bayangkanlah buku teks 10 subjek tu. Entah berapa kilogram yang aku angkat tadi? Dan agak agak kena bawak buku teks dua-dua bahasa ke nanti? Ah mampus dah aku. Buku banyak, kalau tk dapat straight A nanti memang kena hantuk kepala

Agak lebih kurang macam ni la buku aku tapi tk lah setebal ni.
Macam mana pon, aku tetap terseksa

Harini dengan gembiranya aku nak bagitau yang aku dapat makan nasik dengan ayam goreng kat sekolah! Ya Allah sedap gila walaupon hanya berkuahkan sambal! Kenyang sampai rasa ketat seluar aku tadi haha rahsie. Aku makan dengan Aby & Ku tadi. Ku makan sampai licin, tk tinggai sebutir nasik pon haha. Rasa macam orang pelarian baru jumpak nasik je. Ayam goreng aku amek bahagian wing tadi, ala ala ayam KFC pon ada aku tengok. Haii berbaloi aih RM2.50 aku tadi. Air pulak, aku kongsi duit dengan Aby, tapi kongsi air dengan Ku sekali. Aku tk bagi Ku beli air sebab aku tau dia tkkan habeh. Bahagia aih aku dapat makan nasik tadi haha. Lepas rehat, ada ceramah kat surau. Some kind of ceramah motivasi la, bekas pelajar astech yang bagi ceramah tadi. Sekarang ni beliau dah jadi lecturer yang berjaya. Waaa dasyat nye. Aku duduk belakang sekali dengan Aby, Yat & Iman Sebawai. Dok begelak ketawa haha tapi dalam keadaan yang terkawal. Begelak ketawa pon, aku catit nota dalam buku Yat sampai dua setengah muka surat tau haa jangan memain. Lepak sekali dengan teacher & cikgu kaunseling. Masa tulah teacher tegor aku & Yat pasai SBP tu. Hmm

Selesai ceramah, dah boleh balik. Aku teragak agak cemana nak bawak buku teks sampai ke pagar sebab aku cari Dinna tk jumpak! Mulanya Dinna kata dia nak tolong aku, tapi dia tolong Humaira. Haha tkpelah, mak temah tk kisah pon. Aku & Aby bawak sekerat sampai kat kerusi batu tu lepastu kami stop sebab nak telefon. Tapi public phone kat astech tu pelik! Aku tk reti guna! Ah sadisnya sampai ada senior yang gelak kat kami -_- Nasib baiklah si Wan Ijau tu ajar kami. Akhirnya Aby berjaya called mak dia dan aku berjaya called abah. So terkedek lah pulak kami pi kat bustop kat depan dengan Syarafina sekali. Shue pon ada. Nasib aku baik, keluar je pagar sekolah abah dah ada. Dan abah tolong aku masukkan buku teks dalam bonet kereta. Harini, aku boleh pi Pak Tat setelah sekian lama tk pi. Tapi tk makan pon sebab aku kenyang lagi makan kat sekolah. Risau jugak aku kalau asyik makan nasik ja, lama lama gemuk lah aku. Yang paling best harini, hari last sekolah! Cuti seminggu! Oh nikmatnya..

Tiba tiba aku tk sabar nak bercuti ke pantai bulan Mac ni. =)
Ahad ni, aku balik kampung dan tidoq sana. Satu malam je, Isnin aku dah balik. Aii tk sabonye. Lepastu MAYBE hari Khamis kot, rancang nak keluar sebab sambut birthday aku. Birthday aku actually 29hb, tapi kena sambut awal ler sebab nanti tkdak masa dah. Dalila cakap nak pi Star Parade, sebab boleh singgah Kopitiam nanti. Ah aku setuju sangat! Nak jugak aku mengebat masakan abah hihi bestnye. Yang paling best, boleh jumpak member sebab dah lama sangat tk jumpak iaitu Dalila, Syafiq & Syaza. Tu pon kalau depa boleh join lah. Sarah & Yat pon aku ajak tapi tktaula depa mau ka dak. Yang penting aku ajak =)

Ok aku lapar. Bye!

Wednesday, January 18, 2012

Lu ader?

Assalamualaikum

Setakat ni, lagu yang paling aku benci ialah lagu yang Aqasha nyanyi untuk drama Gemersik Kalbu tu tapi aku tktau tajuk lagu apa. Yang "gigit telingamu blabla". Hoi cubala pikiaq guna kepala otak masa nak buat lirik tu! Jangan pakai kepala lutut sebab kalau pakai kepala lutut jadi macam tu la. Dah memang aku benci, bertambah tambah benci aku dengan suara kakak aku tak seberapa sedap tu dok nyanyi lagu tu tepi telinga aku. Eeei boleh buat mood aku rosak! Suara tu not a big problem sangat lah tapi lagu tu. -_- Hmm ok abaikan. Kemaren birthday adik aku dan dia dapat a few presents. Mama bagi music box and she was so delighted sebab dia kata dia tk penah dapat music box. Lepastu aboy bagi patung stitch. A big and adorable stitch! Haii bahagianya kalau birthday aku nanti ada lelaki idaman bagi baju yang paling tercantik dalam dunia. Ataupon lelaki idaman bagi wish tepat 12.00am pon dah cukup perfect bagi aku hihi galaknye. Tapi masalahnya aku tkdak lelaki idaman setakat ni. Macam mana?

Macam yang aku bagitau kemaren, harini ialah hari penutup minggu suai-mesra untuk tingkatan 4 tahun 2012. Aku rasa sangat sedih sebab orientasi memang best! Dan aku tk paham pasaipa Imah & Hanim kata orientasi tk best. Masuk pagar, aku dah nampak Aby tengah menunggu aku dengan speknya. Aku tau pasaipa dia pakai spek awai awai pagi. Nanti dia tk nampak aku hahaha ok tk lawak. Lepastu kami jalan dengan Amirjah, Sarah & sorang lagi member Amirjah, jalan pi Dataran Prime. Tadi kak Sharifah kot jadi emcee masa perhimpunan tk rasmi. Seperti biasa baca doa, nyanyi lagu Negaraku & guru bagi ucapan. Lepastu semua form 4 termasuk students baru menuju ke dewan. Mulanya kami semua dapat duduk atas kerusi tapi disebabkan sikap kami yang tkmau penuhkan tempat duduk di hadapan, so cikgu suruh semua duduk atas lantai hmm memang aku suka pon -_- Mula mula tadi faci semua handle budak budak baru untuk diserap masuk dalam kumpulan 1-10. Kumpulan aku ada berapa entah budak baru tapi semuanya 24 orang. Yang aku ingat nama depa, Farah, Aida, Afiza, Wan, Shahrul, Anuar, Razi, Firdaus & Ayie. Yang lain semua budak budak lama hihi.

First activity tadi, kena ingat nama setiap ahli kumpulan. And once again, kumpulan 7 failed untuk ingat nama ahli. Mungkin budak yang ditanya tu, budak baru kot. Lepastu kena denda. Yang bestnya, Aby ada dalam kumpulan 7 haha. Depa kena chicken dance. Ish aku suka tengok orang chicken dance! Comel gila! Tapi aku tk suka kalau aku sendiri kena chicken dance hehe nasib la tk penah kena. Lepastu dalam group tu, kena cari 3 orang untuk form lagi 1 group. Malangnya aku cuma dapat sorang dan tk cukup lagi sorang. Bila faci tanya sapa tk cukup ahli, aku dengan bangganya angkat tangan setinggi mungkin, kot kot la dikecualikan ka apa ka haha rupanya kena naik atas pentas -_- Nasib baikla bukan aku & Hana je. Ada ramai lagi. Tk buat apa sangat pon, cuma kena perkenalkan diri. Ah para faci berjaya buat lutut aku ketaq. Aku cakap macam robot yang sah sah tkdak perasaan. Laju & tkdak intonasi langsung. Dan aku tk tengok students, aku tengok pintu dewan. Ala ala macam membayangkan lelaki idaman aku sedang setia tersenyum haha menyampah sangat. Nasib la aku tk kena chicken dance macam kumpulan 7. Kalau kena, tobat aku pengsan dah atas stage tu. Oh ye aku nampak Fahim, Zawir & Zaim tadi. Tapi tktau depa kelas apa

Wanna know the truth? Chicken can't dance.

Selesai semua tu, kena form another group lagi, 4 orang, dan setiap ahli tk boleh dicari dalam kumpulan yang sama. Of course lah aku terpa kat Aby. Dan Amirjah turut join aku, lepastu sorang lagi aku tk kenai, aku tarik ja tangan dia haha who cares? Nasibla kami empat anak dara pingitan ni semuanya dari group yang berlainan. Lepastu kena freeze. Ah freeze bikin aku sakit jiwa

Tapi cemana pon kena berbalik kepada group masing masing. Sekali lagi, kami kena buat presentation guna kertas mahjung (kot?). Ciri-ciri sahabat mithali, lepastu kena buat logo kumpulan. Ah nasib kami baik! Ada salah sorang ahli iaitu Wan, dia terer melukis. So kami serahkan bab melukis logo kat dia, boys yang lain bagi idea. Yang perempuan pulak kerah kepala otak buat ciri-ciri sahabat mithali. Alah tk susah mana pon. Tapi ketua kumpulan aku iaitu Farihin tk buat apa pon cuma meronda ala ala ketua kampung. Ini tidak adil! Faci mai ja, aku teruih habaq. So cemana pon Farihin tetap kena buat kerja hihi. Kerja tu tk sempat habeh pon sebab pi rehat. Once again, aku terlepas peluang makan nasik sebab..keyakinan masih tk cukup tinggi. Aku takut tk sempat. Aku & Aby hanya sempat menyental nugget 3 ketul. Natasha pulak makan cendawan goreng. Selesai rehat, baru sambung balik buat kerja tu dan setiap kumpulan kena ada 4 orang wakil (2 lelaki 2 perempuan) untuk naik atas pentas dan buat presentation tentang sahabat mithali tu dan logo. I thought aku tkkan kena berucap atas tu so aku rilek jer masa ketua suruh aku naik. Tapi..

...aku kena cakap jugak. Alangkah malunya aku.. Dahlah suara tengah tk merdu sebab aku batuk & selsema. Wan & Farihin terangkan pasai logo, aku & Nad pulak kena cakap pasai sahabat mithali. Kumpulan lain buat rilek jer berucap dengan penuh sense of humor especially kumpulan dua, tapi aku & Nad tk mampu. Kami ketaq! So bercakap lah kami dengan laju ala ala machine gun. Ternyata kami memang tk boleh langsung nak jadi calon untuk sales girl -_-

That was the last activity for orientation. Habeh semua kumpulan buat presentation, ada practice untuk majlis penutupan minggu suai-mesra. Aina jadi emcee, Aiman baca ikrar (sorry for the entry last night, I thought Aina's responsible for the ikrar), Hazim recite the doa & Irfan jadi wakil form 4 untuk bagi ucapan. Wah beraninya mereka beri tepukan gemuruh! Kalau aku jadi one of them, memang tobat ketaq & kencing tk berenti ah. Sebab majlis tu dijoin oleh pengetua lah, all the penolong lah and of course the cikgu tapi bukan semua la. Dan ada jugak slide show sepanjang minggu orientasi, aku cuba jugak cari muka aku tapi slide tu kecik sangat tambah pulak dengan cahaya matahari & lampu bagai so aku tk nampak. Tapi aku tau aku ada dalam slide show tadi tu sebab ada cikgu & faci amek gambaq kumpulan aku hihi perasan. Yang jelas nampak tadi, Diana & Shue. Ada jugak lain lain tapi aku tk kenai. Ah mesti best kan. Hmm mulanya tadi Abg Aziz kot bagi ucapan. Lepastu baru OM. Lepastu pengetua..sedih gila aku masa pengetua tengah berucap. Kebanyakan kepala lelaki kat depan aku dah menunuduk. Dan aku tau apa maknanya sebab sesetengah cikgu pon terpejam mata. Tapi aku cergas! Aku suka pengetua sebab pengetua baik! Bagus kan aku? =)

Dikala mamat loyar kumpulan dua tu menjerit untuk buat tepuk tepuk terima kasih, maka berakhirlah dengan rasminya segala jenis orientasi kat sekolah tu. Ah tk bestnya -_- Alangkah bagusnya kalau tiap tiap hari ada orientasi & tk masuk kelas langsung. Confirm tkkan ada istilah "ponteng sekolah" dalam kamus hidup aku. Actually aku ada rahsia ni. Abah suruh aku pi SBP kalau dapat. Mama pon macam dah menggalakkan dah, nenda pon sama. Tapi aku rasa macam tkmau..tapi rasa mau pon ada. Haii nampaknya kena buat list 'PROS AND CONS' ni. Rasa berat hati tu memang ada sebab abah & mama dah habiskan beratus ratus untuk masuk astech ni, SBP pon confirm banyak duit lagi kena keluar. Yuran gitu gini, keperluan asrama lagi. Hmm teringin sangat nak masuk SBP tapi...

Aku sembang macamlah aku confirm dapat SBP. Kan?

 Aku ade gambo sendiri.
Lu ader?
p/s Typing error. It should be ORIENTATION'S dan bukannya ORIENTATIONS'S -_- 

Tuesday, January 17, 2012

Do you have a boyfriend?

Assalamualaikum

Alhamdulillah students untuk 2nd intake dah selamat masuk. Dan menurut guru kelas aku, ada sepuluh orang students baru dalam kelas 4KA3 termasuk Aby & Ku Farzana! Can't believe it neither! Hahaha memang nasib aku, ku & aby baiklah sebab kami dapat kelas sekali. Aby cakap, Amirjah & Fahim pon ada. Tapi aku tktau pulak depa dapat kos apa. Dan aku tk nampak Nazeem tadi. Actually niat sebenar masa rehat tadi ialah nak makan nasik dan nak cari aby. Hasrat aku untuk makan nasik harini tetap tk kesampaian sebab cikgu kimia lepas kami untuk rehat memang lambat gila. Kiranya aku sampai kantin tadi memang almost licin lah semuanya. Aku tk makan masa rehat tadi sebab yang ada cuma burger, roti john & roti jagung. Dan aku tk makan burger, roti john & roti jagung haha. Segala jenis nugget dan cendawan goreng yang dah jadi santapan aku sekian lama tu, students lain dah sambaq habeh. Kesian aku kan sobsob. Nasib baikla lepas rehat tu tk belajar sangat, sebab aku akan terseksa jika belajar dalam keadaan kebulur.

Senyum melambangkan aku hormat senior. Aku senyum kepada seniors yang aku kenal, tk kira lelaki atau perempuan. Kalau jalan sebelah seniors perempuan yang aku tk kenai, aku akan jalan & tunduk sikit. Dan aku akan berusaha untuk mengelak berselisih dengan seniors lelaki yang tk kenal. Aku lebih rela dicop sebagai sombong oleh seniors lelaki daripada dicop gedik oleh seniors perempuan =)

Harini pi sekolah lebih banyak membuang masa. Dan esok pon tk belajar lagi sebab ada hari penutup minggu orientasi. Aku makin risau sebab first exam ialah 19hb Februari. Khamis ni baru dapat buku teks so of course belajar ala kadar je, minggu depan dah start cuti. So tolong jangan pandang rendah kalau ada subjek yang aku fail nanti hahah mohon jangan -_- Pagi tadi masa tengah melepak kat Dataran Prime, aku baru tau bahawasanya harini balik lambat sebab ada perjumpaan kokurikulum. Bab perjumpaan tu aku memang tau, tapi tktau pulak sampai balik pukul 5. I thought balik macam biasa je. Dan bila aku tau balik pukul 5, aku memang down gila sebab aku tk berapa nak suka balik lambat-lambat ni. Tapi kena terima hakikat yang astech memang sinonim dengan balik lambat ni. Aku bertambah tambah down bila teringat yang aku masuk Puteri Islam. Tapi tkpa aku rela! Sebab perancangan aktiviti untuk tahun ni kebanyakannya melibatkan hal orang perempuan contohnya memasak, jamuan, jualan, jahitan & lawatan je. Tkdak maknanya aku nak join kawad bagai ni sebab aku tahu aku akan pengsan. Ah perjumpaan sangat membosankan sebab aku tk boleh menyembang

 Bezanya di sini aku memakain tudung.
Bezanya di sini tkdak lelaki di sebelah aku.
Dan perbezaan ketara di sini ialah aku lebih segak.
Yeay esok ada hari penutup minggu orientasi. Harapan aku semoga tkdak benda yang memboringkan yang boleh membuatkan aku lena. Aku tk kenai sapa yang baca doa esok tu tapi Aina akan baca ikrar dan si OM akan menyampaikan speech. I don't know whether he's gonna speak in Malay or English. Kalau english memang aku tabik ar sebab aku tk seberani dia. Aina pon aku tabik sebab cikgu cakap Aina pecah rekod sejarah sebab tk penah lagi student perempuan baca ikrar untuk acara formal. Dan aku respect jugak si lelaki yang akan recite doa tu sebab aku tk berani sangat sangat nak berbahasa Arab in front of many people. So congratulations lah kepada mereka kerana telah menjadi orang yang berani. Aku dah berangan dah, esok dalam dewan kalau boleh aku nak duduk sebaris dengan Sarah, Yat, Aby & classmates perempuan aku iaitu Imah, Hanim, Humaira' & Dinna. Aku tk expect boleh duduk sekali dengan Hanis because she's kinda creepy. Ini bukan mengutuk tetapi dia memang tk bersosial dengan classmates yang lain! Kami pon tk berani nak tegur because all of us knew that she's really upset, and the most important thins is she hates astech so much but can't do anything because her mother forced her to stay there for 2 years. Tk boleh bayangkan cemana dia rasa, mesti depressed

Moral of the story : Being a player is soo not cool.
P/s : Gambo buat sendiri. Ok aku bangge
P/s lagi : Aku tahu tkde kene mengene. Tapi suke hati aku ler =)

Can't wait to meet Aby tomorrow! Uyeah!
p/s lagi : Apasal ada org type JYEAHH kat fb? Cemana nak sebut tu? -_-

Monday, January 16, 2012

I'm glee-ing

Assalamualaikum

How's your day? Sucks? You've been dumped? Haha no big deal lah! Bersyukurlah sebab anggap je orang yang tinggalkan kita ni sebagai orang yang paling teruk di dunia. So memang kita patut bersyukur kan sebab orang paling teruk dah tkdak dalam hidup, isn't it? Okay aku dah jadi ala ala penceramah motivasi. Bagi aku, harini merupakan hari yang agak okaylah sebab aku dah semakin rapat dengan classmates aku. Dan si manis from Rawang yag aku tk ingat namanya tu, aku dah ingat dah. Namanya Humaira'. Setakat ni bagi aku she's the sweetest girl in 4KA3. Entahlah kenapa aku pon tktau. Maybe sebab bulu mata dia lentik? Haha mengarut. Dan aku rasa dia assistant monitor kot. Even though she's from Rawang, dia dah banyak kali pi cp & asmall. Classmates yang lain from Shah Alam, Kulim & Jitra tk penah lagi pi sana dan aku bercadang nak bawak depa cuma tktau bila..haha. Oh ye harini ada budak baru masuk. Sorang je. Asal Perak, namanya Shahrul kot kalau tk silap. First impression aku kat dia, he's funny. Itu je yang aku nampak setakat ni =)

Harini aku dah belajar sikit sikit a few subjects. Ah aku tahu aku memang ketinggalan, sekolah lain kebanyakan dah belajar sampai mana hala dah. Ala rilek der aku kan baru masuk sekolah minggu lepas? Dengan orientation week lagi, so of course lah lambat. First period tadi, sivik. Aku tk paham pasaipa sivik sampai dua masa -_- Cikgu perempuan bertudung labuh. She's quite okay la, tapi yang penting beliau peramah dan tk garang. Lepas sivik, sejarah. Still cikgu perempuan tapi bertudung sedang-sedang and she's pregnant! Tengok beliau pregnant, tiba-tiba teringat kat cikgu sejarah masa form 2 dulu haha. Then, english. I thought she's around 30s but she is already 46 and she looked young! Cakap english of course lah dasyat, kalau tk how come she can be an english teacher kan. Seterusnya kimia. Masa nak pi makmal fizik form 4, aku terserempak dengan matpit yang sedang membetulkan songkoknya. Aku tahu dia pakai songkok sebab nak sembunyikan kepala botak haha agak je. Cikgu kimia aku pon seorang perempuan dan bertudung labuh. Aku rasa beliau ajar memang paham. Lepas kimia, fizik. Dan fizik diajar oleh guru kelas aku sendiri, perempuan dan still bertudung labuh. Tadi beliau ada kata, "Saya tk akan buat baik dengan kamu sebab nanti kamu tk beri perhatian apa yang saya ajar." Aku pon...tersentap.

Tadi aku dapat buku lagi, tapi bukan buku sangat la. Saiz buku tu sebesar buku lukisan zaman aku form 1, 2 & 3 dulu. Tapi it's not a buku lukisan la, buku latihan untuk engineering drawing. Aku agak teruja lah haha. Lepastu dapat baju PJK & alat geometri. Sampai rumah tadi around 3.00pm, terus makan nasik & mandi. Then mengadap Harian Metro sat barang seminit dua. Tiba tiba aku tekejut sebab muka abang Khadijah terpampang besar gedabak kat berita pemberontakan politik oleh para mahasiswa yang tengah heboh sekarang ni. Aku pon blur. Bukanka abang Khadijah tu dah keja dah? Tkkan abang Khadijah pon nak menyinuk-nyibukkan diri dalam pemberontakan politik tu kot? Cepat cepat aku called Khadijah dan dia cakap tu semua gambar hiasan je haha ok aku termalu. But whatever it is ok apa, dahla besar gila gambaq abang dia. Actually gambar tu diambil masa abang dia tengah mengamuk sebab ada orang simbah cat kat motor dia & pecahkan tingkap pejabat dia. Sebab dia dipilih jadi presiden apa tktau. Hai syok noh tkdak angin tkdak tibut tiba-tiba boleh masuk paper? =)

Hai saye ade homework dan saye dah siap.
Homework sejarah & kimia.
Hihi banggenye.

Esok insyaAllah aku nak makan jugak nasik ayam kat kantin. Nampak sedap dan aku tergoda bila tengok Sarah & Yat makan tadi. Malangnya aku takut tk sempat sebab sesungguhnya kelas aku tersangat jauh dari kantin. Aku tk boleh nak lari yang macam aku buat kat keat hwa sebab tkde geng lagi nak lari merempuh manusia manusia yang berjalan lambat. InsyaAllah kalau Aby satu kelas dengan aku, ketahuilah bahawasanya aku akan berlari ala ala Watson Nyambek menuju ke kantin dengan satu tujuan iaitu memenuhkan perut dengan nasik yang berharga RM2.50! Jangan risau, aku tk terkejut pon dengar harga tu sebab memang berbaloi. Nasik penuh 1 pinggan & ayam pon besar gedabak.

Okay aku nak pi layan mushroom soup yang masih panas membara. Bye! =)

Sunday, January 15, 2012

Sweet child of mine

Assalamualaikum

I felt much better today, alhamdulillah. Sebab pening pon dah hilang. Yang tinggal cuma batuk yang agak teruk. Semalam aku tidoq lebih kurang pukoi 3am sebab batuk tk berhenti. Really can't sleep! Aku batuk non-stop sampailah mama jenguk masuk dalam bilik. She heard the batuks-batuks from her room. Mama suruh pi minum ayaq hihi actually memang aku nak pi minum pon tapi memandangkan luar bilik tu gelap & pukoi 3 pagi, so aku tk berapa nak berani sangat. Haha nasib baikla mama sudi menemankan aku pi dapur. Lepas minum, barulah lega sikit dan aku pon dah boleh tidoq. Dok merapu serapah dengan mamat ampang jugak sampai pukoi 3 pagi. No serious matters okay. Hmm semalam aku buat ape ye? Oh ya. Mama keluar pi kenduri kahwin kat Holiday Villa around 8pm kot, so aku melepak rumah nenda sambil update blog. 10pm, aku dah tecongok depan tv sebab aku teringat date aku dengan Josh Duhamel. Ada movie tahap best gila kat HBO, Life As We Know It. Cayalah! Gelak aku tengok gambaq tu haha & ada certain parts yang sedih dan romantik. Alah adat la cerita barat kan. 5 stars for the movie & 10 stars for Josh Duhamel! He's so charming. Oh my..

Mama balik agak lewat, 11pm lebih sebab kereta suddenly rosak so she had to call uncle to ask help. But I don't know lah what was really happened semalam kan. Mama dah sampai rumah nenda, tiba tiba uncle lupa pulak nak amek kunci rumah mama kat dalam kereta mama. Dan kereta mama ada kat workshop. Melayu memang mudah lupa, especially me hahah. So konklusinya aku sampai rumah mama semalam pukoi 1am lebih. Yang bagusnya aku tk mengantuk pon hihi even though aku tk tidoq petang. Mungkin tenaga dah dijana balik =) Sampai rumah mama, aku dah tk layan tv. Terus masuk bilik dan habiskan novel Chronicle Gincu : 4 Amigos. What a great novel! Lepastu sambung pulak dengan novel lain yang aku dah baca sekerat iaitu Fiksyen 302 written by RAM. Aku tk ingat sampai pukoi berapa aku layan novel semalam. Suasana yang sunyi buat aku leka ja layan novel sebab tkdak sapa yang ganggu. Indahnya kalau hari hari hidup aku boleh baca novel tanpa buat benda yang lain. Mesti dalam sehari aku dah boleh habiskan 2-3 bijik novel oh bahagianya.

Yeay novels aku dah genap 40 buah!
Dan aku masih nak mengumpul lagi.
Malangnya aku tk boleh nak ikut berposing dalam gambar ni. Anggaplah sahaja Kung Fu Panda tu sebagai aku. Cuma aku tk segemuk panda tersebut =)

Tengah hari tadi, aku baru tengok movie Cop Out. Kesian aku kan hahah. Bruce Willis belakon. Lagi sorang member black-skin dia tu nama apa entah aku tk ingat. Memang gelak tk berhenti la aku tengok movie tu hihi. Kiranya hidup aku sepanjang 3 hari ni sebagaimana yang aku cakap, aku manfaatkan untuk merehat & merawat diri sendiri sepuas puasnya. Benda yang aku buat ialah cuma tidoq, makan, tengok tv & baca novel. Dan petang tadi aku keluar dengan abah, sebab abah nak bawak pi makan makanan Arab kat Restoran Mekah. Alah dekat dekat je dengan Tesco Mergong tu ha. Bagi aku, nasik dia boleh tahan la tapi terlampau banyak sampai aku tk boleh nak habiskan. Ayam dia pon quite big walaupon dah mintak saiz S haha. Dan malangnya aku tk boleh minum minuman berais macam selalu sebab batuk aku makin teruk. Aku terpaksa minum Horlicks panas dan tahan godaan minuman kakak aku & the 3 little musketeers tu. Dan kenyang nasik Arab sampai sekarang masih terasa.

Okay esok sekolah dan kegetaran masih terasa. Hmm selalunya aku akan letak at least 2 pictures in each entry tapi kali ni aku tkdak idea nak letak gambar apa lagi. Haha okay it's almost 10pm dan barang sekolah aku apa satu pon tk siap lagi. Gotta go. Bye! =)

Saturday, January 14, 2012

New me

Assalamualaikum

Macam mana readers sekalian? Atau para blog-walkers sekalian? Rasa resah gelisah sebab aku tk update blog kemaren? Rasa tk tentu hala? Rasa tkdak arah tujuan dah? Haha ok statement macam perasan bagus ala ala Peah Gosip. Ok tkdak kena mengena -__- Actually aku rasa ramai yang dah maklum pasaipa aku tk update blog kemaren kan. Aku tk boleh mengadap sebarang benda bercahaya dengan dekat, contohnya tv (memang aku tk tengok tv dekat dekat. Tu orang zaman batu namanya), handphone (kalau tengah texting memang handphone akan berada sedepa daripada muka aku) and especially laptop. Sebab benda benda tu akan menambahkan pening kepala aku. Demam, batuk & selsema pon dah tk tertanggung dah, tambah pulak dengan pening yang amat menyeksakan kepala ni. Rasa macam kepala aku ni besar sangat sebab berat hahah ok tk lawak. Cuti 3 hari ni insyaAllah aku manfaatkan dengan merawat diri dengan sepuas puasnya sebab kalau boleh aku tkmau demam dah. Sebab aku tau selalunya awai awai tahun ni mana mana sekolah pon akan aktif dengan aktiviti kokurikulum contohnya sukan. So susahla kalau dah demam pening bagai semua ni kan

Sekali lagi aku tegaskan bahawa kalau Dalila jadi masuk astech, aku akan lompat ke langit dan petik bintang dan persembahkan kepada Dalila dan aku akan gembira. Hahaha over!

Aku start demam balik sekolah hari Khamis haritu. Sebab aku terpaksa meredah hujan dengan Ket, Kak Shakeerah, a few seniors yang lain dan juga salah seorang classmate aku yang aku dah lupa namanya. Terpaksa sebab, memang peraturan sekolah yang melarang kereta parents masuk dalam kawasan sekolah atas sebab-sebab keselamatan. So aku terpaksa mandi hujan untuk keluar sekolah dan menuju ke bus stop depan sekolah sementara menanti abah tiba. (Entah kenapa aku rasa ayat aku skema sangat.) Tambah pulak, hari Khamis tu aku dah start sakit tekak & batuk. Bila dah kena hujan, maka bertambah tambahlah penyakit aku. Aku memang alergi dengan air hujan yang makin berasid dan juga sinaran matahari yang makin terik. Kena hujan, demam & pening. Kena matahari, pitam & pening. Oh antibodi aku sungguh lemah tapi aku redho. Sampai rumah tu aku kesejukan ala ala suhu kat rumah tu bawah freezing point. Dan semenjak itulah aku makin lemah dan lemah dan lemah sampai nak angkat kepala pon tk larat. Aku update blog kemaren dulu pon gagahkan diri je.

Walaupon aku demam, aku tetap balik kampung kemaren. Sebab aku tkmau asyik tejelopok kat rumah macam orang sakit tkdak harapan.. I tried to cergaskan myself. Even though I didn't eat what maksu cooked. And I regretted it. Tk makan apa yang maksu masak ialah salah satu benda yang sangat merugikan. (But it's okay! Aku dah ganti dengan makan masakan mama tengah hari tadi. Yeay!) Balik kampung, as I knew it, aku akan menggigil kesejukan. I called myself stupid sebab aku lupa bawak socks & sweaters. Oh damn it. Sedih kan sebab balik kampung, aku cuma makan kentang goreng je. Dan aku tk dapat nak join sepupu sepapat & the 3 little musketeers tu main mercun. Sesungguhnya aku tk mampu nak paksa diri menjadi terlampau aktif sebab aku tkdak tenaga langsung. Tkpa, insyaAllah raya cina ni ada peluang lagi. Sepupu jauh dari Bangi tu pon nak balik hakhak gatainye. Dan semalam aku tidoq rumah mama. Dalam keadaan demam pon aku gagah lagi tidoq lewat sebab nak tengok movie, Phobia 2 kat astro citra. Alah cerita seram Thailand tu. And it was really creepy! Tambah tambah tang sami tu. Ah gilanya

Ok nampak budak Sami yang tengah pegang lampu tu? Bagi aku, cerita dia paling menakutkan

Bangun tidoq pagi tadi, I felt much better. Even though berat kepala tk berkurangan, tapi demam dah kurang. Dan tidur semalam sangat selesa dengan diselimuti oleh selimut tebal haiii tk sabaq nak tidoq malam ni hahah. Oh yes, aku saja contact Aby kemaren tanya dia pasai persiapan semua tu. Dia kata, yang tk settle cuma sijil berhenti sekolah & cop bagai tu ja. Dan aku pon, oh ok great. Tadi pon dia ada called aku sebab dia dah start shopping kasut, seluar & tudung. Baguslah dia tk sekalut aku haritu. Terpaksa shopping semua benda dalam masa 1 hari. Dan satu soalan from Aby yang membuatkan aku terpinga pinga ialah, "Weh, kasut hang ada tapak dak?" And I was like "Ha?" Of course lah ada tapak! Then how on earth benda tu boleh dipanggil kasut? Every shoes must have tapak, kan? Aku andaikan Aby terlampau gabra sebab dia tktau kasut macam mana yang harus dipilih. Adoi ada jugak wujud soalan macam tu noh. Aby sanggup bazirkan kredit sebab nak tanya aku soalan tu. Ok great job Aby.

Tadi, the 3 little musketeers memonopili tv selama lebih 4 jam tanpa henti sebab nak tengok Nada Cinta's marathon. Aku rasa macam dah tumpang rumah orang Indonesia tadi. Patutlah Rasti dok panggil Nada "CEWEK KAMPUNG!" sebab muka beliau memang tk komersial langsung. Hahahah maaf aku bukan nak menghina tapi pikirlah dua tiga kali sebelum amek Mikha Tambayong tu jadi heroin. Ahh aku tau nama betui Nada? Oh tidak..petanda buruk -__- 

 Boleh tera ni?
Kalau nak gedik lagi berebut Randy Pangalila, silakan.
Aku akan tetap setia menunggu Adi Putra & Farid Kamil.

Bagi aku, yang paling segak dalam sinetron tu pon, Luna Maya. Tapi malangnya perangai tk seindah rupa

InsyaAllah Isnin ni aku akan kembali ke sekolah dengan penuh semangat baru sebab aku semakin sihat. Entah buku apalah gamaknya yang aku akan dapat nanti? Oh ya! Lupa nak kenalkan classmates aku (yang aku ingatlah). Sebelah aku, Dina from Shah Alam. SMK Seksyen 19. Depan aku, Imah. Aku tk pasti dia dari mana tapi dulu dia SMKA. Depan Dina, Hanim. Aku tktau dia sekolah mana dan dari mana haha I'm such a jerk. Lepastu sorang lagi budak Selangor area Rawang. I tried my best to remember her name but I can't! Sorry lah si manis. Then sebelah dia, Hanis kot tk silap. Juga aku tk tahu dari mana & sekolah mana. Boys yang aku ingat, Nizam, Faris, Khairi (kot, but he's not my classmate. Saja dia nak perkenalkan diri -_-), oh ok setakat tu ja yang mampu aku ingat. Classmate baru 11 orang aku dah tk ingat. Cemana bila dah masuk 2nd intake nanti? Aku masih berharap Aby & DALILA dapat jadi classmate aku dalam 4KA3 suatu hari nanti..alangkah indahnya.

Ok nak layan pizza. Bye! =)

Thursday, January 12, 2012

Ujian

Assalamualaikum

Hmm sedih sangat harini. Satu, tk boleh nak update blog panjang berjela macam yang aku selalu buat tu. Dua, sebab Sarah tkmau cakap dengan aku tanpa aku mengetahui sebab dan akibat. Tiga, entah kenapa aku terasa bila Sarah kata dia nak balik pi SMKTSR. Empat, orientation week's over. I'm gonna miss all the facilitators, teachers & paling penting ahli kumpulan LIMA yang gorgeous. Lima, suara aku dah berubah 200 percent. Memang sebijik macam anak jantan sampai mattop pon tk cam suara aku ok sedih. Enam, aku demam harini sebab kena hujan barang setitik dua masa balik sekolah tadi. Tujuh, sebab aku tk lalu nak makan nasik kandar. Sesungguhnya itu adalah salah satu perkara yang sangat merugikan. Ok seriously aku memang tk larat dah nak mengadap laptop lama lama. I'm wearing shirt with long sleeves, trousers, sweaters and socks. And I looked like a sick pregnant woman. Seriously.

Alhamdulillah esok cuti sampai hari Ahad.
Moga demam aku akan kebah sepanjang tiga hari ni.

Wednesday, January 11, 2012

Peace!

Assalamualaikum

Hari ketiga orientasi. Macam yang orang selalu kata, today is better than yesterday. Aku makin rapat dengan manusia manusia yang selama ni nampak macam makhluk asing kat mata aku, tk kiralah lelaki atau perempuan. Tambah tambah dengan yang satu group dengan aku. Depa memang sporting. Cayalah! Dapat pulak faci yang agak lawak. Macam cikgu kaunseling kata, sapa yang tk penah naik atas pentas selama ni, masuk ja astech dapat peluang naik pentas. Sapa yang tk penah cakap guna mikrofon sebelum ni, masuk astech terus dapat mengebat ala ala karoke dengan mikrofon tu. Termasuk lah aku hahah. Aku telah diuji oleh abg faci, dia tanya aku nama sorang budak lelaki berhidung mancung ala ala fahmi. Nasib baik aku dapat jawab dengan tepat dan mutakhir! Kalau dak memang kena menyanyi atas pentas sorang sorang. Tk sanggup aku. Ada sorang budak perdagangan dalam group aku, nama Zakiah. Best! Hingaq macam apa lagi. Dahlah susah nak ingat nama orang. Berapa kali dia dok tukaq nama aku hahah ok tk lawak.

First tadi ada apa tktau. Sat nak refresh balik. Rasanya macam kena nyanyi lagu sekolah. Awai awai pagi tadi aku bersyukur sebab tkdak ceramah yang boleh buat aku lena dengan nyenyak. Oh yes! Masa perhimpunan kat Dataran Prime, Kat mai tegoq aku! Actually memang aku dok tercari cari dia tapi tk penah nampak. Tadi kalau dia tk tegoq aku, memang aku tktau kewujudan dia haha. Ok sambung balik cerita dalam dewan. Lepas nyanyi tu lah aku berpeluang cakap guna mikrofon sebab kena habaq nama salah sorang student lelaki dalam group aku. Rasa agak berbangga sebab pertama, semua orang dalam dewan boleh dengaq suara aku yang merdu ni dengan jelas dan sempurna. Kedua, sebab aku berjaya habaq nama budak hidung mancung tu dengan cemerlang dan gemilang. Aku tk berapa nak ingat sangat aktiviti pagi tadi. Mungkin sebab balik sekolah tadi aku tidoq petang so jadi bodo sat haha. Oh ya baru aku ingat! Ada aktiviti yang namanya "Mukaku yang cantik." Ya aku tau depa dapat idea tajuk aktiviti tu lepas depa tengok muka aku. Hahahah

Setiap kumpulan kena ada seorang yang jaga kertas mahjung & pen marker. Each group ada lebih kurang 14-15 orang macam tu la. Lepastu sorang demi sorang kena tutup mata, jalan dari pentas sampai pintu dewan, cari kertas mahjung kumpulan masing masing dan kena lukis anggota badan. Aku kena lukis bulu mata & tahi lalat tadi. Memang nasib baik aku tkdak langgar sapa sapa dan yang paling penting sekali nasib baik aku tk jatuh! Haha kalau jatuh tobat cering. Mata-mata students dalam group aku ditutup oleh tudung yang dibawak oleh aku. Hasilnya lukisan muka orang yang group aku buat memang buruk nak mampuih. Mata ke mana, tengkuk ke mana, bahu ke mana.. Dan aku & Muiz dipilih oleh ketua kumpulan kami untuk buat presentation pasai lukisan tu atas pentas. Aku cuma jadi pembantu yang ayu dan lemah lembut. Tolong pegang kertas ja. Muiz explain pasai anggota badan yang pakat cacat semua tu. Hasilnya akibat menjerit untuk bagi sokongan kat group aku tadi, suara dah berubah 100 percent. Jadi macam suara jantan. Tolonglah jangan ada sapa sapa mengorat aku time ni..sumpah aku malu nak cakap. Hihi

Lebih kurang macam ni la aku tadi.

Lepastu macam biasa rehat. Sekali lagi, nugget menjadi santapan aku. Aku takut nak makan nasik walaupon nampak sangat menyelerakan. Takut tk sempat! Aku tengok students lelaki makan rilek ja tapi aku tk boleh. Nasik depa memang nampak best. Nasik saja penuh satu pinggan. Ayam besaq gedabak! Besaq gila! Garing pulak. Sangat sangat menggoda perut aku. Esok aku dah janji dengan Sarah nak makan nasik. Hahaha tk sabiaq aih.

Dah kenyang apa semua, masuk dewan balik. Kena susun kerusi ala ala exam. Tk boleh dekat dekat. Kira macam 1 group, 1 line. Lelaki depan, perempuan belakang. Line perempuan, aku dok paling depan. Sebab aku takut kalau aku dok belakang, aku terlena. Kalau aku lena, memang aku cari mampus sebab masa tu ada taklimat disiplin. So aku memilih untuk dok depan sekali dan catit apa cikgu disiplin cakap sebanyak yang boleh, jadi memang confirm aku tkkan lena. Tadi ada sorang student lelaki kantoi. Elok ja dia tunduk & lena dengan khusyuk. Salah sorang cikgu disiplin tangkap gambaq dia. Still tk jaga lagi. Second time cikgu amek gambaq siap dengan flash, baru dia tepinga pinga. Dan sebab dia lah kami kena berdiri sampai ceramah habeh. -__- Nasib la bediri lima minit ja. Cikgu disiplin hat lelaki tu tk berapa nak garang sangat. Hat cikgu perempuan tu agak garang la. Memang boleh tekencing teberak sapa sapa yang dah kantoi langgar disiplin. Kalau aku kena dengan cikgu tu, tobat reyau dah

Oh ya, Khairul cayaq satu sekolah dengan aku. Mulanya aku curious jugak. Tapi mattop bagitau bahawasanya Khairul cayaq tu dapat 5A so dia dapat astech. Teruja jugak la aku bila dapat tau mamat tu 5A. Mana dasyat pon kan.. Nampak ja buaih tapi otak boleh tahan. Tu la.. Lain kali don't judge people even though their face looked very cayaq ok? Hahaha kejam aku. Lepas taklimat disiplin yang menakutkan, kami semua kena daftar untuk kokurikulum. Sesungguhnya cikgu yang handle koku tu sangat hensem dan muda. Namanya Yusri. Putih kemerah-merahan cek oi..haha gatai sungguh. Memandangkan unit beruniform limit 20 orang, so aku masuk Puteri Islam. Lagipon aku dah tkmau kawad dan aku tkmau muka burn. Persatuan, aku masuk persatuan english. Yeah aku geng dengan Yat & Sarah! Sukan permainan pulak, aku masuk ping pong. Rasa lawak macam mana tktau.. Seumur hidup aku tk penah main ping pong. Aku decide dengan Yat nak masuk indoor games untuk mengelakkan burn. Yeah! Kulit muka aku bebas daripada sinaran UV!

Bilamana semua students form 4 yang berjumlah 140 orang tu dah selesai mendaftar semuanya, ada game lagi. Namanya surat khabar lama. Still dibahagikan mengikut group tapi lelaki dan perempuan kena asing. Sebab game ni sangat bahaya kalau campoq lelaki dan perempuan. Bentang surat khabar yang bersaiz Utusan Malaysia tu, then semua kena pastikan setiap kaki ada atas surat khabar. Tk boleh lebih walaupon seinci. Then kena tahan lima saat. Memang dengaq senang. Tapi sebenarnya payah! Masa surat khabar tu sebesaq alam, memang tkpa r. Lepastu kena lipat dua. Ok tkpa lagi. Lepastu kena lipat lagi. Bayangkanlah lapan orang gadis berbadan sederhana macam aku ni kena berhimpit berdiri atas surat khabar tu? Memang seksa. Sampailah suatu masa..aku kelihatan tinggi serta merta sebab dah duduk atas bahu kawan aku yang berbadan agak besar dan agak tinggi. Perempuan kira ok lagi. Lelaki memang dasyat. Atas seorang lelaki, ada dua lagi kat atas. Ala ala cheer leaders. Semata mata nak muatkan semua kaki dalam surat khabar tu. Dan semuanya terpaksa big hugging. Agak agak cemana kalau game tadi campoq lelaki dan perempuan? -__-

Begini lah rupa kami ber big hug & berhimpit tadi.
Yang pastinya aku bukan yang berwarna pink tu. Haha
Tamat game, kena uji nama lagi. Kalot aku hapai semua nama dalam group aku. Tkdak la payah mana pon sebab aku memang senang nak ingat nama orang, so tk jadi masalah sangat. Tadi group apa tktau, sorang tersilap nama, semua ahli kumpulan tu kena chicken dance atas pentas. Siap dengan iringan muzik sekali. Aku suka tengok. Sangat sangat comey! Lelaki dan perempuan. Semua yang menari chicken dance tu tiba tiba kelihatan sangat adorable. Tapi nasiblah kumpulan aku tk kena. Kalau dak memang haru -__-

Ok panjang sangat kot. Bye! =)

Tuesday, January 10, 2012

Open minded

Assalamualaikum

Hari kedua persekolahan bagi aku, dan ada sedikit kelainan. Kalau kelmarin masa aku mai sekolah ada 'penunggu' menunggu dengan setia kat pintu pagar sekolah, harini tkdak sapa yang menunggu aku. So aku putuskan untuk terus ke Dataran Prime. Nasib aku baik, terserempak dengan Syarafina so aku jalan dengan dia lah. Tapi kat dataran tu aku tengok Yat & Sarah dah ada. Oh aku tau Yat memang selalu mai awai sebab bapak beliau keja kat astech. Sarah tu aku tktau apa mimpi dia nak mai awai pagi buta hahah. Jadi tanpa membuang masa aku terus je masuk barisan kelas aku dan tk hingaq macam students yang lain sebab tkdak member yang nak diajak begosip. Macam biasa, doa & Negaraku. Tapi kali ni tkdak guru yang bagi ucapan so kami straight away je pi dewan untuk teruskan aktiviti Orientation Week. Lega aku bila teacher suruh amek kerusi dan duduk. Sesungguhnya aku bukanlah jenis perempuan Melayu terakhir yang boleh duduk bersila! Seriously memang aku tk boleh bersila more than 10 minutes. Aku lebih suka duduk katak / berlunjur. Tapi of course lah tk manis, so better duduk atas kerusi, lebih selamat dan suci.

Mulanya aku ingat cikgu kaunseling & facilitators yang nak handle kami pagi tadi, tapi rupanya tak. Ada english seminar, "A for Attitude". Boleh dikatakan teacher tu buat seminar menggunakan 98% english. Sikit sikit je beliau cakap BM. Ada dua teachers yang buat, mulanya cikgu apa entah. Lepastu cikgu apa entah haha both of them aku tk ingat nama. Yang first tu, okay la tapi yang second to more interesting. Lebih pandai buat lawak. Dan melalui beliaulah aku dapat tau budak "open minded" tu sekolah mana. I thought he was from KL because the way he talked is soooo key-el. Rupanya budak Gurun je. And I was like...tangan di dada mata ke atas. Beliau pon mulalah menunjukkan kepada semua rakyat astech bahawasanya beliau boleh cakap english dengan slang orang putih. Ok I was impressed (again, tk ikhlas. Haha joking). Aku ada jugak salin nota serba sedikit dan ada other teacher yang dok amek gambar aku. Betui betui tumpu kat aku! Aku cuba buat muka seselamba mungkin dan cuba menahan diri untuk buat peace hihi. Teacher yang 2nd slot tu ajar 1 lagu berbahasa inggeris. Lebih kurang beginilah, "Please stretch your arms wide and said, I love you this big." Hmm alangkah bagusnya kalau teacher pasang lagu yang gempak sikit contohnya Westlife ke?

Wow hensem gilewrs. 
 
Selesai seminar english tu, ada ceramah lain pulak. Berkenaan PISA (Programmes for International Students Assessments). Depa lebih tumpukan berkenaan math, add math & extra knowledge. Penceramahnya jugak dua orang, bezanya kali ni mereka lelaki dan berbangsa cina. Tapi subhanallah..mengantuk ya amat! Dahlah hujan, dengan kipas besaq gila tertala kat aku. Memang layan la kalau boleh lena sungguh. Aku ada la jugak terlentok kepala beberapa kali, nasibla aku dok 2nd last sebelah kanan dan 2nd last dari belakang. So ramai yang melindung aku daripada pandangan cikgu & juga students lelaki. Kalau depa tengok aku terlentok kepala dengan mata tertutup macam tadi tu..oh sangat hodoh. Jadi untuk menghilangkan mengantuk, aku keluarkan test pad & pen sebatang, aku mula menyonteng. Lukis macam macam walaupon buruk. Aku tk kisah asalkan mengantuk hilang. Ternyata cara tu berkesan jugak. Bila cikgu sampai berkenaan ujian berkomputer tu, barulah aku bersemangat sebab soalan-soalan yang ada tu best jugak. Huh seksa 
 
 Then, rehat. Ok kalini aku sedih sebab roti gardenia berinti sambal ikan bilis tkdak. Aku dah aim nak makan benda tu harini. Roti gardenia berkrim pon tkdak. Haii bebai dah aku macam ni. So terpaksa la aku beli nugget 3 ketul yang harganya seringgit. Quite affordable lah kot, kan? Entahlah. Memandangkan aku lapaq, nugget tu rasanya sedap. Lebih sedap dari kantin pakcik munet hihi. Tapi aku mengaku aku masih teringat-ingat nasik beliau hmm.. Lepas rehat,masuk balik dewan. Kali ni aku tau aku akan terseksa sebab dah tk boleh duduk atas kerusi. Terpaksa bersila sampai sakit kaki macam kemarin. Duduk dalam kumpulan juga macam kemarin. Cikgu kaunseling & facilitators mula ambil alih. Cikgu tu pandai sungguh hilangkan mengantuk kami. Beliau memahami yang almost all of us memang mengantok tahap leleh punya termasuk aku. Lepas buat aktiviti hilangkan mengantuk, kena tepuk tepuk terima kasih. 
 
 
Lepas semua fresh dan mata kembali bercahaya, kena nyanyi lagu sekolah. Tapi tk berapa best sebab tanpa iringan muzik. Nasib la aku dah hafal so tk la aku menyanyi olok olok kan haha. Bila nyanyi tkdak muzik, makin lama nyanyian makin slow lepastu terus stop walaupon tk habis lagi. Then sorang student lelaki dalam group aku kata, "Sembang kata hapai." Aieee aku cabut hidung mancung dia satgi kot. Pikiaq aku ni gila nak menyanyi sorang sorang walaupon aku hafal sedangkan semua diam? Oh tolonglah -__-

Selesai nyanyi, kena nyanyi lagi lagu ketupat oh ketupat. Boleh tahan la best, siap ada gaya lagi. Tapi setiap kumpulan kena fikirkan gaya lain untuk lagu tu lepastu kena perform atas stage. I looked like a 6 year old girl, singing on stage while I was in kindergarten. Seriously. Setiap kumpulan kena buat, so tkdak chance la nak control ayu / macho apa bagai tu. Memang tk cool macho langsung kena buat menyanyi lagu ketupat sambil buat gaya. 10 kumpulan habeh performed, kena buat tepuk anak jin pulak. Once again, setiap group kena hantar 2 wakil untuk buat tepuk anak jin atas pentas. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mulanya ketua kumpulan suruh aku tapi aku berkeras tkmau sebab aku malu gila. Hasilnya Muiz & sorang budak perempuan baru kena buat. Dan yang bagusnya our group won! Yeay! At this time, each group should know that we are the best. Hohoho!

Dengan selesainya tepuk anak jin, maka selesailah aktiviti pada hari itu. Sebelum balik, semua kena salam facilitators yang juga senior form 5 kami di sekolah tu dan juga cikgu kaunseling. Facilitators dipilih berdasarkan markah exam depa yang terdahulu, their GP is 0.5. Meaning, semua subjek dapat A dan tkdak langsung B. Tapi bukanlah 10 orang saja yang dapat GP elok kat sekolah tu, cikgu kaunseling chose randomly. Faci kumpulan aku (lima), ialah Abdul Aziz merangkap ketua faci dan juga ketua pengawas kat astech. He was good.

Selesai acara untuk hari kedua. Tamat.

Monday, January 09, 2012

Orientation week

Assalamualaikum

Today was quite an interesting day, walaupon agak memenatkan lah. Aku teruja nak try uniform sekolah baru aku, berjalan dengan gaya bebas - kengkang, ayu, samseng atau apa apa saja sebab tkdak lagi kain yang menghalang kaki aku untuk melangkah dengan lebih luas. Harini aku tk bawak lagi lah beg set peralatan kejuruteraan tu sebab pada hemat aku lah, minggu ni cuma ada orientasi semata-mata. Pelajar perempuan form 4 yang pakai uniform tadi sangat sikit, lebih kurang 2-3 orang termasuk aku. Yang lain-lainnya pakai baju kurung sekolah, sebab kebanyakan students stay kat asrama, tambah pulak pihak sekolah tk juai seluaq. So depa tk boleh nak pakai lagi la. Pelajar lelaki pulak, yang pakai baju sekolah biasa sangat sikit, lain-lain tu pakai uniform. Maybe depa teruja sebab nampak smart kot? Aku pulak teruja sebab selama ni asyik pi sekolah pakai baju kurung je.. Kali ni dapatlah aku mengebat jugak kan? Hihi. Tapi, tudung untuk dipakai dengan baju sukan nanti agak labuh la. Berdasarkan apa yang aku baca dalam buku disiplin, bahagian depan & belakang kena sekurang-kurangnya hingga ke pinggang. Bahagian tepi pulak kena melepasi bahu. Ahahak labuh gila, nasibla aku jenis bukan pendek / kecik, kalau dak tobat nampak bertambah kecik.

Sampai sekolah tadi nampak Yat dengan sorang lagi ex students SMKTSR dok tunggu kat gate. So aku lepak dengan depa ja sementara tunggu pukoi 7.20am. Actually nak tunggu Sarah sekali tapi dah dia lambat sangat, so kami pi dulu kat Dataran Prime tu. Baca doa & nyanyi lagu Negaraku, then cikgu bagi ucapan & pengumuman serba sedikit. Form 5 sahaja masuk kelas, kami para muda belia dan serba junior ni kena melepak dalam dewan. Dalam tu dah tersedia 2 orang cikgu (sorang perempuan dan sorang lelaki), dan 10 orang facilitator (5 perempuan dan 5 lelaki) untuk membimbing kami sepanjang orientation week. At first tu tkdak apa sangat la, memperkenalkan diri masing masing je. Aku ingatkan ramai gilalah students form 4 ni..padahal tk pon. Lelaki 75 orang, perempuan 57 orang. Dalam kelas aku pon sikit je, tk silap aku lebih kuraang 12 orang je (6 perempuan & 6 lelaki) rasanya lah. Yang aku ingat tadi, kena belajaq nyanyi lagu rasmi SMTAS. Quite nice lah, yang pastinya better daripada lagu cina yang aku tk paham tu OPS. =)

Rehat, sangat sadis! Kat sekolah lama, aku boleh kenyangkan perut sampai mengantuk dengan penangan nasik ayam pakcik munet yang sedap hingga menjilat siku. Tapi, kat astech, aku cuma makan roti gardenia berinti sambal ikan bilis. Tunggu, jangan gelak! Memang ada juai bihun sup & nasik ayam. Tapi, untuk 1st day aku tk berani beli lagi sebab takut tk sempat. Rehat 10am, kena masuk dewan balik 10.25am. Tunggu aku otai dulu baru aku beli hoho. Kembali ke dewan, kena buat tugasan apa tktau. Some kind of biodata la. Lepastu kena cari 5 orang yang sama dengan kita. For an example, minuman kegemaran, sky juice. Then kita kena cari 5 orang yang minuman kegemaran depa sama sky juice macam kita. Kalau dah kenai rapat, tk menjadi masalah. Ni disebabkan semua kawan baru, so pergerakan jadi lembab sikit. After that activity, kena buat pembentangan. Dan benda ni sangat memerlukan teamwork, otherwise memang kerja tk jalan. Huh pembentangan kumpulan aku tkdak la bagus mana pon sebab susah. Kena cari sebanyak mungkin kegunaan daun. Bukan apa apa daun tapi daun pokok apa ntah yang cikgu bagi tu, seriously susah.

Pembentangan tu sampaila pukoi 2.40pm. Lepastu balik. Fuh lega! Nasib la semua aktiviti buat dalam dewan. Tapi on the way nak keluaq ke gate tu panas gila, dengan tudung hitam aku lagi. Tk jauh mana pon tapi disebabkan panas terik, terus aku pening kepala. Abah kata, kalau dapat SBP pegi jugak even though dah spent RM244 kat sana. Mama pulak tk bagi. Haiii sakit jiwa

Tomorrow insyaAllah gonna be our second day. Hope it will be fun dan tkdak benda yang merosakkan mood aku. Ok bye! =)

Sunday, January 08, 2012

An engineer?

Assalamualaikum

Hmm harini memang sangat penat gila nak mampus. Aku bangga dengan diri aku sendiri sebab dengan bantuan mama, kami mampu settled everything tk sampai satu hari pon. Bagus kan? =) Mulanya aku agak gelabah la tapi memandangkan semua dah ada, so aku mampu tarik nafas lega. Tadi sempat jugak aku singgah keat hwa untuk mintak tandatangan pengetua, sebab keluaq rumah around 7.30am. Tercapai jugak harapan aku nak jumpak Syaza! Terjumpak sekali dengan Dalila, dia tengah kena denda kutip sampah sebab mai lewat. Tu pon sempat lagi sengih kat aku haha. Aku heran jugak sebab dari form 1 sampai form 3, Dalila tk penah langsung lewat sampai kena denda. Alah tkpa ramai lagi yang ada. Sempat peluk Syaza tadi yeay! Agaknya sekarang ni dia dah ada kat asrama SMT Seberang Perai lah kot? Kalau aku tobat cering sebab tkdak sapa yang aku kenai dok sana haha. Syaza tkpala muka dia memang dah diketahui umum jenis kulit tebai.

Sampai astech tadi around 8am, terus parking depan surau. Oh surau ni la yang boleh nampak dari kelas aku masa form 3 dulu haha. Ada nampak sorang kawan mattop berpakaian KRS tapi serius aku tk ingat sapa. Aku penah jumpak dia masa lepak dengan Dalila, Pakkob, Aby, Syaza & Jie kat tangga city plaza dulu. Haii lupa sungguh aku kat nama dia haha. Lepastu aku jumpak Kamarul Ariffin, Akmal Ramli, Kak Waffa, lagi sapa tktau aku pon dah tk ingat. Oh ya Anas Pawi pon sekolah sama dengan aku jugak, same goes to Izyan Fartini. Yang lain lain tu wallahualam aku tk kenai. Sarah, Yat & Syarafina amek jurusan sains pertanian. Kiranya setakat ni yang amek jurusan KA sama dengan aku, sorang pon aku tk kenai lah. Pengetua depa pon quite nice, tkdak la nampak menggerunkan sangat. Cuma semua PK HEM, Koku semua tu dimonopoli oleh guru lelaki. Matpit pon aku jumpak jugak tadi hmm ramai sungguh noh?

Actually astech ada perdagangan, bukan seperti yang digembar-gemburkan selama ni bahawasanya astech tkdak jurusan perdagangan. Cuma pengetua cakap, dalam website tu ada kesilapan. Depa tk letak jurusan perdagangan tu padahal sebenarnya ada. Gempak noh kalau Dalila sekolah sekali dengan aku even dia amek perdagangan? Hihi. Aby, rasanya peluang dia cerah lagi nak masok sebab tadi yang mendaftar cuma 30 percent sahaja. Maksudnya memang pihak sekolah akan amek lagi students. Eee syoknya kalau Aby dapat masuk astech. =) Lepas selesai daftar & dengaq taklimat apa semua, aku dan segerombolan manusia manusia lain mengerumuni koperasi sekolah sebab haritu jugak kena beli barang, termasuk baju uniform. So sekarang ni barang aku semuanya lengkap kecuali baju sukan, sebab memang tkdak lagi even dah bayar. Satu benda yang aku tk berapa nak gemar ialah, tk boleh pakai pin. Ah ketahuilah bahawa hidup aku tk lengkap tanpa pin -_-

Other bad news is, aku kena beli kasut sekolah baru. Ok bagus. Aku punyalah dah minat dengan kasut baru aku tu sebab nampak feminin, tiba tiba kena beli kasut kulit dengan TALI. Ulang sekali lagi kasut BERTALI. Itu pon tadi Kak Waffa yang tegoq aku. Fuh nasib baik la ada Kak Waffa kan? Kalau dak terkontang-kantinglah aku kat situ. Buku latihan kat astech sikit ja. Dan semuanya buku panjang, tkdak langsung buku pendek. Sapa yang amek jurusan kejuruteraan, memang kena bayaq berkali ganda. Kalau sains pertanian, 100 above sahaja. Macam aku KA, total semuanya ialah RM244.00. Tk lebih dan tk kurang. Semua tu termasuk buku, alat-alat kejuruteraan, baju korporat, yuran koperasi, baju & seluar sukan. Titik. So lepas ni aku tau mama & abah akan berat hati nak lepas aku pi SBP (kalau dapat) sebab of course lah rugi dah bayar habis semua tiba tiba nak pindah pulak. Hmm aku cemana pon tkpa =) Mintak mintak la sekolah tu best so tk la aku sampai 'terpaksa' berpindah. Harap harap kawan sekelas aku nanti semuanya gempak dan tkdak yang gedik / mengada. Haiii seram aih aku

This is beg kanvas dengan logo astech. Untuk isi set peralatan LK. Cool, isn't it?

Yang ni, aku tktau benda alah apa tambah tambah hat melengkoi warna oren tu. Yang aku tau, ada masking tape, pemadam & pensil picit. Tu ja aku kenai. Hahaha teroks kan aku

Ha yang ni aku reti guna sebab penah guna masa form 2 dulu. Aku tk penah sangka benda ni akan menjadi hak milik aku hahah. Puas la aku melukis lepaih ni walaupon aku ni langsung tkdak bakat melukis

Inilah medan perang tulisan aku nanti. Ada test pad dan yang lain lain tu buku panjang. Buku kecik molek yang ada gambaq menara tu ialah buku disiplin ye murid murid. Ada satu bahagian aku ingat dalam buku disiplin tu, "Tapak kasut tidak boleh melebihi 2cm". Hmm teliti sungguh noh depa? =) Tapi aku suka sangat buku biru hat dua ketui tu! Lawa!

Esok kalau sempat insyaAllah aku upload gambaq aku pakai baju korporat. Hihi rasa macam pekeja Zon Ria pon ada bila pakai baju tu sebab oren sungguh. Tudung masuk dalam pulak. Memang smart piaw ah! Kalau letak name tag laaaagi molek. Dahla nama aku pulak cun. Hmm awai awai dah berangan ni hehe. Hari Ahad-Selasa, aku balik sekolah pukoi 2.40pm. Rabu & Khamis, 2.00pm. Itu maklumat yang aku dapat daripada pengetua tapi aku was was jugak la sebab selalunya aku tengok students astech balik lewat. Yang pastinya 7.20am perhimpunan setiap pagi, so cannot lewat lewat. Kalau budak budak asrama lagi piaw. 6.50am kena ada kat kelas dah haha hebat. Oh sebelum aku lupa, saja nak habaq yang guru kelas aku seorang perempuan, berkaca mata, bertudung labuh & putih melepak. Nama tu aku tk sure. Hihi

Okay nak prepare apa yang patut. Bye! =)

Saturday, January 07, 2012

1 kerusi 1 meja 1 sekolah 1 murid 1 malaysia

Assalamualaikum

Semangat baru, orang baru, tudung baru, baju baru, kain baru, kasut baru, stoking baru dan tk lupa juga sekolah pon baru. Apa yang aku rasa sekarang ni berkenaan hari esok? Nak kata excited sampai melompat tekeluaq dunia pon tk jugak. Tapi happy tu of course lah ada. Nak kata takut sampai kena berselubung dalam selimut selama 1 jam tu lagi lah dak. Aku pon tk sure apa yang aku rasa. Yang pastinya aku suka kasut sekolah baru aku! Lama gila tk pakai kasut hitam pi sekolah. Lepas ni tk payah dah aku susah-susahkan diri untuk membasuh kasut di hujung minggu. Cuma kena polish ja ahh itu kerja gampang. Oh yes.. harini birthday abahku yang tersayang, dah 47 years old, fuh mengancam tau. Orang kata, lelaki ni makin tua, saham makin naik. Memang betul pon, buktinya ada awek dah melekat kat abah aku sekarang. Hihi teruja pulak aku.

Happy birthday juge Khairul Fahmi Che Mat! =)

Aku dah baca blog Dalila & Luqman. You can read it here and here. Depa update blog pasai aku wowo terharu giler xD Tapi gambaq aku dalam blog Luqman sumpah hodoh gila hahaha mulut zaman dulu dulu. Gambaq aku dalam blog Dalila pon hodoh jugak haha tambah tambah hat kat D5 tu aie rasa macam nak penampaq diri sendiri pon ada. Okay tutup cerita pasai blog orang. Tadi tengah hari macam biasa makan kat Pak Tat (normal untuk orang bujang macam abah aku. Hihi). Lepas makan, pi kedai Bata sebab nak beli kasut baru. Aku suka sangat kasut baru aku, nampak feminin. Aku tk amek yang tapaknya flat terus, ada tumit sikit je. Tapi mahal gilo hehe tkpalah insyaAllah aku akan jaga kasut aku sampai aku tamat form 5 nanti. Dan satu benda lagi yang aku tk sabaq ialah nak pakai tudung Canggih saiz XL aku tu. Risau jugak sebab tengok Dalila & Aby pakai tudung size L pon dah besaq. Hmm abah la ni pilih untuk aku -_-

Alhamdulillah aku sangat senang hati sebab semua benda yang perlukan tandatangan & cop ketua kampung tu dah selesai. Cuma buku koku tu saja kekurangan 1 cop & 1 tandatangan pengetua. Macam mana la aku boleh cuai sangat haritu. Oh mungkin sebab aku terpegun dengan kecomelan muka pengetua sebab itu kali pertama aku tengok dia secara dekat, tambah pulak dia pakai kemeja pink ah sungguh menikam kalbu xD InsyaAllah harap harap esok aku boleh ketemu sama pengetua untuk kali terakhir. Masuk teknik ni, aku risau sungguh dengan subjek lukisan kejuruteraan tu. Sebab dalam KH tahun lepas ada la sikit bab bab tu, hat sikit pon aku sah serabut. Tambah la kalau ada satu subjek khusus untuk lukisan tu. Haii moga moga dengan bantuan guru di sekolah dan guru di Inovasi nanti, dapatlah aku menjadi seorang yang pro. Hikhok


I got this from Najla Kim. Eh sweet gila lah, Yang paling aku suka sekali, nombor 1 dan nombor 11. Pasaipa? Aku pon tktau haha sebab sweet kot. Hmm gatai pulak aku malam ni noh. Ok lah nak pi iron baju, semangat esok masuk sekolah baru. Bye =)

Thursday, January 05, 2012

Memories

Assalamualaikum

Alhamdulillah! Borang-borang teknik, salinan kad pengenalan dan salinan slip keputusan PMR dah selamat ditandatangani & dicop oleh setiausaha kawasan tempat tinggai aku ni. Dan aku dah dapat sijil berhenti sekolah tadi yeah cuma belum fotostat je. Satu lagi yang tertinggai! Satu sahaja lagi tandatangan & cop pengetua haii ralat sungguh aku. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib aku. Dalam nak jumpak pengetua tadi, ramai pulak yang tunggu giliran mengalahkan PM. Nampaknya sama ada aku biarkan sahaja ruangan tu tk ditandatangani ataupon aku pulun pi jugak Keat Hwa ahad ni untuk jumpa pengetua. Hmm tengoklah tahap kerajinan aku macam mana nanti. Tkkan lah sebab satu tandatangan tu pon pihak teknik nak halau aku kot noh? *ayat untuk menyedapkan hati sendiri*

Aku tk paham orang dok bajet bagus ni.

Harini seperti yang sudah diketahui umum, hari last aku bersekolah kat keat hwa. Rasa sedih tu memang ada walaupon jiwa tk serasi dengan sekolah tu, tapi dengan kawan kawan & cikgu kat sana memang dah serasi sangat. Rasa payah nak tinggaikan depa but I have to untuk kebaikan diri sendiri jugak. Tapi bukanlah aku pentingkan diri..hmm. Teringat masa form 1 aku sekelas dengan Khadijah, Aby, Syaza, Toey, Nazeem & Aqeela dan sapa lagi tktau. Start form 2, form 3 & form 4 barulah aku sekelas dengan Dalila. First of all jangan lah menyampah pulak kalau entri aku kali ni macam emo gedik mengadangada atau apa saja.

FORM ONE, 2009

Kelas 1A2 & semua melayu. Aku dok sebelah Khadijah. Masa form one, memang subjek maths ialah subjek yang paling aku hancus sekali sebab penah fail. Dan cikgu maths ialah cikgu yang luar biasa, tk penah aku jumpak cikgu secermat / sebaik macam tu. Tapi sekali beliau mengamuk memang mampu mengecutkan jantung dan pankreas. Form one jugak lah tahun pertama aku kenai dengan Syaza, dan waktu form one jugak, aku tk berapa nak rapat dengan Aby lagi. Aku tk berapa ingat kenangan tahun 2009 sebab itu bukanlah zaman kegemilangan aku. Yang aku ingat, Dalila Khadijah Syaza & Aby buat prank kat aku yang aku agak terasa tapi bila ingat balik memang lawak haha bab Yasin kirim salam kat aku. Haii budak budak sungguh noh kita? Lagi satu aku macam tk boleh pecaya dengan mata aku ni bila tengok Toey satu geng dengan Nazeem dalam kelas. Tk padan langsung! Toey otai. Nazeem geng nerd & ulat buku. Padanan yang sangat teruks haha. Tk lupa jugak dengan Danial yang dok sebelah aku, masa tu sangat baik, naif, tk pandai melawan, tk pandai mengusik dan tk buas. Itulah zaman luar biasa untuk Danial si beruk berkulit putih haha kejamnya aku

FORM TWO, 2010

Permulaan zaman kegemilangan aku. Tapi hari hari terpaksa aku korbankan keselesaan aku pi sekolah dengan menaiki bus awam untuk menghadiri extra class subjek maths. Extra class tu sangat sangat membantu aku, sebab tahun 2009 aku fail maths, tapi tahun 2011 maths aku terus bertukar dengan gred A. Mulanya memang aku malu dapat masuk extra class tu sebab class tu memang dikhaskan untuk students yang lemah maths, tapi lama lama aku rasa bertuah sebab aku improved banyak sangat. Form two, aku kelas 2A2 dan campur dengan chinese students. Tahun tu jugak lah aku dah mula sakit jiwa dengan budak budak cina, yang paling aku ingat ialah Lim Joe Shin. Dialah satu satunya makhluk yang mampu merosakkan mental aku. Musim exam, memang baik gila lah sebab nak tiru sejarah aku. Kalau bukan musim exam, perangai setan dia akan keluaq. Lol -.- Aku ingat lagi Luqman jadi ketua tingkatan paling kecoh. Guru kelas yang amat sporting dan cantik menarik tertarik. Still sebelah Khadijah, belakang aku Dalila & Syaza. Rekod paling unggul aku, dapat tempat pertama dalam kelas, tiga kali berturut turut.  

FORM THREE, 2011

Zaman kemuncak kegemilangan aku bersama kawan kawan tercinta. Aby & Khadijah kelas 3A2, aku pulak kelas 3A1 dengan Dalila, Syaza dan tk lupa juga Lim Joe Shin -.- Tiga tahun berturut turut aku sekelas dengan Syaza wo! Tahun 2011, memang tk boleh nak list kenangan aku sebab terlampau banyak sangat. Aku semakin rapat dengan Luqman, Nazrin, Taufik & Nadila. Paling tk kusangka aku boleh rapat dengan Syabil yang aku ingatkan selama ni cuma seorang robot tanpa perasaan. Gabungan Syabil Irfan kat belakang aku, kehadiran Syaza di sebelah, Dalila di depan dan Nazrin sebagai ketua tingkatan, membuatkan aku rasa 2011 is the best year ever (while I was in keat hwa lah). Dan aku tk lupa 1st time dapat keluaq town dengan Khadijah bersama alasan, buat folio sejarah MBAS. Tahun tu, friendship aku dengan Aby, Dalila, Syaza & Khadijah makin rapat. No words can describe how much I love them, tk kurang jugak kawan kawan aku yang lain. Memandangkan Melayu sikit, buatkan aku sayang semua orang even though yang tk rapat. Susah nak tinggaikan depa.

Ismah - cakap banyak dan suka gelak
Aqeela - extraordinary. She can speak in Mandarin fluently
Dalila - tkdak dia, maka tk berserilah keat hwa
Khadijah - si genius yang kadangkala sangat naif
Aby - teman shopping aku now until forever
Syaza - baru 3 tahun kenal tapi aku sayang Syaza sangat!
Fathilia - no komen. Memang aku suka cari pasai dengan dia haha
Nadila - nampak naif tapi ada boyfriend tau, DSO tuu
Zakirah - everybody called her Zack, except me
Taufik - si Mydin yang super duper cool
Faisol - sorang lagi makhluk Melayu terer ber-Mandarin
Luqman - without him, our class won't be havoc
Nazrin - tk pernah berhutang dengan aku. Sebab tu aku suka. Hihi
Danial - Boleh jadi sangat menyakitkan hati dan sangat menggelikan hati
Fitri - Maybe another Mydin, I guess? :-)
Jufre - calon tunggal lelaki yang dapat 8A. I'm impressed
Firdaus - anak tokey kantin yang terer gila dalam geo
Yusri - apa yang dia cakap selalu aku tk paham
Muhammad - diam diam ubi berisi
Zulfahmi - anak murid aku yang paling setia
Irfan - si pembohong yang nyata. Hahaha
Hafizi - bagaikan Chipsmore. Oh aku tk boleh lupa adegan aku mengorat beliau
Syabil - si kacak tanpa perasaan
Azim - kegilaan Dalila Athirah
Hafizuddin - tokey anak nasik kandar yang paling rapat dgan Pravin & Navin
Nazeem - always be si bulat ninja turtle
Anas - citarasa lagu beliau sama dengan aku!
Afif - si pemalu berbulu mata lentik
Faris Ikhwan - Aaaarrr..aku tk tahu. Hahaha
Maaf dipohon jikalau ada salah dan silap. Aku sayang semuanya dan jangan sesekali terlintas dalam fikiran untuk lupakan aku. Aku akan redah tembok belakang sekolah jikalau aku mampu..suatu hari nanti. Wallahualam.